SURAT BERHENTI KERJA yang selesai dibaca di koyak. Irwan Rashid terus mengoyak sehelai kertas putih itu kepada ceraian paling kecil yang dibolehkan. Kemudian, ceraian itu dilempar kuat. Dadanya turun naik menahan marah. Tidak cukup dengan itu, dia menolak habis segala barang yang ada di atas meja di pejabatnya.
"Eh, kenapa tu?" Ilham memberi isyarat mata pada Gina.
Gina melihat ke arah pejabat majikan mereka yang pintunya sedikit terbuka. Mereka berdua dapat mengintai sedikit suasana di dalam.
"Alia berhenti kerja." Beritahu Gina tanpa memandang Ilham. Tangannya sibuk menanda inventori.
"Berhenti kerja? Kenapa?" soal Ilham. Terdetik di hatinya jika dia menjadi punca Alia berhenti kerja kerana kali terakhir dia berbual dengan Alia, dia bercerita tentang kehidupan rahsia gadis itu yang kerap mengunjungi kelab malam. Mungkinkah sebab tu Alia terus berhenti kerja?
"Erm, Alia cakap I.R confess cinta dia dan Alia, of course, reject. So, Alia rasa dah tak selesa nak kerja kat sini." Jelas Gina. Sememangnya dia sudah lama mengagak yang I.R sukakan temannya itu. Segala gerak geri dan ucapan lelaki itu pada Alia memang menunjukkan minat yang mendalam. Lambat laun dia tahu lelaki itu pasti akan meluahkan cintanya pada Alia dan akhirnya, tekaan dia mengena tepat.
"Betul ke?" Ilham sangsi. Jadi, I.R puncanya? Bukan dia.
"Yelah. Takkan kau tak pernah perasan cara I.R tu tengok Alia. Memang nampak sangat dia suka cuma aku rasa ego dia yang menghalang dia dari mengaku. Soal perasaan ni memang tak boleh pendam lama. Last last dia confess juga. Aku rasa elok je Alia berhenti kerja sini sebab tak lama lagi dia dah nak bertunang, kahwin. Takkan dia nak terus bertembung dengan lelaki yang dia dah reject, kan?" balas Gina. Matanya kembali pada senarai inventori.
"Kau pasti ke dia jadi kahwin?" tanya Ilham.
Gina memanggung memandang Ilham. "Kenapa?"
"Takdelah. Hari tu masa dia ambil cuti, boyfriend dia datang sini cari dia. Masa tu dia dah 2 hari kot tak datang kerja. Takkan boyfriend dia tak tahu langsung." Ujar Ilham akan pertemuan dengan Hafiz.
"Mungkin diaorang gaduh kot. Ala, biasalah." Balas Gina selamba. Namun, dalam hati ada rasa yang tidak kena.
GINA menanggalkan kasut sneakersnya di muka pintu. Suasana rumah yang agak malap dan ternyata sunyi memberikan rasa tidak senang. Selalunya ada saja bunyi dalam rumah sewaktu dia pulang. Sama ada bunyi rancangan di tv atau bunyi Alia sedang menyanyi. Paling tidak pun akan ada bunyi sudip dan belanga di dapur.
"Alia?" Dia memanggil.
Tiada jawapan.
Dia menapak ke bilik temannya itu.
Pintu diketuk berkali tapi masih tak ada jawapan. Dia memulas tombol pintu dan menolak ke dalam. Bilik itu gelap gelita. Dia segera meraba ke dinding dan memetik suis lampu.
"Alia!" Jeritannya spontan keluar apabila melihat tubuh Alia yang sudah dibasahi darah.
Tubuh Gina mengeletar hebat. Dia segera mencapai telefon bimbit dari dalam beg. Telefon yang sudah ditangan terlepas dari tangan dan jatuh beberapa kali. Akhirnya, dengan kekuatan yang berbaki dia dapat juga mendail nombor telefon kecemasan.
Lebih kurang 10 minit kemudian, ambulans tiba dan mereka menuju pantas ke hospital.
Alia di usung masuk ke dalam bilik kecemasan sementara Gina terpaksa berhenti di ruang menunggu. T-shirt yang dipakai ada berpalit sedikit darah sewaktu dia cuba membangunkan Alia tadi. Kini, dia mundar mandir di hadapan pintu bilik kecemasan sambil mengigit kuku-kuku yang panjang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Bawah Payung Cinta
Roman d'amourCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...