◁ Pt 1 : Guilty ▷

4.4K 243 97
                                    

---

"Kalau ye pun kau nak merajuk dengan aku lama-lama , at least pakailah baju kau tu dulu. Nanti kau selsema , menyusahkan aku pulak.."

Minjoo masih lagi berselubung di bawah selimutnya , langsung diam tanpa bersuara. Bukan setakat badan saja , malah kepalanya turut dilitupi kain selimut itu. Bebelan aku hanya dibiarkan menyepi.

Aku ingat , soalan yang dia tanya awal-awal tadi tu maksudkan yang dia dah bersedia? Atau mungkin , aku yang nampak terlalu terburu-buru?

Kalau diingati semula , aku akui yang aku bertindak di luar kawalan dan agak agresif tadi. Mungkin rasa sakit tu buat dia tak berani nak teruskan. Dia rela , tapi aku dah rosakkan segala-galanya.

Jadi , ini semua salah aku ke?

"Yahhh... Minjoo.."

Dengan kasar , aku menarik selimut putih yang menyelubungi badan Minjoo ke bawah. Eh? Masa aku tarik selimut ni tadi , bukan main bersungguh-sungguh dia tak kasi. Tapi sekarang lain pulak. Aku tarik je , terus nampak muka dia.

Dan ya , Minjoo hanya pakai bathrobe di badannya sekarang ni.

"Hoooii.. sebelum aku buat apa-apa kat kau , baik bukak mata sekarang. Syaiton , iblis , semuanya dah mula ambil alih otak aku ni......"

Aku menepuk perlahan bahu Minjoo. Dia ni tidur mati ke apa? Dahlah rambut dia masih basah. Habis berbau hapak bantal dia tu nanti.

"Kau jangan ingat aku tak mampu buat kau mengandung sampai dapat kembar eh... kang aku buat sampai sebulan kau tak boleh jalan baru tahu.."

Kalau aku buat macam tu dari awal lagi , memang sah-sah Minjoo tu menangis tak berlagu nanti.

Aku panggil nama dia sekali lagi. Masih tiada respon. Dada aku mula berdebar dengan kencang. Aku jadi risau. Tengkuk dan dahi dia aku sentuh. Dah agak. Dia memang demam.

"Minjoo?"

Aku tepuk perlahan pipi dia yang terasa panas pada waktu tu. Dia masih tak sedarkan diri.  Dah berapa lama agaknya dia pengsan ni? Aku capai telefon di atas meja lalu cepat-cepat mendail nombor doktor peribadi keluarga Minjoo.

---

"Macam mana dengan isteri saya , doktor?"

"Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Dia cuma kekurangan zat dalam badan."

Aku menghela nafas lega. Tuhan saja yang tahu berapa risaunya aku. Tadi dan sekarang.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now