"BUDAK BARU! Bawa semua buku ni. Hantar kat atas meja Cikgu Raudah." Fikra meletakkan timbunan buku di atas meja Aisya. Dia seraya beredar tanpa menunggu jawab balas dari Aisya. Dia tidak peduli apa pun yang Aisya nak cakap. Aisya harus turut saja arahannya. Aisya budak baru. Budak baru memang tak boleh diberi muka!
Tanpa banyak soal, Aisya menyusun beberapa buku yang terjatuh dari susunan itu lalu diperkemaskan supaya senang untuk dikendong. Dia cuba membawa timbunan buku itu ke dada tapi kerana terlalu berat, badan dia pula yang terhoyang-hayang kanan dan kiri.
"Whoa, whoa!" Ikram yang lalu di depan Aisya cuba memberi bantuan. Dia segera menolong mengambil buku yang dikendong Aisya lalu diletakkan kembali ke atas meja.
"Banyak buku ni. Takkan bawa seorang-seorang. Sini abang tolong." Tawar lelaki itu. Dia mengambil sebahagian besar buku tu.
"Bawa yang lebih tu." Arahnya. Aisya hanya menurut bagai burung belatuk. Dia sendiri jadi tak tentu arah dengan situasi itu. Tak sangka pula tiba-tiba muncul knight in shining armour kat sini.
Mereka berdua baru nak keluar dari kelas bila Fikra datang menerpa dan mengambil buku dari pegangan Aisya.
"Biar saya tolong." Ujarnya.
"Tak apalah, Fikra. Bagi Aisya je yang bawa ye? Lagipun ni memang kerja dia. Kalau Fikra nak tolong, Fikra tolong abang. Fikra tolong kumpulkan dalam lima orang lepas tu pergi ke bilik guru. Jumpa dengan Ustaz Farhan. Ustaz minta tolong susun kertas exam untuk junior. Okey? Thanks. Jom, Aisya." Ikram memastikan buku sudah bertukar tangan sebelum dia meneruskan perjalanan dengan Aisya ke bilik guru. Fikra pula ditinggalkan dengan tugas lain.
Fikra memandang cemburu kemesraan Ikram dan Aisya yang terserlah biarpun dari belakang. Ini kali pertama Ikram menolaknya. Ini gara-gara budak baru tu!
"Aisya okey ke?" tanya Ikram bila mereka sudah berjalan agak jauh.
"Okey je. Kenapa?" balasnya terpinga-pinga. Nampak muka dia tak okey ke?
"Aisya kan baru kat sini? Abang risau kalau Aisya belum boleh sesuaikan diri."
"Oh. Okey je. Sekolah mana-mana pun sama je."
"Ada orang buli?"
"Eh, tak adalah. Aisya bukannya budak-budak lagi sampai boleh kena buli."
"Ye? Kalau Aisya dah cakap macam tu, abang taklah risau. Sebab kat sini, ada juga kes buli. Kalau ada yang buli, Aisya kena bagitahu cikgu!" Tegas dia bersuara. Nadanya juga kedengaran tinggi. Karismanya memancar dari seragam pengawas sekolah yang bersarung kemas dibadan.
'Garang pula dia ni. Tadi macam okey je.' Spontan dia jadi gugup. "Okey." Balas Aisya ringkas. 'Banyak ke kes buli kat sekolah ni? Takut pula aku.'
KELAS TERAKHIR sudah tamat sebaik loceng dibunyikan. Pesanan terakhir Ustazah Rashidah hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Semua anak murid sudah sibuk mengemas beg sekolah. Yang sudah siap sedia bangun pun ramai. Inilah masalahnya bila ramai anak murid yang tidak tahu tujuan mereka datang ke sekolah. Ramai yang datang hanya kerana dipaksa ibubapa atau semata-mata untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan.
"Hai, Aisya." Fikra muncul di depannya.
Aisya tercengang dengan sikap Fikra yang tiba-tiba saja berubah 180 darjah. Selalunya Fikra memang suka mengarah dia dengan nada kasar. Ini apa kes pula dia terliuk lentuk macam agar-agar ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Bawah Payung Cinta
RomanceCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...