Bab 25

2.2K 60 6
                                        

LAMBAKAN novel cetakan terbaru yang di dalam troli diambil satu persatu dan disusun kemas di rak. Sesekali sempat juga Alia membaca sinopsis di kulit belakang buku. Membaca sinopsis cinta sahaja dia sudah rasa segar bugar. Adat orang dilamun cinta, semuanya bahagia macam anak kecil dapat lollipop, semuanya tip top!

"Mak!" Alia terjerit kecil sebaik menoleh ke kanan. Sebuah wajah bulat milik Gina Wong sudah sedia berada di situ. Entah sedari bila temannya itu menjengul di situ.

"Kau kan, dari masuk kerja tadi sampai sekarang asyik tersenyum je. Macam orang angau. Kau angau ke?" tanya Gina. Wajahnya penuh curiga.

Alia tersenyum simpul seraya menoleh kembali ke depan. "Taklah."

"Eleh, tak konon. Aku pun bercinta lah. Aku tau wajah-wajah orang gila macam kau."

"Ada pula cakap aku gila?" sanggah Alia. Tangannya cuba disibukkan dengan menyusun buku.

"Orang bercinta ni semua tak waras. Kalau kau masih waras maksudnya kau belum betul-betul jatuh cinta."

"Aku dah jatuh cinta la tapi aku still waras." Opps! Alia menutup mulutnya dengan dua tangan. Matanya terbeliak spontan.

Gina tersenyum menampakkan gigi. "Aku dah agak dah! Nak tipu aku konon. Baguslah. Maknanya there is one less lonely girl in this world. Justin Bieber must be proud. Give me a hug!" Gina segera meraih Alia ke dalam pelukan. Mereka berpeluk erat dan kemudian melompat-lompat gembira.

"Hoi. Hoi. Ada orang menang juara Gegar Vaganza ke kat sini? Apa yang terlompat macam tu?" tegur Ilham.

"Oh, Ilham. This is so much better than Gegar Vaganza. This is heaven! She's in love." Ujar Gina pada Ilham. Tak sempat Alia nak menghalang rakannya itu dari membuat pengumuman. Ilham memandang ke arah Alia. Alia hanya tersenyum simpul.

"Tahniah, Alia." ucap Ilham sayu. Dia menundukkan wajah.

"Kau kenapa? Macam tak suka je?" tanya Gina hairan.

"Aku... aku," Ilham gugup berbicara.

"Jangan cakap kau suka Alia?" lirih Gina sedikit musykil.

"Tak. Bukan tu." nafi Ilham.

Gina dan Alia serentak melepaskan nafas lega. Kalau bukan sebab suka Alia, sebab apa pula si Ilham ni?

"Habis tu?" soal Gina.

"Ini bermaksud aku seorang je lah yang masih single and available. Umur aku dah 34 tapi isteri sorang pun takde. Girlfriend apatah lagi." Ilham menayang wajah muram.

Alia dan Gina saling berpandangan.

"Rilekslah. Nanti adalah tu. Jodoh kan ditangan Tuhan?" Alia menepuk lembut belakang Ilham dengan buku novel.

"Kau suka yang macam mana? Cuba cakap. Manalah tau kalau aku ada kenal orang yang kau nak. Nanti bolehlah kenalkan." Pujuk Alia.

Spontan muka Ilham kembali ceria.

"Ehem, aku nak perempuan tu tinggi dalam 170cm, berat dia aku nak dalam 45 atau 46, kerja model atau pramugari, pandai masak, saiz..."

Gina dan Alia saling berpandangan sebelum mencapai bulu ayam dan memukul tubuh Ilham.

"Patutlah membujang. Taste mengalahkan putera raja. Kalau macam tu yang kau nak, memang ke tua lah kau antertu." Marah Alia.

"Antertu tu apa?" tanya Gina.

"Anak teruna tua." Balas Alia.

"Eh, apa pulak? Aku nak pilih isteri bukan nak pilih ikan kat pasar. Mestilah kena ada citarasa tinggi. Takkan aku nak main sapu je yang katik dan hodoh macam kau orang." Ilham cuba mempertahankan diri.

Sekali lagi Ilham dihujani pukulan hebat dengan penyapu bulu ayam dari gandingan hebat Alia dan Gina.

