Bab 43

1.9K 55 0
                                        

AROMA BERANEKA di pasar malam menusuk rongga hidung pengunjung yang berpusu di situ. Sajian lazat yang pelbagai mencuit nafsu manusia. Suasana digamatkan dengan kunjungan ramai dan suara penjual yang mempromosikan jualan mereka. Alia dan Hafiz juga tak terlepas mencuci mata dengan makanan yang terhidang di hampir 30 gerai yang beroperasi.

Dalam kesibukan mata melihat itu dan ini, Hafiz berselisih bahu dengan seseorang. Bila wajah mereka bertentang, terus saja keduanya mengukir senyum.

"Adam!" sapa Hafiz jelas gembiran.

"Hafiz. Ya Allah, tak sangka jumpa kat sini." Balas Adam.

"Kau tinggal area sini ke?" tanya Hafiz.

"A'ah. Rumah aku depan ni je. Taman Angkasa. Kau?"

"Aku jauh sikit. Dekat Astana." Balas Hafiz.

"Kau datang seorang ke?"

"Tak. Dengan isteri aku. Ni ha," Hafiz menoleh mencari Alia untuk dikenalkan pada Adam tapi isterinya sudah hilang. Dia menoleh kanan dan kiri tapi Alia tak kelihatan.

"Eh, takkan tertinggal bini kot? Ada sangkut kat gerai mana-mana tak?" tegur Adam.

"Yelah kot. Aku pergi tengoklah." Ujar Hafiz seraya meninggalkan Adam dan berpatah semula mencari isterinya. Dekat gerai manalah pula isteri aku melekat ni?! Rungut Hafiz.

Sementara itu Alia pula sebenarnya sedang mencari sekeping not 50 yang tercicir. Duit yang diselit masuk dalam poket seluar tadi sudah tidak ada. Tak sedar bila jatuh. Bila dia nak bayar untuk kuih yang dibeli barulah sedar yang poketnya sudah kosong. Bila masa pula duit tu jatuh? Jenuh Alia menyelit di antara orang ramai sambil matanya melihat ke lantai jalan. Minta-mintalah takde orang ambil.

"Alhamdulillah." Ucap Alia sebaik terpandang not 50 yang masih ada di jalan. Rupanya duit itu masih berlipat dan terlantar di lantai gerai Nasi Ayam Penyet yang dia dan Hafiz singgah sebelumnya.

Bila Alia tiba di gerai untuk membayar kuih tadi, kelihat Hafiz sudah tiada. Dia memanjangkan leher ke sekeliling. Sesekali dia terpaksa menjengket kaki untuk melihat lebih jauh. Maklumlah, ketinggiannya hanya 152cm. Dia pula hanya pakai kasut flat.

Lama juga Alia mencari Hafiz dan akhirnya dia memutuskan untuk kembali saja ke kereta. Dalam perjalanan ke kereta Alia bertembung dengan seseorang.

"A...lia?" tegur seorang lelaki sebaya Alia. Lelaki itu berbaju t-shirt hitam dan berseluar jean selain memakai topi.

"Ye." Balas Alia spontan. Dia memerhatikan lelaki di hadapannya.

"Akulah. Takkan tak ingat. Haidar." Lelaki itu menanggalkan topinya untuk memperlihatkan wajahnya lebih jelas.

"Lah, Haidar. Aku ingatlah sapalah tadi. Lama tak jumpa. Aku dengar kau pergi Dubai. Kerja kat sana." Tanya Alia. Haidar merupakan rakannya sewaktu mereka sama-sama bekerja sebagai cashier di sebuah pusat membeli-belah. Akibat satu perselisihan faham dengan pelanggan, Haidar telah dipecat. Haidar menghilang tanpa jejak dan hanya ada khabar angin mengatakan yang lelaki itu telah pergi ke Dubai untuk mencuba nasib mencari rezeki sebagai pekerja binaan.

"Siapa bagitahu?" soal Haidar pula.

"Abang Rahmat."

"Oh." Haidar berdiam sejenak sebelum kembali bersuara. Seolah nama itu mengembalikan sebuah kenangan lama.

"Kau sihat? Kerja kat mana sekarang?"

"Aku sekarang duduk rumah je. Aku menulis." Jawab Alia.

Haidar tersenyum lebar. "So, tercapai jugalah impian kau nak jadi penulis. Eh, kau still pakai nombor dulu ke dah tukar?"

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang