◁ Pt 1 : Promise ▷

1.8K 166 47
                                    

---

"Aigoo... tembamnya anak papa ni.."

Ibu jari Junhoe kini menyentuh lembut pipi gebu milik bayi perempuan yang sedang terlena di tangannya. Bayi lelaki yang merupakan anak sulungnya juga masih lena dibuai mimpi. Junhoe tersenyum sendirian tatkala teringat kembali betapa cemasnya dia sebentar tadi.

Sejurus selepas Junhoe terjaga dan mendapati bahawa dirinya sedang berada di dalam sebuah bilik yang agak asing buatnya , lelaki itu terus mencari Minjoo yang telah ditinggalkan entah berapa lama.

Secara kebetulan , Minjoo yang pada ketika itu sedang tidur langsung tidak menyedari akan kehadiran Junhoe. Selepas selesai menyusukan dua anak kecil itu buat pertama kalinya , dia terus tertidur kerana masih keletihan. Junhoe mengambil peluang keemasan tersebut bagi melihat bayi kembar yang baru Minjoo lahirkan.

Bayi yang sudah bersih dari kesan darah dan berbau wangi , itu semestinya.

Anak kecil di tangannya kembali menangis , membuatkan Junhoe serba tidak kena , cemas dan risau sekiranya lena Minjoo akan terganggu oleh kerana tangisan bayi tersebut.

"Junhoe?"

Suara Minjoo kedengaran agak lemah pada deria pendengarannya. Junhoe  menyerahkan anak perempuannya kepada Minjoo untuk ditidurkan semula.

Kelihatan seperti Minjoo sudah mampu menjaga dan menguruskan anaknya walaupun ketika bersendirian. Lain pula bagi Junhoe yang langsung tidak tahu menahu bagaimana untuk membersihkan najis anaknya nanti. Malahan , kebersihan dirinya juga tidak begitu terurus sehingga hari ini.

"Sorry.."

Ayat yang tiba-tiba sahaja terbit dari mulut Junhoe membuat Minjoo sedikit bingung.

"Untuk apa?"

Sambil menidurkan anak kecil itu , Minjoo masih menanti penjelasan dari mulut Junhoe yang kelihatan serba tidak kena.

"Saya tahu awak terkilan sebab saya tak teman awak masa anak perempuan kita ni lahir."

Minjoo mengeluh halus.

"Awak kan terkejut. Saya tak boleh salahkan awak sebab perkara remeh macam ni , Junhoe. Benda dah pun jadi. Tak perlulah nak ungkit lagi."

Junhoe mengambil tempat di sisi katil. Dahi Minjoo dikucupnya lembut.

"Terima kasih sebab sanggup lahirkan anak-anak saya."

Minjoo kembali tersenyum walaupun dalam keadaan tidak bermaya. Mereka berdua kemudiannya saling berkucupan dari bibir ke bibir. Junhoe mengangkat tangan kanannya seperti sedang berikrar.

"Saya janji akan jadi papa yang baik untuk anak-anak kita."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now