Bab 12

3.3K 108 1
                                    

ALIA BERGOLEK-GOLEK di atas katil. Siling putih di atas kepala sudah bosan ditenung. Dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik Gina, teman serumahnya juga teman sekerja.

"Babe, keluar jom!" ajaknya sebaik menolak daun pintu bilik Gina yang sedikit terbuka.

"Takde." Ujar Alia sendiri bila kelibat Gina tidak kelihatan. Hanya biliknya yang bersepah saja ditinggalkan.

Dia kembali ke biliknya lalu mencapai telefon bimbit dan menghubungi Gina.

"Helo. Kau keluar mana tak ajak aku?" soalnya sebaik sahaja Gina menjawab. Spontan gadis peranakan dengan kacukan India itu menuturkan sesuatu dari hujung talian.

"Ala, kau ni! Dating pula. Hari-hari dating tak bosan ke? Esok kau kahwin, dah tak ada nak sweet sweet lagi dah." Rungut Alia. Tak puas hati betul bila ajakannya ditolak. Inilah namanya kawan. Kalau dah ada boyfriend, kawan biasa ke, BFF ke, semua tolak tepi. Huh!

"Yelah. Yelah. Bye. Selamat ber-dating." Ucapnya. Alia mengalah. Suka tak suka, dia sudah faham adat bercinta. Pasangan bercinta suka melekat macam belangkas. Yang tak bercinta, tolong tepi sikit.

Alia dah tak mampu lagi nak duduk di dalam rumah. Jiwanya rasa dihimpit empat sisi dinding. Sesekali terbit nama Ashman dan Cheryl tapi lekas dia mengeluh. Budak berdua tu jenis burung hantu. Waktu siang macam ni manalah diaorang bangun lagi. Terbit juga keinginan untuk dia keluar malam ini dan berseronok dengan kawan yang berdua tu tapi pantas dia mengalah bila melihat isi dalam almari bajunya. Semuanya baju lama. Ashman dan Cheryl anak orang bandar, anak orang kaya. Segan kalau dia keluar dengan mereka berbaju macam orang kampung. Ah, nanti sajalah dia minta pinjam dengan Cheryl!

Sekarang ini dia dah tak betah nak termenung sendirian di rumah. Dia pun tak berminat nak merenung siling atau dinding memikirkan soal hidup. Keluar sorang pun, sorang lah. Dia tak mahu lagi terperuk dalam rumah pada cuti hujung minggu. Tak ada kawan pun tak apa. Mana lah tau bila keluar seorang ni, ada yang berani menegur. Kalau keluar berdua, mungkin ada lelaki yang tak berani tegur. Haha. Perasan!

Rutin wajibnya sebelum keluar dilakukan. Dia mencuci muka dan mula mengenakan bedak asas lalu bibir dioles pelembap bibir. Dia menyarung t-shirt putih lengan pendek dengan jeans. Beg sling disangkut ke bahu. Pintu rumah dipastikan berkunci sebelum dia turun menaiki lif ke tingkat bawah.

Kalau Gina ada, bolehlah dia tumpang kereta. Ini dah tak ada, kenalah dia naik bas. Dah satu hal pula nak kena tunggu bas. Bila dalam situasi begini, barulah Alia terfikir nak pakai kereta tapi dia masih tak cukup duit. Dengan gaji yang tak seberapa, dia tak mampu nak bermimpi pakai kereta. Lainlah Gina yang ada teman lelaki kaya. Siap hadiahkan kereta lagi. Untunglah kau Gina, untung!

Dalam merungut, bas tiba di perhentian. Alia segera beratur dan masuk ke dalam perut bas.

Dia tiba di Mid Valley dan terus saja menuju ke pawagam GSC. Dia tak mahu terus merayau tak tentu arah di dalam pusat membeli belah itu. Lagipun bukannya ada apa sangat yang boleh dia beli disini. Sekadar cuci mata bolehlah.

Alia cuba mencapai purse di dalam beg yang dibawa sambil berjalan ke kaunter bila dia terlanggar seseorang.

"Eh, sorry. Sorry. Saya tak sengaja." ucapnya namun bila terpandang gerangan orang yang dilanggarnya tadi, Alia tersenyum. "Encik Irwan."

"Hai. Tak sangka boleh jumpa kat sini. Awak nak tengok wayang jugak ke?" tanya lelaki itu dengan wajah ceria seindah mentari pagi.

"A'ah. Baru nak pilih." Alia menunjuk pada skrin jadual tayangan.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now