Bab 22

2.3K 69 0
                                        

SETELAH bermaaf-maafan ala-ala di pagi raya, akhirnya rundingan damai antara Alia Munirah dan Hafiz Aiman telah berjaya dimeterai. Perang dingin selama lima tahun itu kini sudah menjadi sejarah buat mereka. Pahit manis sejarah yang tercipta akan diabadikan sebagai nostalgia di galeri memori.

Sangkaan Alia bahawa Hafiz tidak akan lagi melawatnya sekiranya mereka berbaik ternyata meleset. Malahan ukhwah yang kembali terjalin kini semakin utuh dengan usaha dari pihak Hafiz. Lelaki itu sering saja menghubunginya di telefon. Sama ada untuk berborak atau sekadar bermesej. Kekerapan mereka berhubung seolahnya cuba memgembalikan lima tahun yang hilang dari perhubungan mereka.

Alia duduk di sofa sambil membaca novel Memori Cinta di Bosnia nukilan Isma Razif. Kisah cinta berlatarkan kemelut waktu perang itu berjaya menarik emosinya ke dalam cerita. Lintasan fokusnya terganggu sebaik deringan dari telefon mengetuk pendengaran.

Senyum menguntum di bibir sebaik terpandang nama Abang Hafiz di skrin.

"Assalamualaikum." Sapa Alia. Hafiz membalas.

"Alia tengah buat apa?" Lembut suara Hafiz bertanya mencetuskan getar di hati Alia. Hari-hari dengar pun masih bergegar.

"Tengah baca novel."

"Oh, abang ganggu?"

"Taklah. Tak ganggu. Dah habis bab yang Alia baca tu. Esok sambung." Padahal dia masih di tengah bab ke 20 tapi kerana Hafiz Aiman, segala yang lain boleh tunggu. Apa-apa pun Abang Hafiz datang dulu.

"Oh." Hafiz bagai hilang kata. Dia yang telefon tapi dia pula yang seperti tak tahu nak cakap apa.

"Abang buat apa?" Alia bertanya bila Hafiz diam sahaja. Pelik pula rasanya. Selalunya Hafiz yang banyak berbicara.

"Abang tak buat apa." Hafiz berjeda. Aisya yang disebelah sudah menolak-nolak badannya. "Cakaplah abang nak ajak keluar." Bisik Aisya pada Hafiz. Susah pula abangnya yang seorang ni nak ajak Kak Alia keluar. Entah bila pula tahu malu dengan Kak Alia tu!

"Er, abang." Hafiz masih teragak-agak. Takut pula Alia anggap dia gelojoh dalam perhubungan mereka yang baru saja baik sejak sebulan lalu.

"Abang nak cakap apa?" tanya Alia bila Hafiz membiarkan talian sunyi begitu lama.

Aisya mencubit lengan Hafiz. Spontan dia menjerit. "Aaa! bang nak ajak Alia keluar."

Alia yang dihujung talian sudah mengerutkan kening. Bibirnya mengulas senyuman. Teruja betul Abang Hafiz nak ajak aku keluar! Sampai menjerit. Ada apa-apa ke?

"Bila?" tanya Alia.

"Bila Alia free?"

"Esok Alia free." Balas Alia.

"Kalau macam tu esok abang ambil Alia."

"Okey." Alia bersetuju.

"Okey. Bye. Assalamualaikum." Ujar Hafiz selaju kereta api peluru lalu diputuskan talian. Dia melepaskan nafas panjang. Aisya dilihat. Adiknya itu tersenyum. Gadis itu mengusap kepala Hafiz. "Pandai abang Aisya." Hafiz terasa seperti binatang peliharaan pula bila diusap begitu. Namun, dibiarkan. Yang penting adalah hatinya yang semakin hari semakin sayang dengan Alia. Kali ini bukan lagi sebagai adik tapi Alia sudah jadi yang lain, yang lebih istimewa.

Alia yang dihujung talian hanya mengeleng perlahan dengan tingkah Hafiz. Pelik betul sikap Abang Hafiz sejak kebelakangan ini. Dia... sukakan aku ke? Bukan macam adik tapi macam seorang wanita yang layak dijadikan suri hati. Alia tersengih sendiri. Hatinya tak mampu menyembunyikan lagi degupan jantung yang begitu indah rentaknya setiap kali nama Hafiz Aiman muncul di fikiran. Rentak semakin rancak pabila mendengar suara pemilik nama itu.

