Bab 16

2.9K 95 0
                                        

ALIA SIBUK membetulkan susunan beberapa buku di rak bila satu suara memberi salam. Dia menoleh. Wajah itu diamati beberapa detik sebelum dia kembali menoleh pergi dari wajah itu. Tangan yang tadi elok saja menyusun penuh cermat mula hilang kawalan. Wajah itu buat dia mengelabah.

"Alia? Alia, kan?" tanya lelaki itu. Alia hanya keras ditempatnya. Kenapalah waktu-waktu macam ni dia boleh bertemu dengan orang yang tak diingini?

"Buat apa kat sini?" tanya Alia kerana terpaksa. Nak berdiam diri lama-lama takut lagi lama lelaki itu berdiri dekat sini.

"Abang cari buku. Alia kerja kat sini ke?" tanya Hafiz.

"Taklah. Alia saja je baik hati tolong susun buku-buku kat sini." Alia membalas sinis. Sudah gaharu, cendana pula dia ni.

"Alia marah dengan abang lagi?" soal Hafiz. Nadanya dilembutkan. Maklumlah, dia yang bersalah tentang kes tiga tahun lepas. Dia yang terlalu buta kerana cinta hingga melukakan hati Alia.

Mestilah. Ingat senang-senang je Alia nak maafkan abang? Katanya dalam hati. Nak cakap depan-depan tak terkeluar pula.

"Abang minta maaf."

Senangnya mintak maaf? Ni yang nak melting ni. Dah lama aku tak jumpa dia pun, hati aku boleh gugup macam ni. Tolonglah, hati. Jangan nak lembik sangat!

"Abang tau susah Alia nak maafkan abang tapi abang nak Alia tau yang abang rasa bersalah. Waktu tu abang terlalu sayang," Hafiz tak mampu menghabiskan ayat sebaik teringat wajah Ika Maryam.

"Waktu tu? Waktu sekarang?" tanya Alia. Dia menoleh memandang Hafiz.

Hafiz tak tahu bagaimana nak berterus terang tentang hubungan dia dan Ika yang sudah berkubur. Ceritanya panjang. Takkan dia nak bercerita sekarang dan di dalam kedai buku ni? Lagipun ini waktu kerja Alia.

"Abang ada benda nak cerita dengan Alia. Kita jumpa lepas Alia habis kerja, boleh?" pinta Hafiz.

Alia tak dapat menafikan perasaannya. Sudah lama dia tak mendengar suara Hafiz. Sekarang suara itu kembali membuat dia jatuh hati dengan lelaki ini untuk kesekian kalinya. Kenapalah merdu sangat suara ciptaan Tuhan ni? Alia berbisik sendiri. Hatinya dah mula lemah mendengar permintaan Hafiz.

Alia mengeleng kepala. Dia ingatkan diri supaya tak dibuai perasaan. Rajuknya tak boleh hilang begitu saja. Hafiz harus dihukum.

"Tak boleh. Alia sibuk." Ujarnya berpura dingin. Padahal degupan jantung yang asyik tadi mengepam membuatkan tubuhnya segar dan panas.

"Bila Alia tak sibuk?" Hafiz terus mencuba mencari peluang. Dia ikhlas mahu berbaik dengan Alia. Apatah lagi dia adalah penyebab hubungan mereka retak.

"Bila kucing bertanduk." Ujar Alia sengaja mahu buat Hafiz putus asa.

Perlahan-lahan Hafiz menaikkan kedua-dua jari telunjukknya lalu diletakkan di kepala. "Alia, tengok ni."

Spontan Alia menoleh dan melihat Hafiz yang kini bertanduk. Alia menahan senyumnya dengan gelagat Hafiz itu. Comel tapi dia tak boleh kalah macam tu saja.

"Kan Alia pernah cakap, muka abang ni macam kucing. Ha, ni dah ada tanduk dah. So, maksudnya Alia dah tak sibuklah kan?" Hafiz menurunkan "tanduknya" bila Alia hanya mendiamkan diri.

"Okey, kalau Alia tak nak layan abang takpe tapi lepas ni jangan menyesal." Ujar Hafiz kemudian berlalu.

'Eh, cepatnya putus asa? Tak bersungguh-sungguh agaknya pujuk aku.' Alia membebel sendiri bila ditinggalkan. Dia hanya menoleh selepas dia pasti Hafiz dah tak ada lagi di kawasannya.

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang