◁ Pt 1 : Bruise ▷

4.5K 228 57
                                    

---

Cecair putih pekat dipicit keluar daripada botol bersaiz sebesar tapak tangan Junhoe itu. Ia kemudiannya disapu lembut pada kesan-kesan lebam keunguan di tengkuk dan juga tulang selangka di atas kulit dadaku.

Tolong jangan tanya sebab apa dia sapukan losyen ni pada badan aku. Aku tak sanggup nak jelaskan dengan terperinci. Memang dah tentu-tentunya kesan lebam keunguan ni adalah disebabkan oleh Junhoe yang tak berperikemanusiaan tu. ╮(╯▽╰)╭

Walaupun dah hampir dua minggu kami pulang semula ke Korea , kesan lebam ni masih tak hilang-hilang. Sampaikan , aku sendiri pun kena pakai scarf bila nak keluar dari rumah.

Inilah sebenar-benarnya keganasan Junhoe yang korang patut tahu. ╮(╯▽╰)╭

"Awak masih tak boleh jalan ke?"

Huh.. sindir aku lah tu. Kononnya , nak tahan gelak jahat dia yang tersorok elok dalam jiwa kejam dia tu. Tahulah aku jalan macam penguin. Dan dialah penyebab aku jadi macam ni , tau tak?!

"Tengoklah.. mama dah muncung tu.."

Tangannya yang mendarat di permukaan perut aku ditepis laju. Mata aku dijegilkan ke arahnya.

"Bukannya ada apa-apa pun dalam perut saya ni. Jadi , jangan nak mengada-ngada eh.."

Junhoe tersenyum.

"Nanti ada lah tu.. kita tunggu je bila dia nak muncul."

Aku sempat menggulingkan bebola mata sebaik sahaja dia kembali menyentuh permukaan perut aku.

Oh , ya. Beberapa hari lepas , Junhoe ada beritahu aku yang dia dah punyai pekerjaan sendiri. Itupun adalah hasil bantuan daripada bapa mertua aku. Memang jarang appa tu pulang ke rumah. Maklumlah , dah selalu sangat kena keluar outstation. Sebab tulah dia ambil Junhoe sebagai pengganti. Boleh juga suami aku tu pantau pekerja-pekerja appanya di sana.

Untunglah masih ada appa. Aku? Entah ke manalah perginya appa aku tu. Dahlah hilang macam tu je. Hilang tanpa jejak , tanpa khabar berita.

"Teruk betul oppa aku tu , kan?"

Aku mengangkat wajah ㅡ memandang Yejin yang berwajah masam dari tadi. Dah berapa lama agaknya aku mengelamun macam ni?

"Kenapa? Apa dia dah buat kat kau?"

"Dia pinjam duit aku.. lepas tu , taknak ganti balik. Mana aku tak marah?"

Aku ketawa kecil. Dua orang adik-beradik ni selalu sangat berbalah tentang perkara remeh-temeh.

"Tapi kan... aku sebenarnya ada perkara nak beritahu kau."

Eh? Tiba-tiba je angin berubah?

"Apa dia?"

Setelah terlalu lama berdiri , aku akhirnya melabuhkan punggung di sisi Yejin. Dia nampak bersungguh-sungguh bila menyebut tentangnya. Macam menarik. Gosip lagi ke?

"Aku tengah dating dengan seseorang.."

Biji mata aku seakan hampir terjojol keluar. Yejin mula tersengih-sengih.

"Dengan siapa? Hensem tak? Tinggi?"

Aku juga sudah mula tertarik dengan topik perbualan kami berdua pada waktu tu. Yejin mengangguk laju dengan senyumannya yang aku sendiri pun tak dapat nak gambarkan.

"Nanti kau taulah."

Aku dapat rasakan , tali di antara aku dengan semangat ingin tahu yang berkobar-kobar tadi terputus tanpa sedar dek jawapan yang diberi Yejin itu.

"Kalau macam tu , baik tak payah cakap."

Aku mula mengorak langkah ke arah pintu biliknya. Nak berlakon kononnya yang aku ni tengah merajuk kerana Yejin masih tidak mahu mendedahkan identiti lelaki yang menjadi pasangan temu janjinya itu.

"Lagi bagus aku pergi layan Junhoe tu.."

"Haa , jangan lupa... aku nak anak buah kembar tiga tau.."

Yejin pula yang berseloroh. Aku menjelingnya dari atas ke bawah.

"Kau ingat aku ni kedai anak ke apa?"

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now