Bab 45

2.1K 52 0
                                    

HAMPIR KESEMUA STAF Muzza Holdings berkumpul dan bergosip tentang CEO baru mereka yang kini sudah hampir tiga bulan menjawat jawatan tersebut. Keangkuhan Salfina dan anaknya Kaira tak henti menjadi buah mulut pekerja. Ada cerita tentang Salfina yang memecat seorang staf kerana staf tersebut dengan tidak sengaja menumpahkan air ke bajunya. Kaira pula dilihat sering keluar masuk pejabat pengurus kewangan syarikat dan menayangkan cek yang diterimanya.

"Apa sebenarnya kerja Cik Kaira tu sampai dapat cek dari syarikat?" soal seorang staf perempuan pada rakannya sewaktu mereka berkumpul makan tengahari.

"Aku dengar dia jadi GM Adikara." Balas rakannya.

"Hotel Adikara? Cik Kaira tu jadi General Manager? Tak mungkinlah. Bukan ke Cik Yvanna GM hotel tu?"

"Dulu. Lepas Puan Salfina ambil alih Muzza, dia letak anak dia jadi GM. Sangat nepotistik."

"Tapi macam peliklah. Kenapa TS Muzaffar bagi Muzza dekat Puan Salfina? Takkan dah takde orang lain?"

"Setahu aku Puan Salfina je lah keluarga yang Tan Sri ada. Puan Sri dah lama meninggal. Anak pun takde."

"Sayang, kan? Harta berbilion tapi takde anak."

"Eh, tapi kan aku ada dengar satu cerita ni tau."

"Cerita apa?"

"Pasal kisah silam keluarga Tan Sri."

"Eh, cerita la. Apa dia?"

Dia menoleh ke kanan kiri sebelum memulakan kisahnya sambil berbisik.

"Tan Sri sebenarnya ada anak perempuan."

"Puan Salfina?"

"Tak. Tak. Puan Salfina tu anak saudara. Ni anak betul. Anak kandung."

"Iyelah tu. Tak pernah nampak pun."

"Itulah yang aku nak cerita. Anak perempuan Tan Sri nak kahwin dengan seorang lelaki ni tapi Tan Sri tak restu. Diaorang bertengkar sampai akhirnya Tan Sri halau anak dia. Sejak dari tu anak Tan Sri keluar dari rumah dan menghilang. Tak jumpa sampai sekarang."

"Hesy, macam tipu je. Mana kau tau cerita ni?"

"Nenek aku."

"Nenek kau?"

"Nenek aku bekas pembantu rumah Tan Sri. Masa Tan Sri halau anak dia tu, nenek aku ada sekali tengok."

Semua rakan yang mendengar hanya mengangguk perlahan. Boleh jadi ceritanya benar, boleh jadi bohong tapi apa gunanya nenek tu berbohong? Takkanlah nenek itu begitu rajin nak mengarang cerita yang tak wujud? Entahlah. Biarlah cerita hanya tinggal cerita.


HIDZER SEKALI LAGI menerjah masuk pejabat Salfina. Kelibat wanita itu tidak kelihatan. Sebaik dia keluar, dia bertembung dengan setiausaha Salfina yang berjalan membawa secawan kopi.

"Mana Salfina?" soal Hidzer garang.

"Er, Puan Salfina tak masuk pejabat hari ni. Dia out station."

Hidzer mengerut kening. "Out station?" ujarnya diikuti bunyi berdecit. "Urusan apa yang dia ada sampai perlu out station?"

"Puan kata dia nak uruskan something tentang pertunjukkan fesyen."

Sekali Hidzer diundang keliru. "Fesyen? Sejak bila Muzza ada rangkaian fesyen?"

"Er, maybe Puan Salfina nak launch company baru? Boutique maybe?" ujar wanita muda itu dalam gugup. Dia kalau gugup memang selalu cakap lebih banyak dari biasa.

"Company baru? Syarikat yang ada pun tak terurus. Nak buka syarikat baru." Hidzer bercakap sendiri tapi masih dalam pendengaran setiausaha Salfina. Dia akhirnya mengeleng kepala sebelum pergi meninggalkan wanita itu untuk kembali ke pejabatnya.

Setiba di pejabat, Hidzer menelefon terus pada Yvanna tapi panggilannya tidak berjawab. Dia berfikit beberapa kali sebelum mendail ke kediaman Tan Sri Muzaffar. Juga tiada jawapan. Dia meraup wajahnya. Dahinya digosok sedikit. Dia membuka laci dan mengeluarkan dua biji Panadol lalu ditelan dengan segelas air.

Hidzer melihat tuntutan kewangan yang dibuat Salfina sepanjang tiga bulan wanita itu menjadi CEO. Segala perbelanjaan Salfina dan Kaira tidak munasabah. Malahan perbelanjaan peribadi mereka sekeluarga turut ditanggung syarikat. Kalau Salfina dibiarkan, kewangan syarikat akan lumpuh dalam masa tak sampai setahun. Walaupun Hotel Adikara masih mampu beroperasi seperti biasa, dua buah syarikat naugan Muzza Holdings iaitu ISM Foods dan ISM Logistic bakal terjejas.

Dia tidak boleh duduk diam lagi. Dia akhirnya memutuskan untuk ke Hotel Adikara. Dia masih ingat dengan Dahlia. Bersemuka dengan wanita itu lebih mudah dari berbual di telefon. Dia mencapai kot dan keluar dari pejabat.


BELUM SEMPAT Hidzer membuka mulut, Dahlia sudah menyambutnya dengan senyuman. "Encik Hidzer. Datang untuk ambil pesanan Cik Yvanna?"

Hidzer terhenti di depan meja Dahlia. "Pesanan?"

"Ye. Cik Yvanna beritahu saya yang Encik Hidzer akan datang cari saya dalam masa terdekat."

"Kenapa?"

Dahlia menyerahkan sebuah sampul surat bersaiz A4. "Cik Yvanna kata semua penyelesaian ada dalam sampul ni."

"Penyelesaian?" soal Hidzer.

"Encik Hidzer ada masalah kan?"

"Ye tapi macam mana awak tahu?"

"Saya tak tahu tapi Cik Yvanna tahu dan dia dah sedia penyelesaiannya dalam sampul tu. Good luck." Ujar Dahlia ceria.

"Thanks." Balas Hidzer dalam dia masih bingung. Macam mana Cik Yvanna boleh ada penyelesaian sedangkan dia belum bagitahu masalahnya? Mungkin dia dah tahu yang syarikat takkan bertahan lama dengan ada si Salfina tu. Bisik Hidzer dalam hati.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now