PENYALAHGUNAAN KUASA Salfina sebagai pemilik Muzza Holdings kian memuncak. Gosip tentang Salfina didengari di seluruh pelosok syarikat malah suara sumbang turut meniti bibir ahli perniagaan lain. Di kalangan anak-anak mereka juga cerita tentang Kaira semakin kerap kedengaran. Selain perbelanjaan mewah ibunya, Kaira turut sama dikaitkan dalam gosip tersebut ekoran kehidupan malamnya. Puluhan gambar Kaira bersama rakannya menerima perkongsian yang agak banyak di laman sosial.
Biarpun kisah tidak enak itu menjadi bualan ramai, Muzaffar tidak langsung terkesan. Dia kini sedang bercuti di Kepulauan Maldives. Dia dan arwah isterinya telah membeli sebuah villa yang menghadap lautan. Di situlah dia kini duduk sambil mengingati kenangan manis bersama kekasihnya itu. Langsung dia tidak diganggu oleh kemusnahan yang dibawa anak saudaranya itu kerana dia sudah menjangkakannya.
Selaku pengurus kewangan, Hidzer tak mampu terus berdiam diri. Dia sudah muak dengan perangai Salfina dan Kaira yang berlaku sesuka hati. Biarpun mereka pewaris yang sah tapi kerakusan dan ketamakan dua beranak itu akan membinasakan ribuan manusia lain. Kewangan syarikat yang terancam boleh menyebabkan syarikat tidak mampu membayar gaji pekerja selain risiko pemberhentian operasi di kilang.
Dia tahu inilah masanya untuk dia menggunakan maklumat yang diberikan kepadanya oleh Yvanna. Di dalam sampul yang diperoleh dari Dahlia itu, Yvanna telah memberikan bantuan untuk dia menamatkan semua kebinasaan oleh Salfina dan anaknya.
Telefon bimbit Hidzer berdering. Nama peguam syarikat, Kamarul tertera.
"Assalamualaikum. Ada apa Kamarul?" soal Hidzer mesra. Dia dan Kamarul merupakan rakan di universiti dulu.
"Kau boleh datang banglo Salfina? Kita ada masalah sikit."
"Masalah apa?"
"Kaira DUI dan dia langgar someone."
HIDZER TIBA di banglo putih Salfina. Dia keluar dari kereta dan dipelawa masuk pembantu rumah ke sebuah bilik tamu yang tertutup. Salfina berjalan mundar mandir di ruang itu semementara Kaira sedang duduk mengigit jari di sofa di tengah ruang itu. Kamarul pula duduk bersebelahan Kaira.
"Hidzer." Sapa Kamarul ketika bangun. Dia berjabat tangan dengan Hidzer dan menjemput lelaki itu duduk. Salfina pun berhenti dari berjalan dan duduk di sofa tempat semua mereka berkumpul kini.
"Macam mana?" soal Salfina pada Hidzer. Lelaki itu hanya tercengang. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan wanita itu. Kamarul hanya beritahu sedikit saja tentang apa yang berlaku. Dia sendiri belum dapat versi penuh.
"Bertenang Salfina. Saya belum cerita semuanya." Jelas Kamarul.
"Kaira terlibat dalam kes langgar lari malam tadi. Kita bernasib baik sebab mangsa cuma cedera ringan tapi keluarga mangsa dah buat laporan polis dan ada saksi yang nampak Kaira lari dari tempat kejadian. Kes ni kita boleh selesai luar mahkamah tapi kita perlu bayar mangsa sekitar 20, 000 ringgit."
"Okey. Salfina mampu bayar banyak tu. Kenapa panggil aku?" tanya Hidzer.
"I perlukan you untuk keluarkan 20, 000 ribu dari syarikat tapi I nak you cover pengeluaran sebagai kos perbelanjaan syarikat bukan urusan peribadi." Beritahu Salfina tanpa segan silu.
Hidzer separa melopong melihat wanita itu. Kamarul pula hanya menjeling melihat reaksi Hidzer. Dia sudah masak dengan perangai Salfina tapi Hidzer masih mentah mengenal anak saudara Tan Sri Muzaffar ini. Kaira pula masih jauh memikirkan jenayah yang telah dia lakukan.
"Kau dah hilang akal ke Salfina? Syarikat kita dah hampir muflis sebab perbelanjaan you. Perbelajaan peribadi you dengan Kaira. I takkan keluarkan sesen pun lagi untuk urusan peribadi you!" tempelak Hidzer bosan dengan kerenah Salfina.
"Hei, I CEO Muzza Holdings dan Kaira adalah bakal CEO Muzza Holdings. Macam ni ke cara you layan bos dan bakal bos you?" balas Salfina tak mahu kalah.
"This is ridiculous. I'm out of here."ujar Hidzer seraya bangkit dan membutang kotnya.
"You are fired!" ujar Salfina sambil menuding jari ke muka Hidzer.
"Fine tapi you kena bagi I notis berhenti 3 hari. Selama 3 hari bermula hari ini I masih lagi pengurus kewangan syarikat yang sah. Selepas tiga akhir berakhir, penolong pengurus kewangan akan ambil alih tempat I. You boleh berbincang dengan dia." Tutur Hidzer tenang.
"Fine. I'm sure penolong you takkan teragak-agak nak tolong bos dia. I akan naikkan gaji dia lebih dari you."
Hidzer tersenyum sinis. "You kenal ke siapa penolong tu?"
"Tak kisah lah siapa pun dia. I tau dia jauh lebih baik dari you yang kedekut ni." Salfina menyilang tangan ke dada. Mulutnya muncung.
"Yvanna. Penolong pengurus kewangan Muzza Holdings adalah Yvanna Krishnan. I dengar you dengan dia kawan baik. So, best of luck!" ucap Hidzer penuh sindiran.
Sebaik Hidzer beredar, Kamarul pula bangkit. Kelakuan Kamarul dipandang Salfina dengan hairan. "You nak ke mana?"
"Kalau Hidzer tak boleh bagi you duit, maksudnya dia pun takkan bayar yuran guaman I. I don't work for free, Salfina. Maybe you boleh cari peguam yang akan ambil kes you pro bono." Jelas Kamarul seraya menutup briefcasenya dan berjalan keluar dari ruang tamu itu.
"Ma! Mama. Macam mana ni?" Kaira kelam kabut menghampiri Salfina. Sementara wanita 40-an itu tergamam tanpa kata. Dua orang yang sepatutnya membantu mereka hilangsekelip mata. Dalam waktu itu, Salfina seolah dapat mendengar tawa Yvanna danjuga bapa saudaranya sambil mereka mengungkapkan padanya ungkapan 'Padan muka'.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Bawah Payung Cinta
RomanceCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...