◁ Pt 1 : Daydream ▷

4.2K 228 14
                                    

---

Deruan nafas aku hampir sahaja terhenti tatkala jatuh betul-betul di atas tubuh Junhoe. Mata aku tak henti-henti berkedip memandang ke dalam anak matanya.

Junhoe tidak bersuara walaupun sepatah. Malah matanya tidak sesekali pun berkedip. Rasa sakit pada kepala lutut aku diabaikan saja.

Bagaimanapun , mata Junhoe kelihatan unik pada pandangan aku. Dia ada bulu mata yang cantik , mono eyelid dan pandangan mata yang tajam dan menggoda. Lihat sajalah bibir dia ㅡ nampak lembut walaupun sekadar dilihat begini.

Rambut dia dahlah warna biru..... hensem.

"Bangunlah cepat.."

Aku terus tersentak dari lamunan. Tiba-tiba saja aku bingung buat seketika.

"Haa?"

Junhoe tanpa banyak bercakap lagi , terus menolak tubuh aku sehingga tergolek ke sisi. Dia kemudiannya bangun lalu menepuk-nepuk tuxedo yang dipakai pada tubuhnya itu.

Aku cuba untuk bangun dari rumput-rumput tu , tapi gagal. Baru aku ingat. Kaki aku sakit sebab terlanggar besi tingkap tu masa bersusah payah nak keluar tadi.

"Kau okay tak ni?"

"Habis tu kau nampak aku ni macam okay sangat ke?" Aku mengurut lembut kepala lutut aku sambil mengeluh. Nasib baiklah gaun ni tak rosak.

"Apa kau cakap?"

Aku cepat-cepat menggeleng. Tangan aku kini berpaut pada dinding sebagai sokongan. Ya Tuhan , sakitnya.

"Kau ni kan... kalau dah sakit sangat tu tak payahlah nak berpura-pura lagi."

Junhoe ambil tangan kanan aku dan meletakkannya ke atas bahu sebelah kanannya. Tubuh aku dipapahnya. Junhoe mula berjalan laju membawa aku pergi dari situ.

"Junhoe.. perlahanlah sikit.. saya boleh jalan lagi ni."

Aku mula mengerang kesakitan apabila dia terus laju ke hadapan. Nanti kalau aku jatuh tersungkur macam mana? Siapa nak jawab dengan omma aku , huh?

"Aku tak ada masa nak tunggu kaulah. Kita kena cepat-cepat pergi dari sini. Kau ni pulak terhegeh-hegeh bagai.."

Aku mencebik.

"Saya taknak pun lari ikut awak. Awak yang paksa saya , Junhoe. Tengoklah apa yang jadi sekarang , kaki saya sakit tau tak?"

Aku bersuara dengan tidak kepuashatian terhadap tindakannya. Junhoe membongkokkan sedikit badannya lalu meletakkan tangan pada pelipat di antara paha dan betis aku.

Jangan cakap yang dia nak......

"Junhoe , apa awak buat ni?!"

Badan aku didukungnya. Terkapai-kapai kaki aku ingin menyentuh tanah kembali. Tapi sayangnya , jarak di antara badan aku dan lantai bumi boleh dikatakan agak jauh juga. Junhoe kan galah.

"Kau diam."

Kaki aku terus terkapai-kapai di udara. Tangan aku secara automatiknya telah merangkul leher jenjang milik Junhoe.

"Junhoe!!"

Aku panik melihat tanah hijau yang begitu jauh dari tubuh aku. Kalau jatuh dari tangan Junhoe ni pun , boleh patah riuk tulang belakang aku ni.

"Baik kau diam sebelum aku campak kau dalam sungai dan bagi buaya lapar kat dalam sana tu makan."

Aku terus mengangkat kedua-dua belah tangan , tanda mengalah.

"Okay , okay.. fine!!"

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now