Just a short chapter sebagai pemanis mulut. Jap gi kita hidang main dish.
PAGI ITU Hafiz masih bermenung di meja batu di halaman kecil rumah mereka. Kisah semalam masih bermain di fikiran. Rahsia tentang kehidupan ibunya sebelum berkahwin amat mengejutkannya. Kehidupan mereka cukup susah semenjak dari kecil. Tak pernah terfikir yang ibunya merupakan seorang 'puteri raja' yang pernah tinggal di istana. Hanya kerana cinta, ibu sanggup tinggalkan kemewahan.
Hafiz mengeleng. Ibunya tinggalkan kemewahan demi cinta yang akhirnya hanya membawa derita. Sikap ayahnya yang berubah menjadi pendera telah meruntuhkan keluarga bahagia yang cuba dibina. Adakah ibu menyesal? Fikir Hafiz. Namun sekali lagi dia mengeleng tapi kali ini dengan senyuman. Tak. Ibu tak mungkin menyesal. Kasih sayang ibu pada dia dan Aisya merupakan bukti yang ibu masih bahagia.
Cuma dia sedikit terkilan dengan pengakhiran ibu. Kalaulah ibu sempat bertemu kembali dengan atuk, pasti pengakhiran ibu lebih manis.
"Abang. Abang termenung ni fikir pasal hal semalam ke?" tanya Alia melabuhkan duduk di kerusi berdepan suaminya.
Hafiz melepas nafas berat seraya mengukir senyum. "Adalah sikit."
"Sedihkan kisah ibu? Tak sangka Tan Sri tu ayah dia." Ujar Alia.
Hafiz tersenyum nipis. "Abang pun tak sangka tapi itulah kan, hidup ni tak semua benda kita tahu. Semua rahsia manusia, Tuhan je yang tahu."
"Tapi kan, kalau ibu tahu yang abang dah jumpa dengan ayah dia, mesti ibu suka kan? Walaupun ibu dah takde tapi ayah ibu dah berbaik dengan anak-anak dia. Abang pun dah kahwin. Aisya pun dah masuk U. Semuanya dah nampak sempurna." Celoteh Alia agak teruja.
"Abang pun seronok. Macam-macam benda dah jadi tapi Alhamdulillah, Tuhan tu Maha Adil. Setiap susah yang dia bagi, ada ganjaran menanti. Nasib baiklah abang ni penyabar orangnya." Ujar Hafiz berpura riak.
"Yelah. Untung Alia kahwin dengan cucu Tan Sri Muzaffar. Dapatlah merasa jadi Cinderella." Balas Alia.
Hafiz tersenyum. Sejenak fikirannya teringatkan sesuatu. "Alia okey ke kalau kita pindah banglo atuk?"
"Alia okey sebab kalau difikirkan umur atuk tu dah tua. Elok kita jangan sia-siakan masa yang ada. Kalau duduk kat sana, bolehlah atuk tu nak tengok muka cucu dia hari-hari."
"Cucu je? Cicit takde?" usik Hafiz.
"Gatal lah tu!" balas Alia.
"Apa pula gatal? Betul apa abang cakap. Seronok atuk kalau dapat main dengan cicit. Nak main dengan cucu, cucu dah tua bangka. Dah tak comel."
"Betul juga cakap abang tu. Cucu atuk memang tak comel. Harap-harap anak kita nanti ikut muka Alia, baru comel."
Hafiz buat muka. "Yelah. Yelah. Dia je yang comel. Muka kuih pau."
"Kuih pau? Abang ejek Alia gemuk ek?" Sejak sebulan lalu, berat badannya memang naik mendadak. Asyik makan tidur saja di rumah gara-gara dimanja Hafiz.
"Er...mana ada?" Hafiz perlahan-lahan bangun dan bergegas masuk ke rumah. Alia mengejar dari belakang.
YOU ARE READING
Di Bawah Payung Cinta
RomanceCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...