"Eh, sekatik-katik kitaorang ada juga orang nak. Daripada kau tall, dark and handsome tapi takde orang nak." Bidas Gina.

"Betul. Betul." Sokong Alia.

Ilham tersenyum nakal. "Jadi, kauorang setujulah yang aku ni handsome? Hahaha." Dia tertawa riak.

"Hesy, dia ni! Puji sikit dah gelak macam entah apa-apa." Bebel Alia.

Tiba-tiba mereka bertiga diserbu rasa seram. Serentak mereka menoleh ke belakang. Spontan mereka mempamerkan reaksi melopong dan tersenyum paksa.

"Awak ingat kalau customer takde, awak boleh curi tulang? Tu buku dalam troli tu siapa punya kerja belum bersusun? Duster yang awak pegang tu lebih elok guna untuk sapu habuk dari pukul si Ilham ni." Tegas Irwan. Wajahnya tiada secalit senyuman. Ketiga pekerja itu menelan liur lalu segera bersurai ke stesen kerja masing-masing.

"Alia." Gadis itu menoleh untuk melihat Irwan sebaliknya wajah Hafiz pula yang terlihat.

"Jom!" ajaknya. Hafiz dan Irwan berdepan. Alia segera menghampiri mereka.

"Er, Encik Irwan ni Hafiz. Hafiz ni Encik Irwan, pengurus dekat sini."

Mereka bersalaman dan bertegur sapa sepatah dua sebelum Alia beredar ke bilik belakang untuk mengambil barangannya. Dia sudah meminta kebenaran dari Irwan terlebih dahulu untuk pulang awal hari ni. Dia dan Hafiz ada rancangan penting.

"So, Gina. Bye. Jumpa kat rumah." Ucap Alia sebelum dia bergerak ke arah Hafiz. Mereka keluar berdua meninggalkan kedai itu.

Lenggok pasangan kekasih itu berjalan dipandang penuh minat oleh Irwan. Matanya hampir tidak berkelip.

Irwan menyampaikan suatu pesanan kepada Ilham sebelum dia juga turut keluar dari kedai itu menerusi pintu belakang.

"Wei, apa I.R cakap kat kau tadi?" tanya Gina setelah melihat Irwan kembali dari bilik di belakang.

"Dia suruh aku tutup kedai hari ni. Dia ada hal kat luar." Balas Ilham mendatar.

Gina berasa aneh. Sejak dua menjak Alia keluar dengan Hafiz ni selalu pula I.R balik pada waktu yang sama dengan Alia. Kebetulan je ke? Naluri wanitanya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun, bagai angin lalu dia membiarkan rasa itu pergi. Mungkin hanya perasaannya saja.

SEBENTUK CINCIN emas belah rotan disarung ke jari manis Alia. Dia menayang cincin itu jauh sedikit untuk melihat kesesuaian di jari. Hafiz yang disebelah hanya memuji. Biasa saja baginya semua cincin ini. Biarpun rekaan cincin yang dipamerkan di kedai itu banyak bezanya, di mata Hafiz nampak sama. Semuanya cincin emas sahaja tapi dia tahu di mata wanita, setiap bentuk cincin nyata berbeza.

Dari jauh kebahagiaan pasangan itu dilihat dari dalam sebuah kereta. Beberapa kali juga kamera DSLR miliknya itu diklik untuk merakam kemesraan Hafiz dan Alia.

Hatinya berbulu. Mahu saja rasanya dia keluar dari kereta dan mengheret Alia masuk ke dalam keretanya tapi dia tahu dia harus bersabar. Mereka baru sahaja nak bertunang. Dia masih ada peluang lagi untuk memiliki Alia selagi Alia masih bukan isteri sesiapa. Dia menyungging senyuman sinis tatkala memikirkan yang Alia masih menjadi miliknya.

Dia mengintip pasangan itu hingga keduanya pulang ke rumah. Waktu itu, dia sudah siap berada di hadapan komputer intipan yang kameranya dipasang secara tersembunyi di rumah Alia. Kehidupan gadis itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Malah, dia sering membayangkan Alia adalah isterinya. Isterinya yang tinggal berasingan dan sekarang, isterinya itu telah berlaku curang. Wanita seperti ini harus diajar. Ya, dia harus dihukum! Itu yang sepatutnya.

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang