◁ Pt 2 : Suspicious ▷

1.5K 127 75
                                    

---

Perubahan drastik pada sikap Junhoe sejak dua menjak ni membuatkan aku semakin curiga terhadapnya. Lihatlah. Junhoe semakin panas baran. Dia langsung tak ambil berat tentang anak-anak. Apatah lagi aku. Wangiannya juga semakin berlebih-lebihan dari hari ke hari.

Malah , dia semakin kerap berada jauh dari aku dan anak-anak. Dalam seminggu , hanya sekali dua sahaja dia akan pulang ke rumah. Itupun hanya untuk berehat.

Sibuk sangat ke suami aku tu sampaikan Ryul dan Byul pun dia abaikan?

"Chagiya... saya ada benda nak cakap sikit ni."

Aku terus menoleh ke arah Junhoe. Ryul dan Byul yang sudah terlena dibuai mimpi di dalam baby court aku tinggalkan buat seketika.

"Apa dia?"

Junhoe kelihatan serba keresahan. Mulutnya seakan berat untuk menyatakan sesuatu. Aku hanya diam ㅡ menunggu dia bersuara.

"Saya kena berlepas ke China esok. Syarikat appa di sana perlukan pemantauan. Saya akan berada di sana beberapa bulan. Harap awak faham."

Aku mengangguk paksa. Entah untuk beberapa bulan lagi , Junhoe akan berada jauh dari aku. Nampaknya , terpaksalah aku menjaga Ryul dan Byul seorang diri lagi.

Pagi keesokkan harinya , lena aku agak terganggu apabila Ryul mula menangis. Perlahan-lahan aku dukung anak kecil itu untuk menenangkannya. Ketika itu , aku menyedari bahawa Byul tiada di sisi kembarnya. Aku panik.

Pada saat itu jugalah , wajah seseorang muncul di fikiran aku.

Junhoe.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now