◁ Pt 1 : Disgusting ▷

5.3K 247 92
                                    

---

"Appa wake up , wake up , wake up , wake , wake up!"

Anak kecil bertubuh genit itu mula memanjat katil milik aku dan Junhoe sambil bernyanyi riang. Dia kemudiannya melompat-lompat di sisi Junhoe yang masih membuta di bawah selimut. Bersemangat betul dia hari ni.

Kalaulah kaki katil tu tak kuat , agaknya dah lama benda tu roboh gara-gara anak aku yang seorang ni. Anak perempuan pun , lasak dan nakal dia tu dah boleh mengalahkan anak lelaki , tahu?

"Appa nak tidurlah.."

Junhoe merengus geram. Bantal aku terus dicapainya. Seluruh wajah Junhoe kini ditutup dengan bantal tu. Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku anak perempuan aku sambil bersandar pada muka pintu.

Si kecil itu terus menyanyi sambil terkinja-kinja di atas katil tanpa henti. Aku cuma risau jika dia terjatuh dari situ. Katil ni boleh tahan juga tingginya , tahu? Baru saja aku bercakap tentang terjatuh dari katil , tiba-tiba anak perempuan aku tu jatuh terduduk. Badan dia tak seimbang , barangkali. Mujurlah dia tak jatuh tergolek ke atas lantai tu. Tapi....

Dia terjatuh di atas 'kesayangan' Junhoe. Erk , dia panggil benda alah tu Junjun. Jangan tanya aku kenapa. Well , aku rasa sebab benda alah tu terlalu istimewa untuk dia?

"ARGHHH! TAK GUNA BETULLAH!"

Suara lantang Junhoe bergema di setiap sudut rumah tu. Sampaikan aku sendiri pun terperanjat.

Junhoe terduduk dari pembaringannya dengan wajah yang merah padam dan rambut yang tidak terurus. Tapak tangan Junhoe kini menutup kemas alat sulitnya yang sudah berdenyut-denyut akibat terkena kepala lutut anak aku tu.

Anak kecil itu hanya duduk diam di sisi Junhoe dan tersenyum. Dia tenang seakan-akan tahu yang Junhoe tidak akan sesekali marah kepadanya.

"Appa lah tak guna!"

Wajah manis anak kecil itu berubah dingin. Suaranya bernada seakan-akan tak berpuas hati dengan Junhoe. Eh? Ikut perangai appa dia pulak? Junhoe kembali tersenyum.

"Kamu ni memang betul-betul anak appa lah.."

Junhoe menarik si kecil itu ke atas pahanya lalu dipeluk erat. Haih , pelik betul mereka berdua ni.

"Yahh.. Minjoo , ireonna.."

Aku terjaga tatkala lengan aku terasa seperti disentuh seseorang. Sebaik sahaja aku buka mata , kepala aku pula yang berdenyut-denyut.

Aku mimpi rupanya.

"Ireonna palli.. nanti lambat pulak kita sampai airport."

Apabila kornea mata aku mula serasi dengan pengcahayaan bilik tu , barulah wajah Junhoe yang berada di depan aku jelas kelihatan. Kepala aku diurut perlahan.

"Pergilah mandi.."

Aku gagahkan diri aku untuk bangun. Tuala dan baju yang akan aku pakai nanti dibawa sekali ke dalam bilik air. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kepala aku ni asyik berdenyut-denyut tanpa henti.

Perlu ke aku bagitahu Junhoe? Masalahnya , di kesah ke?

Ah , lupakan jelah.

---

"Rindu betullah omma dengan kamu berdua. Rasa macam dah sebulan tak jumpa."

Junhoe mengangkat turun barang-barangan kami berdua dari kereta tu. Walaupun tengah pening , aku tetap gagahkan diri ni untuk angkat bagasi milik aku.

Junhoe? Selesai saja membawa turun barang dari kereta , tandaslah yang dia cari. Rindu sangat agaknya pada tandas tu.

"Junhoe tak buli kamu , kan Minjoo?"

Aku menggeleng perlahan lalu tersenyum. Junhoe yang baru saja keluar dari tandas membetulkan kembali bajunya. Dia mula mengangkat bagasi aku bersama bagasi miliknya ke tangga.

"Junhoe , nanti-nantilah kamu angkat beg tu. Bawak omma pergi pasar kejap. Minjoo nak ikut sekali?"

Aku menggeleng.

"Tak apalah.. Minjoo letih." Sejujurnya , aku memang letih. Tapi lebih kepada sakit kepala yang masih melarat ni.
Omma meninggalkan rumah bersama kereta Junhoe. Aku mengeluh halus sebelum kembali menutup pintu rumah. Langkah aku kemudiannya diatur perlahan ke tandas.

"Ahhh!!!!"

Tiba-tiba saja dada aku terasa sesak. Aku tak dapat bernafas dengan lancar. Kenapa? Aku ternampak sesuatu yang tak sepatutnya aku lihat!

Junhoe tak pam tandas lepas buang air besar , OMAIGADDD!

Badan aku dah mula lemah. Kepala aku terasa berat. Dan lepas tu , aku langsung tak ingat apa-apa.

Aku pengsan.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now