Bab 26

2K 57 0
                                        

TERSENTAK Alia bila Gina memeluknya dari belakang. Namun, yang lebih mengejutkan adalah cincin berlian yang tersarung di jari Gina. Batuannya jernih lagi berkilat. Alia melopong luas seraya melihat ke arah Gina. Temannya itu melepaskan pelukan lalu duduk di tepi Alia di sofa.

"He popped the question and I said yes!" terang Gina teruja.

'Oh my God. Tahniah, Gina." Alia memeluk tapi cepat dilepaskan kerana dia masih mahu melihat dengan lebih dekat cincin bertatah berlian di jari Gina. Lama juga dia menilik.

"Cuba." Gina memberi peluang. Dia menanggalkan cincin itu dari jari manis lalu diserahkan pada rakannya.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Alia akur. Sebentuk cincin itu disarung sendiri ke jari manis. Memang muat dengan jarinya. Tangan yang bersarung cincin itu dijauhkan sedikit untuk melihat gambaran penuh kesesuaian cincin itu dijarinya.

"Nanti suruh la Hafiz belikan untuk cincin kahwin." Suruh Gina sebaik Alia memulangkan kembali cincinnya.

"Erm, tak kot. Kami kahwin bajet je."

"Kahwin sekali je. Biarlah grand."

"Dia kerja biasa je. Mana ada duit."

"Lelaki ni kena paksa sikit. Kalau dia ingat kau ni mudah dan murah, lepas kahwin gerenti dia layan kau macam amah." Gina mengingatkan.

"Ish, tak baik kau. Hafiz aku bukan macam tulah." Sanggah Alia. Dia yakin biarpun Hafiz hanya kerja biasa, mereka mampu hidup bahagia.

"Sekarang ye lah, esok lusa lain cerita. Kau kena buat dia susah sikit. Kalau dia senang je dapat kau, senang jugaklah dia buang kau." Sambung Gina lagi. Bagi Gina, ukuran cinta itu bergantung kepada pengorbanan seorang lelaki untuk wanita yang dicintainya. Biarpun pengorbanan itu dalam bentuk wang ringgit.

"Kau ni! Aku kahwin pun belum, kau dah cakap yang bukan-bukan." Hati Alia mula membengkak. Memang dia sudah sebati dengan personaliti Gina yang suka cakap lepas tapi bila soal Hafiz, mula lah dia sensitif.

"Aku cakap berdasarkan pengalaman." Suara Gina mendatar. Sesaat pandangannya dilempar jauh. Sebuah kenangan pahit seakan melintas laju di tabir mata.

"Taklah. Dia tu lelaki baik. Aku kenal dari zaman sekolah lagi. Kitaorang satu kampung. Dia kenal keluarga aku, aku kenal keluarga dia." Lebih dari meyakinkan Gina dia sebenarnya cuba menyakinkan diri sendiri yang terasa goyah dengan dakwaan Gina. Terkadang dia juga prejudis terhadap makhluk yang bernama lelaki ini.

"Itu masa dia kat kampung. Sekarang dia dekat bandar. Kehidupan kat bandar boleh mengubah hidup dan personaliti orang. I mean look at us. Kau masa baru sampai bandar, selalu je duduk rumah. Kemudian, kau selalu keluar pergi nightclub. Mulanya seminggu sekali kemudian,"

"Itu dulu lah Gina." Alia segera memintas. Rasa sebal pula bila hidupnya yang bergelumang dosa itu diungkit.

"Dulu? So, bulan lepas dekat Bukit Bintang tu bukan kau lah? Yang naik convertible dengan Cheryl dan Ashman?"

Alia diam. Macam mana minah ni tau?

"I mean, Lia. Kalau kau boleh berubah, what makes you think that he won't?"

"Fine. Manusia berubah tapi aku pun boleh berubah jadi baik. Lepas kahwin aku akan jadi isteri solehah. Dan aku yakin dia pun akan jadi suami yang soleh. Kami boleh stay macam tu." Alia cuba mengawal rasa marah. Biarlah apapun sangkaan Gina, dia tetap akan setia pada Hafiz.

"Terpulanglah Lia tapi aku rasa kau tengah mengarang cerita dongeng." Gina belum habis membarakan rasa hati kawannya itu.

