◁ Pt 2 : Ragam ▷

1.6K 117 2
                                    

---

"Ryul... kenapa asyik menangis ni?"

Puas aku cuba pujuk anak lelaki aku ni dari terus menangis. Ryul sememangnya pasif. Walaupun sebagai seorang ibu , aku sendiri pun jarang dapat bermain dan bermanja dengan dia. Mana tidaknya?

Bangun tidur je mesti meragam. Bukan setakat seminit dua , tapi berbelas-belas minit juga , tahu? Nasib baiklah bila Ryul tu dah letih menangis , dia akan tidur balik. Kalau tak , aku tak tahulah nak cakap apa. Byul tak ada masalah. Dia tak banyak meragam. Kalau menangis pun , mungkin sebab lapar.

Dan satu perkara yang korang kena tahu , Byul rapat sangat-sangat dengan papa dia. Entah bila pulalah mereka berdua ada ikatan serapat itu , aku sendiri pun tak pasti.

Dan sekarang ni , aku masih lagi tak dapat tidurkan Ryul semula. Mujurlah Byul yang sedang terlena di dalam baby court langsung tidak terganggu dengan suara abangnya.

Junhoe menapak masuk ke dalam bilik tidur itu sebelum kembali menutup pintunya.

"Nangis lagi? Dah susukan dia ke belum?"

Aku mengangguk perlahan. Junhoe melabuhkan punggungnya di sisi aku sebelum mengambil Ryul lalu diletakkan ke atas pangkuannya. Makin kuat pula Ryul menangis. Junhoe yang sudah cemas melihat perubahan Ryul terus meletakkan anak kecil itu ke atas katil.

"Awak ni... janganlah letak dia macam tu. Terperanjat dia nanti."

Junhoe menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku mengangkat Ryul dari katil lalu dipeluk.

"Rasanya Ryul tak suka bau badan awak lah , sayang.."

Aku ketawa mengejek. Junhoe mencebik lalu mengangkat tangan kirinya tinggi. Bahagian bawah lengannya dihidu.

"Saya berbau ke?"

Aku ketawa lagi. Aku rasa bukan aku seorang saja yang rasa Junhoe comel bila tengah blur , bukan?

"Kalau dah tau tu tak payahlah tanya lagi. Pergi mandi.."

Ryul sudah kembali senyap setelah aku terus-menerus mengusap belakang badannya dengan lembut. Dah tertidur rupanya. Letih sangat lah tu.

Aku letakkan Ryul ke dalam baby court ㅡ bersebelahan dengan adik perempuannya. Aku tersenyum sendirian melihat kedua-dua mereka. Aku kembali ke katil setelah penat berdiri. Mata dipejam seketika.

---

Aku tersenyum melihat Minjoo yang sudah terlena di atas katil. Dengan hanya bertuala , aku memanjat katil perlahan-lahan dan baring di sebelah Minjoo.

"Ehh.. ingat dah tidur.."

"Saya tunggu awak selesai mandi.." Terang Minjoo sambil tersenyum. Penat sekalipun , dia tetap nak tunggu aku.

"How sweet."

Pipinya yang tembam dan gebu seperti pau aku picit. Dah berisi isteri aku ni. Nasib baiklah badan masih cantik. Ryul dan Byul pun tentunya ada pipi macam mama mereka. Lemak naik kat pipi agaknya.

Tangan Minjoo mengusap-usap dada aku. Selalunya dia tak macam ni. Tapi sekarang lain pula. Dia selalu membebel kalau aku tak pakai baju masa tidur. Maklumlah , aku kan lelaki. Dah biasa sangat tidur bertelanjang masa aku masih teruna dulu.

"Luka tu dah baik , kan?" Soal Minjoo tiba-tiba.

"Luka tu dah lama baik. Cuma tinggal parut sikit je. Nanti hilang lah tu."

Minjoo tersenyum lega. Kalau dia masih risau tentang perkara tu , tentu aku juga rasa susah hati.

"Good night.."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now