DENGAN SEMBURAN wangian Escada pada blaus merah jambu pucat sebagai sentuhan terakhir, Alia sudah siap sedia untuk janjitemunya dengan Hafiz. Semalaman dia tak boleh tidur. Dia tak pernah bermimpi yang Hafiz akan mengajaknya keluar. Lelaki itu tidak pernah memandangnya lebih dari seorang budak sekolah. Pandangan itu ternyata sudah berubah. Mungkin usia mereka yang semakin dewasa mengubah pandangan mereka terhadap satu sama lain. Hafiz bukan lagi pengawas dan dia bukan lagi pelajar bermasalah.

Telefon di atas katil bordering dengan lagu Despacito. Wajah Ashman muncul di skrin. Alia berbelah bagi nak menjawabnya. Dia rasa macam tak penting tapi tak pernah lelaki itu menghubunginya di siang hari. Bila difikirkan kembali, dia teringat Ashman pernah menghubunginya waktu siang. Itu pun sekali saja. Waktu itu kakak dia meninggal dunia kemalangan. Alia jadi gementar. Bagaimana kalau Ashman kehilangan lagi?

"Helo." Sapa Alia.

"Alia. I tahu you free hari ni. Kita keluar. Ada Cake and Cookies Convention dekat Bertandang Mall. I tahu you suka benda-benda manis ni. Lebih dari you suka kasut dan baju. Jom." Ajakan Ashman yang penuh keceriaan melegakan hati Alia. Nasib baiklah tidak ada berita buruk. Buat dia risau saja!

"Sorry, Ash. I dah janji dengan kawan nak keluar. Maybe you boleh ajak Cheryl temankan?" cadang Alia sambil membetulkan rambutnya dicermin.

"Keluar dengan Cheryl waktu malam bolehlah." Ujar Ashman tak gembira.

"You keluar dengan I pun waktu malam juga." Balas Alia.

"Memang kita selalu keluar malam tapi...I rasa dah sampai masanya I ajak you keluar siang dan malam."

Alia terdiam. Seraya dia melabuh duduk di hujung katil. "Lain macam je bunyi."

Ashman ketawa. "You're smart girl, figure it out."

"Serius. I tak faham." Alia tertawa kosong. Tercuit hatinya dengan sikap Ashman yang tak seperti selalu. Tak pernah lelaki tu berkias lepas tu minta orang teka pula. Kena sampuk ke mamat ni?

"Fine. You nak I cakap, I cakap. Alia Munirah, would you be my girlfriend?"

Alia terdiam seketika sebelum memecahkan tawa kecil. "I am your girlfriend, Ash. Kita dah lama jadi kawan."

"Maksud I, stead...steady girlfriend. Maksud I, I nnn...nak kita serius. Maybe kita boleh kahwin." Ujar Ashman bertubi-tubi menjelaskan keinginannya.

Alia makin keliru. Tak pernah Ashman teruja sampai nak tergagap.

Alia menghela. "You mabuk? Ash, pergi tidur. Bila you dah waras, kita cakap lagi, okey?"

"Tak. Eh, ye! Memang aku mabuk. Mabuk cinta."jawab Ashman di hujung talian.

Alia tak tahu nak balas apa. Ini kali pertama Ashman bersikap macam ni. Dia pun rasa lelaki tu sedang serius dan bercakap benar tapi Ashman agak terlambat. Hafiz sudah mengajaknya terlebih dahulu. Lagipun, dia tahu Hafiz bukan jenis mempermainkan cinta. Kalau dia dah suka, memang sampai ke akhirnya macam dia sukakan Ika Maryam tapi kalau Ashman, lelaki itu anak orang kaya yang ibubapanya sentiasa mengenalkan dia dengan ramai wanita yang setaraf dengannya.

'Pipit tak boleh terbang sama dengan enggang.' Terdengar satu bisikan di telinga.

"Sorry, Ash. I dah nak keluar. Kita cakap lain kali." Ujar Alia mahu memutuskan talian.

"Kawan yang you nak keluar sekali tu lelaki, kan?" soal Ashman tiba-tiba.

Eh, mana dia tahu? Ke main serkap jarang? Fikir Alia. "Ash, I"

"I tau you dah ada lelaki lain sebab tu you teragak-agak nak terima I kan?" tebak Ashman.

"Ash, I rasa lebih elok kalau kita kawan je."

"No. Sama ada you jadi girlfriend I, atau kita tak payah kawan langsung!" bentak Ashman sedikit keras.

Terkejut juga Alia tapi dia berhasil menenangkan diri. "Terpulang tapi ingat, you yang nak putuskan persahabatan kita bukan I." Panggilan dimatikan.

Mesej dari Hafiz masuk. Lelaki itu sudah sampai di depan pangsapuri. Alia mencapai tas tangan dan keluar dari rumah sewanya menuju ke arah Hafiz.

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang