Bab 2

4.6K 123 0
                                    

BAJU T-SHIRT putih disarungkan ke badan. Telefon bimbit dicapai dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia bergegas keluar dari bilik.

"Nak ke mana, Fiz?" tanya Sakinah, ibunya.

"Nak jumpa Ika jap." balasnya.

"Jangan lama sangat. Tak elok dipandang." pesannya. Biarpun sudah mengikat tali pertunangan, masih ada batasan yang perlu dijaga. Tambahan pula mereka tinggal di kampung. Semangat kejiranannya kuat. 

"Yelah, mak." jawab Hafiz sebelum berjalan keluar rumah. Seliparnya disarung lalu dia menghidupkan motosikal dan segera menuju ke arah taman permainan. 

Di taman permainan itulah dia sering bertemu dengan Ika sewaktu zaman persekolahan mereka. Memandangkan taman itu berada tidak jauh dari sekolah, mereka sering menghabiskan masa di situ di waktu petang. Nama saja taman permainan tapi kelibat kanak-kanak jarang sekali kelihatan. 

Dia memarkirkan motosikal di bawah pohon rendang. Dia berjalan ke arah meja tempat Ika berada. Wajah Ika nampak kelat tapi Hafiz tersenyum riang. Melihat muka tunangnya itu, hatinya segera berbunga harum. Mereka berkawan sejak di tingkatan 6 lagi. Dia masih sayangkan Ika seperti mana mereka mula-mula bercinta dulu. Kasihnya tak pernah kurang malah terus mendalam.

"Ada apa si cantik manis mahu jumpa sama abang manis?" usiknya. Namun, gurauan Hafiz tidak mendapat reaksi Ika. Wajah itu cemberut. Terlukis segala kerisauan di riak wanita itu.

"Eh, kenapa ni? Senyum pun tak nak? Biasanya nampak je gigi tu." tegur Hafiz. Sikap Ika berbeza dari biasa.

Ika menunduk sebelum kembali memanggung melihat Hafiz.

"Ika... kena rogol." ujarnya. Dia sudah memutuskan untuk menggunakan cerita rogol sebagai penyelesaian masalahnya. Dia sudah bagitahu dengan ibu dan abangnya yang anak ini anak Hafiz tapi kalau cerita itu sampai kepada Hafiz tentu lelaki tu akan jadi tak keruan. Sebab itu, dia segera memanggil Hafiz pagi ni untuk melengkapkan cerita rekaannya.

"Apa Ika cakap ni?" soal Hafiz. Dia tak pasti apa yang baru didengarinya? Rogol? Betul ke apa yang disebut tunangnya? Rogol? Takkanlah...

Ika cuba mengeluarkan air mata namun gagal. Hesy, kenapalah susah sangat nak menangis ni?! Marah Ika pada dirinya.

Oleh kerana air matanya tak mampu dititiskan, Ika cuba mengerutkan wajahnya sehabis mungkin. 

"Ika kena rogol, Fiz. Tolong Ika." ujarnya dalam sebak yang dibuat-buat. 

Hafiz yang mendengar rasa seperti kepalanya baru saja dipalu seperti gendang. Dia bungkam. Tak terbayang sedikit pun yang dia akan mendengar perkataan itu keluar dari mulut Ika. Lama dia merenung wanita itu. Sedikit demi sedikit dia mula menerima apa yang diberitahu Ika.

"Siapa?" tanya Hafiz.

"Ika tak tau. Ika tak tau, Fiz tapi Fiz kena tolong Ika. Ika merayu Fiz. Tolonglah. Ika dah tak banyak masa." rayunya teresak. Air matanya mula muncul. Ika rasa lega. Lakonannya semakin bagus.

"Ika bagi tahu Fiz siapa yang buat Ika macam ni? Fiz nak heret dia ke balai polis!" bentak Hafiz.

Ika terkejut lalu dia mendekati Hafiz dan melutut di depan lelaki itu. "Tak boleh, Fiz. Jangan. Jangan." Ika mengeleng laju-laju.

"Ika tak nak orang tahu yang Ika kena," Dia teruskan menangis. 

"Maruah Ika. Maruah keluarga Ika. Maruah Fiz. Semuanya akan tercemar. Kalau mak cik tahu Ika dah tak suci, mesti dia tak bagi kita kahwin. Fiz, tolonglah jangan buat report polis. Ika takut." 

"Tapi Ika," Hafiz mahu cuba memujuk. 

"Tolonglah, Fiz. Ika tak sanggup nak turun naik mahkamah sebab ni. Ika tak nak orang kampung tau." Ika terus memujuk Hafiz. Semua rancangannya akan berdepan masalah kalau Hafiz bertindak buat laporan polis. Sebaliknya, cerita rekaannya akan sempurna jika Hafiz bersetuju dengan kehendaknya yang satu ini.

"Habis tu, Ika nak buat apa?" soal Hafiz kecewa.

Ika menyembunyikan senyumannya. Sekali lagi Hafiz masuk perangkapnya. 

"Kita kahwin." ujar Ika. Itu jalan penyesalaian paling afdal yang diputuskannya selepas semalaman memikirkan soal ini.

"Secepat yang mungkin. Doktor kata, kandungan Ika dah 3 bulan Fiz. Kalau tunggu lagi lama lagi susah." jelasnya.

"Tiga bulan?" soal Hafiz keliru.

Ika terkesima. Soalan Hafiz tak dijangka. Dia panik. Kepalanya mulai ligat mencari alasan.

"Ika kena... 3 bulan lepas. Tapi waktu tu Ika takut nak bagitahu sesiapa. Ika tanggung sorang-sorang. Ika simpan rahsia." jelas Ika sambil mula mengalirkan air mata. Air mata ketakutan, takut tembelangnya pecah.

"Macam mana Ika boleh kena? Dekat mana?" soal Hafiz.

Ika sedikit panik tapi lekas mendapat jawapan. "Tolonglah, Fiz. Tolonglah jangan tanya apa-apa lagi. Ika dah tak nak ingat lagi pasal apa yang jadi hari tu. Ika dah tak sanggup, Fiz. Tolonglah." rayunya.

Hafiz bingung. Amarahnya masih ada tapi tangisan Ika melembutkan hatinya. Dia lemah dengan permintaan Ika. Sungguhpun hatinya mahu mengheret penjenayah itu ke muka pengadilan, dia kalah pada permintaan Ika. 

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now