"What? Eh, habis kau tu? Kau dapat cincin berlian dan dah nak kahwin dengan Eric. Tu bukan dongeng ke?" Alia mula meninggikan suara sedikit.

"Sekurangnya aku dapat diamond ring, Lia. And BMW in the process. Hafiz ada bagi apa-apa ke kat kau?" sinis saja soalan yang diaju. Siap senyum lagi.

Hish, dia ni. Rasa nak makan selipar ke?

"Dia belum bagi aku BMW atau cincin berlian tapi dia dah bagi aku sesuatu yang lebih bernilai dari semua tu?"

"Apa?"

"Biarlah rahsia."

"Fine. Sorry kalau kau terasa hati tapi aku ni cuma tak nak kau terluka macam aku. Bukanlah aku harap kau terluka macam aku tapi aku cuma risaukan kau. Bila keluar berpakaian cantik, bukan lelaki baik je yang terpikat, lelaki jahat pun tertarik. Untungnya, kalau dapat lelaki baik dia akan cuba kenal hati budi kita tapi kalau lelaki jahat, dia cuma nak kenal body kita. Anyway, tahniah sebab akhirnya kau dapat bersama dengan first love kau."

"Eh, mana kau tau dia," Alia kehairanan. Mana Gina dapat informasi yang Hafiz Aiman tu cinta pertama dia?

"Eee, mesti kau dah lupa kan? Kau pernah cerita kat aku lah pasal dia."

"Ye ke?"

"Kau mabuk kot masa tu?" Gina meneka.

"Ish, tolonglah. Aku mabuk sekali je kot." Alia kembali malu.

"Ye lah. Masa sekali tu lah kot." Balas Gina selamba.

Alia menghela nafas berat. Dia memandang rakannya dengan pandangan redup untuk membuahkan simpati. "Gina. Babe. Aku nak minta tolong boleh?"

"Apa?"

"Tolong jangan bagitahu Hafiz pasal life aku dulu."

"Come on la. Kau ingat aku mulut tempayan ke? Rahsia kau selamanya aku simpan. Melainkan kalau waktu tu aku mabuk dan terlepas cakap depan Hafiz tapi apalah kebarangkalian peristiwa macam tu akan berlaku, kan? Kecuali lah aku pergi nightclub dengan Hafiz."

"Tolong sikit. Dia bukan lelaki macam tu." Segera Alia membalas.

"Yeah. Yeah. Whatever. Aku dah ngantok. Night."

Alia masih lagi diulit resah. Kehidupan liarnya sewaktu mula hidup di kota terlihat di mata. Waktu itu dia baru berjinak dengan kehidupan di sini. Sewaktu dia melintas ke sebuah kelab malam, dia tertarik rasa ingin tahu. Apatah lagi dia jauh dari keluarga. Tiada yang akan melarang. Malah usianya juga sudah matang untuk dia mendayung hidupnya ke mana-mana arah sekalipun. Akhirnya, dia memilih arah songsang.

Namun, lama kelamaan arah sonsang itu menjadi arah yang lurus buatnya. Dia semakin tenggelam dengan keseronokan yang diberikan oleh suasana di dalam kelab malam. Dan akhirnya dia tewas dengan nafsu.

Alia mengelengkan kepala laju-laju. Dia cuba menepis segala paparan kehidupan sumbangnya. Dia berjanji tidak akan lagi terjebak ke dalam kancah itu. Kini dia akan memulakan satu fasa kehidupan yang baru dengan lelaki yang dicintai. Hafiz adalah lelaki yang diinginkan sedari dulu dan tatkala dia masih alpa dengan dunia, Allah mengirimkan lelaki itu padanya. Dia diserbu rasa malu dan kesal. Dia telah melupakan Allah untuk beberapa lama tapi Sang Pencipta masih mahu memberikan yang terbaik untuknya. Dia tidak dihukum malah diberi rahmat cinta.

Dia sedar yang Allah masih menyayanginya dan dia tidak akan sia-siakan kasih itu. Dia akan mulakan hidup baru. Dia akan bina kehidupan berumahtangga yang menepati syariat. Dia akan jadi isteri yang solehah untuk Hafiz Aiman dan ibu mithali untuk anak-anak yang bakal dilahirkan. Dia berjanji pada diri dan doa dipanjat pada Ilahi moga hijrahnya kekal abadi.        

Di Bawah Payung CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang