Bab 20

2.9K 85 4
                                    

DENGAN SEBUAH BEG KERTAS besar yang dijinjit di tangan, Hafiz melangkah masuk ke kedai buku tempat Alia bekerja. Matanya dilinggas ke sana ke mari untuk mencari kelibat gadis itu. Dia berjalan ke lorong demi lorong dan akhirnya dia bertemu figura Alia Munirah yang sedang leka duduk bersandar di rak buku sambil tekun membaca sebuah novel ditangan. Curi tulang ek? Bisik Hafiz sendiri.

"Bah!" sergah Hafiz. Spontan bahu Alia terangkat. Sebaik melihat Hafiz, dia mengurut dada yang terkejut. Dia bangun berdiri dan berdepan dengan Hafiz yang sedia menanti dengan sengihan.

Alia memanah pandangan tajam dan segera berlalu tanpa mempedulikan Hafiz. Melihat Alia yang pergi begitu saja, Hafiz tahu gadis itu masih harus dipujuk. Dia mengekori langkah Alia.

Alia berhenti berjalan lalu menoleh. Ekoran Hafiz membuat dia kurang senang. "Nak apa?" soalnya dingin tapi Hafiz tak terkesan.

Hafiz mencapai ke dalam beg kertas yang dibawa. Dia mengeluarkan sejambak bunga campuran daffodil dan boko biru selain ros merah jambu. Jambak itu dihulur pada Alia. "Maafkan abang." Ucapnya lembut.

Alia mengemam mulut menahan gembira. Hatinya yang kemarau seperti dibasahi hujan. Pertama kali dia menerima bunga dari seorang jejaka. Apatah lagi jejaka itu adalah lelaki yang pernah dia sayangi suatu masa dulu. Mungkin juga masih disayangi lagi. Kalau tidak masakan, hatinya berbunga indah melihat tingkahlaku Hafiz yang mencari kemaafan darinya.

Alia mengurut rambutnya ke belakang telinga. Dia masih tersipu. Namun, sepantas kilat tabir semalam melintas di fikiran. Dia masih mampu membayangkan wajah Hafiz sewaktu lelaki itu memarahinya kerana Ika Maryam. Lantas wajahnya menegang. Hafiz yang perasan perubahan riak Alia mula gelisah. Dia mahu berdamai dengan Alia hari ni dan menoktahkan kemelut benci antara mereka.

"Buat apa bagi bunga? Kita bukannya ada hubungan apa pun." Kedinginan dari kata-kata Alia memukul Hafiz. Namun, Hafiz tidak mudah mengalah.

"Abang tahu Alia masih marah tapi abang betul-betul nak berbaik. Abang masih sayangkan Alia macam adik abang sendiri."

Cis, adik?! Getus Alia dalam hati. Tak berminat betul dia nak menjadi adik kepada Hafiz. Dalam usianya yang sudah dewasa, takkan pandangan Hafiz masih sama macam mana lelaki itu memandang dia lima tahu lalu? Waktu itu dia masih memakai seragam sekolah tapi sekarang, dia sudah jadi wanita dewasa.

"Kalau adik, kenapa bagi bunga? Dekat Aisya pun bagi bunga jugak ke?"

"Aisya tak pernah merajuk sampai lima tahun. Paling lama pun 5 jam. Kalau Aisya merajuk 5 tahun, memang abang terpaksa beli bunga jugaklah kat dia." Jawab Hafiz berdusta. Dia sendiri tidak faham dengan keputusannya untuk membeli bunga. Mungkin kerana dia selalu mendengar yang wanita itu suka dipujuk dengan bunga. Rasa romantis katanya.

Alia mengeluh berat. "Alia belum rasa nak maafkan abang. Lima tahun tu lama. Sekalipun abang tak pernah cuba cari Alia. Abang tak boleh expect yang Alia akan maafkan abang dalam masa sehari selepas lima tahun abang sakitkan hati Alia." Ujar Alia dengan hati kecewa. Hati yang lima tahun terluka takkan mungkin sembuh dalam masa sehari atau seminggu. Dia perlukan masa lebih dari itu.

Hafiz kebingungan saat Alia melangkah pergi. Dia tahu dia menyakiti hati gadis itu suatu masa dulu tapi dia tidak fikir yang kesalahannya itu terlalu besar sehinggakan Alia boleh memendam luka selama lima tahun. Sejurus Alia berbicara, dia tahu luka Alia lebih parah kerana dia tahu gadis itu pernah suka pada dia suatu masa dulu. Waktu itu hati dia sudah dicuri Ika Maryam maka dia hanya melihat Alia sebagai seorang adik.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now