Bab 17

2.7K 84 4
                                        

DENTUMAN MUZIK mengisi segenap ruang kelab malam Dark Room. DJ yang dipentas nampak hebat memutar lagu dengan pergerakan tangan yang pantas. Cahaya neon yang melatari dalam kelab itu menambahkan warna dalam ritma lagu yang dimainkan. Suasana begitu meriah dengan orang ramai. Baik di bawah atau di tingkat atas, manusia yang dahagakan hiburan memenuhi tempat itu. Dua orang gadis sedang menari sambil berpaut pada sebatang tiang sambil diraikan oleh penonton di bawah mereka yang rata-ratanya lelaki.

Di tingkat atas, meja VIP yang diduduki Ashman Datuk Arif kini hampir lengang. Beberapa tetamu yang duduk di situ sudah berkejar ke bawah bila lagu Uptown Funk dimainkan. Hanya Ashman, Cheryl dan Alia yang setia duduk di situ. Ashman dan Cheryl setia memegang gelas champagne di tangan masing-masing tapi tidak Alia.

"Ada masalah ke?" tanya Ashman. Dia merangkul tubuh Alia supaya merapati dan bersandar dalam pelukannya. Alia menolak lengan lelaki itu. Dia rasa tidak selesa. Pertemuannya dengan Hafiz mencetuskan rasa yang lama. Rasa yang indah tapi agak menyesakkan dada. Terutamanya bila dia sekarang berada di kelab malam yang terlalu bising. Dia tak dapat berfikir dengan tenang. Apatah lagi nak melayan perasaan.

Cheryl menjungkit bibir pada Ashman. Dia mengeluarkan satu peket kecil dari tas tangannya. Peket kecil berisi serbuk putih itu dilihat Ashamn lalu lelaki itu turut tersenyum. Tanpa pengetahuan Alia, Ashman memasukkan serbuk itu ke dalam segelas champagne.

"Minumlah. I promise you'll feel better." Pujuk Ashman. Gelas champagne itu diberi pada Alia.

Alia mengeleng.

Ashman tak putus asa. "Come on. Kita datang sini nak have fun. Drink this and you will have fun. Hidup hanya sekali, Alia. Let's run the night!"

"Yes, Alia. Apa pun masalah yang you ada, kita boleh setelkan dengan segelas champagne. Cheers!" ajak Cheryl. Gelasnya didekatkan ke arah Alia. Ashman menurut dan akhirnya Alia memaksa senyum dan melagakan gelasnya dengan mereka. Lalu minuman itu turun ke tekak.

PANDANGAN ALIA agak berbalam. Sesekali dia membuka mata tapi padanganya kabur. Namun, dia dapat melihat ada pergerakkan di depannya.

"Ashman?" Dia cuba bersuara.

"Hey, sayang. I kena balik rumah. Papa I tiba-tiba pulak balik dari Beijing. Nanti you check out okay." Ujarnya sambil sibuk menyarungkan t-shirt dan jaket.

Alia baru sedar yang dia sedang berada di bawah selimut dan berbaring di atas sebuah katil di dalam bilik hotel. Dia memicit dahinya yang terasa sakit. Berapa banyak yang dia minum semalam? Ah! Mesti terlalu banyak sampai dia boleh ada atas katil ni bersama Ashman. Ini bukan kali pertama tapi sayangnya dia tak ingat langsung apa yang dia buat dengan Ashman. Have fun konon! Mungkin Ashman saja yang berseronok tapi tidak dia. Dasar alkohol!

Dia memarahi dirinya sendiri. Kalau dia tolak ajakan Ashman dan Cheryl tak adalah jadi sampai macam ni. Semalam rasanya dia cuma minum segelas champagne tapi macam mana boleh mabuk teruk sampai tak ingat dunia? Lagipun dia tak ada niat nak berseronok sampai macam ni dengan Ashman. Dia masih teringatkan...Hafiz. Kalau lah lelaki itu tahu tentang kehidupan malamnya...

Alia masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Bila dia selesai, sarapan pagi atau mungkin lebih tepat dipanggil makan tengahari telah dihantar ke biliknya. Jam tangannya sudah menginjak pukul 12.30 tengahari tapi itu makanan pertamanya untuk hari ini. Bersama dengan makanan itu, ada kad kecil yang diletakkan.

I love you. –A

Ah, Ashman. Memang romantik. Bisik Alia tersenyum. Spontan senyum itu pudar. Dia tahu kata cinta Ashman tidak begitu bermakna. Lelaki itu hanya mahu berseronok dengan dia tapi perkahwinan tidak akan pernah berlaku antara mereka. Ashman anak orang kenamaan dan dia hanya orang kebanyakkan. Pipit dan enggang tak boleh terbang sama. Malah Ashman sendiri bercerita tentang wanita-wanita yang bakal dijodohkan dengannya sewaktu mereka bersama. Dia cemburu tapi tidak mampu berbuat apa. Bagi Ashman, dia hanyalah satu objek hiburan dalam bentuk manusia. Alia sedar itu tapi dia merelakan dirinya dilayan sebegitu rupa. Ashman banyak duit dan membawa dia ke dunia kemewahan yang dahulunya hanya mampu dia lihat dari kaca televisyen.

Bila dia menjejak kaki ke bandar besar untuk mulakan hidup baru, dia mampu hidup sebagaimana kehidupannya di desa dulu tapi tidak lama. Duduk di bandar banyak pakai duit dan gajinya sebagai pembantu kedai hanya cukup makan. Dia cemburu dengan Gina yang kelihatan hidup dalam keseronokan. Bila Gina menawarkan untuk keluar malam bersama, Alia setuju tanpa banyak bicara. Gina mengenalkan dia dengan Ashman dan dari situlah kehidupan malamnya yang liar bermula. Dia bukan lagi gadis kampung yang tak kenal dunia tapi dia sudah pandai sesuaikan diri dengan arus kehidupan bandar.

Alia makan sehingga habis buttermilk pancake dan smoked salmon yang sedia terhidang. Selepas habis, dia mencapai secawan kopi panas lalu dibawa ke balkoni hotel. Perlahan-lahan dia menghirup air itu sambil menikmati pemandangan. Dia menoleh ke arah kanan dan melihat seorang lelaki sedang meregangkan badan di balkoni bilik sebelah. Lelaki itu berkemeja dan berluar slack. Nampaknya macam orang bekerja. Mungkin ada seminar di hotel ni agaknya. Duga Alia sebelum dia diserang kejutan. Matanya terbeliak bila dia mengenali lelaki itu. Hafiz!

Alia jadi tak tentu arah. Sekejap dia ke kanan, sekejap ke kiri dengan cawan kopi di tangan. Pergerakan yang pantas itu membuatkan air kopi mencurah keluar dan terkena kaki Alia. Kopi itu masih panas. Alia mengemam mulut daripada menjerit. Dia menjengket kaki masuk kembali ke dalam bilik hotel dalam kesakitan.

Perlahan dia mengintai kembali dari balik langsir di pintu balkoni. Dia melihat ke arah Hafiz yang masih berdiri di luar. Sama sepertinya tadi, lelaki itu sedang menikmati pemandangan. Walaupun hanya melihat Hafiz dari belakang, hati Alia memberi reaksi besar. Lelaki itu buat hatinya tak tenteram. Alia meletakkan tangan ke dadanya. Dia dapat rasakan dengupan jantungnya sendiri. Kuat pulak tu! Tak perlu pakai stetoskop.

Hafiz menoleh. Alia segera bersembunyi. Bila Alia kembali mengintai, Hafiz sudah tiada lagi di balkoni.

Di Bawah Payung CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang