Bab 39

1.9K 61 0
                                    

HAFIZ MELETAKKAN cawan kertas berisi kopi di atas meja rakan sepejabatnya. Mujurlah hanya ada 7 orang. Cukuplah dua tangannya untuk menjinjit kopi bersama sekotak donat. Ucapan terima kasih kedengaran sebaik Hafiz meletakkan kopi di meja mereka. Biarpun jawatan mereka setaraf tapi semuanya adalah senior pada Hafiz. Mereka sudah berkhidmat tiga hingga 7 tahun disitu. Jadi, dia yang paling junior ni haruslah pandai mengambil hati senior. Nanti mudahlah dia nak menimba ilmu dari mereka.

"Weekend ni semua join ke family day?" Tanya Nawal dari mejanya.

"Gila tak join? Kan wajib." Ujar Hafni sebelum menghirup kopi.

"Memanglah tapi mana tau, ada sesiapa yang nak fake MC atau ada excuse." Tambah Nawal lagi.

"Family day?" soal Hafiz tercengang.

"Kau tak cek emel lagi?" Tanya Wafi.

"Oh. Belum." Balas Hafiz seraya duduk di meja dan membuka emelnya. "Semua kena pergi lah ni?"

"Harus. Untuk mengeratkan silaturrahim. Ada games dan hadiah untuk dimenangi." Jawab Kathy.

Hafiz melihat pada jadual yang tersedia. Mereka bertolak petang Jumaat dan kembali petang Ahad. Dia segera teringatkan Alia. Risau pula jadinya bila dia terbayang Ika juga lelaki berkamera beberapa hari lalu. Dia tak boleh tinggalkan Alia bersendirian. Nak dibawa, memang tak dibenarkan. Hafiz mengaru kepala.

"Kau kenapa, Fiz? Macam ada masalah negara." Tanya Hafni.

"Tak. Kalau aku pergi, wife aku dok sorang kat rumah. Kawasan situ pula sunyi juga."

"Lepaklah. Hantar je balik rumah mak mertua kau. Apa susah?" cadang Hafni. Dia berlalu tanpa menunggu respon Hafiz.

Hafiz mengiyakan dalam hati. Cadangan Hafni boleh dipakai.

MALAM ITU, Hafiz dan Alia duduk bersama di sofa menonton tv. Sedang Alia sesekali ketawa dengan keletah rancangan komedi yang dilihat, Hafiz tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Siang tadi dia sudah beritahu Alia tentang hari keluarga yang akan dihadiri. Respon Alia hanya biasa. Isterinya tidak kisah bersendirian di rumah. Jawapan Alia bertentangan dengan apa yang dia mahukan. Apatah lagi babak jurufoto dari dalam kereta hitam hari itu masih bermain di fikiran. Ditambah pula dengan Ika Maryam yang dilihat masih berdendam dengan mereka.

"Lia balik rumah mak, ye?" usul Hafiz bila iklan TV bermula.

"Kan Lia dah cakap tak payah. Lia boleh duduk sorang. Abang janganlah risau." Pujuknya. Dia mengosok bahu Hafiz seolah cuba menenangkan. Dia dapat baca kerisauan di riak Hafiz. Namun, dia tak rasa risau langsung. Sekalipun Ika datang semula, dia tahulah bagaimana nak berdepan dengan wanita itu.

"Habis tu nak duduk mana?" tanya Hafiz membuatkan Alia tercengang.

"Duduk rumah la. Kan ada rumah ni?" Alia mendepang tangan seluas mungkin.

"Abang," Hafiz diam sesaat sebelum menyambung. "Abang tak selesa tinggal Lia seorang. Erm, apa kata suruh mak datang sini?" Hafiz memberi cadangan seterusnya.

"Abang ni. Ayah tu lagilah tak bagi mak datang. Kalau mak datang, siapa nak jaga makan minum dia?" Lia menolak.

"Suruh ayah datang sekalilah." Hafiz membetulkan maksudnya.

"Ayah tu mana boleh tinggal kebun dia tu. Hari-hari dia kena pergi." Jawab Alia kembali.

Hafiz mengeluh bila setiap cadangannya ditolak Alia. Alia yang mendengar keluhan itu hanya beriak selamba. Entah apa yang nak dirisaukan suaminya pun dia tak faham. Bukannya dia tak biasa tinggal sendiri. Bukan sehari dua dia tinggal di bandar besar.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now