Bab 23

2.3K 71 2
                                    


PERUT KERETA WIRA itu dimasuki oleh Alia. Sebaik duduk, Alia cuba memakai tali pinggang keledar tapi entah kenapa tersekat-sekat pula. Baru nak pulihkan mood lepas bertengkar dengan Ashman, tali pinggang ni pula buat hal. Kenapalah banyak kerenah pulak hari ni? Sudahlah ni first date dia dengan Hafiz. Sepatutnya hari ni hari yang membahagiakan. Kenapalah Ashman pilih hari ni untuk telefon dia? Kenapalah tali pinggang keledar ni degil sangat?

Hafiz yang melihat Alia yang macam nak bergusti dengan tali pinggang keledar itu, segera menghulurkan pertolongan.

"Kereta ni memang manja sikit. Kadang dia suka mogok." Ujar Hafiz sambil menarik keluar tali pinggang keledar itu perlahan lalu di pakaikan hingga sempurna. Mudah saja bila lelaki itu yang melakukan.

"Dia mogok dengan Alia je kot. Abang tarik, dia senang je keluar." Rungut Alia.

"Dia cemburu rasanya sebab Alia lagi cantik dari dia." Puji Hafiz selamba.

Alia tertawa. "Tipulah."

"Memang abang tipu." Usik Hafiz. Alia menghantar pandangan laser. Hafiz buat tak tahu.

"Sebenarnya, dia cemburu sebab abang ada beli bunga untuk Alia." Seraya itu, Hafiz mencapai ke tempat duduk belakang. Sejambak bunga mawar diserahkan pada Alia disebelah. Mata Alia membesar dan mulutnya juga tersenyum lebar. Dia segera menghidu. Jambak bunga itu mewangi semerbak. Kelopak bunganya masih lembut dan segar.

"Suka?" tanya Hafiz.

"Suka." Jawab Alia.

Hafiz tersenyum puas. Bunga dan wanita tak boleh dipisahkan. Sama cantik, sama menarik.

"Kita nak pergi mana?" tanya Alia setelah selesai menghidu mawar sejambak di tangannya.

"Rahsia tapi abang gerenti Alia suka sebab dari sekolah dulu lagi Alia suka."

"Confident je. Kalau tak suka macam mana?" cabar Alia.

"Confirm suka punyalah. Dari dulu lagi Alia suka benda ni."

"Klu."

"Mana boleh bagi klu. Nanti tak surprise lah."

Alia hanya tersenyum lalu melontar pandang ke luar tingkap. Dia cuba memikirkan kejutan yang dirancang Hafiz bila lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain mula berkumandang di radio. Tanpa bicara, kedua mereka hanya melayan perasaan.

MEREKA BERJALAN bersama masuk ke tingkat bawah Bertandang Mall sebelum menaiki lif ke tingkat tiga. Alia teringat ajakan Ashman untuk ke Cake and Cookies Convention disini. Dia menoleh ke arah Hafiz dan tersenyum. Kejutan Hafiz dah bukan kejutan lagi dah. Dia dah tahu mereka akan ke situ.

Memang sejak dari dulu dia hantu kek dan biskut. Sewaktu di sekolah, walaupun dia malas belajar tapi bila ada pertandingan bakeri peringkat sekolah, cepat saja dia mendaftar. Waktu hari pertandingan, Hafiz adalah salah seorang juri. Melihat kehadiran Hafiz, Alia jadi bersemangat untuk buat yang terbaik tapi malangnya kek yang ditatang penuh teliti itu berlanggar dengan Ika Maryam hingga dia jatuh tersembam muka ke dalam kek. Aising putih itu melekat penuh ke mukanya. Sejak hari itu, Alia jadi bahan ketawa. Sejak hari itu, dia malu dengan Hafiz. Sejak hari itu, dia benci dengan Ika.

"Alia. Kenapa? Terkejut sangat ke sampai tak boleh bergerak?" tegur Hafiz bila Alia dilihat mengelamun.

Pantas Alia memutuskan lamunannya. "Tak surprise pun. Alia dah tahu."

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now