Bab 27

2K 52 1
                                        

BERTEMPAT di Pusat Dagangan Dunia Putra, majlis resepsi Regina Elizabeth Wong dan Eric Lam berlangsung penuh keceriaan dan kecintaan. Kombinasi warna-warna pastel mampu menaikki seri hari bahagia pasangan mempelai itu. Hiasan dewan itu diserikan dengan tema 'Snow and the City'.

Kemeriahan semakin hangat sewaktu majlis berdansa bermula. Tarian pasangan mempelai meraih perhatian dan sorakan dari penonton. Alia yang duduk di meja di barisan ketiga turut sama tersenyum dan meraikan rakannya itu.

Tatkala Alia bertepuk tangan mengikut rentak, senyumannya terukir indah dan menjadi tatapan Hafiz Aiman yang duduk setentang di meja yang sama. Wajah Alia cukup jelita waktu itu. Hatinya menggila. Mahu saja dia menjadikan Alia miliknya saat itu juga. Terkadang dia hairan. Kenapa sedari dulu dia tidak pernah mengamati wajah kepunyaan gadis itu? Ternyata Alia tiada kalahnya dengan Ika Maryam. Mungkin juga kerana jarak usia waktu itu. Alia masih bersekolah. Tentu saja dia tidak memandang Alia sebagai wanita.

"Abang, lap air liur tu." Tegur Aisya sambil menghulurkan tisu pada Hafiz. Lelaki itu tercengang.

"Air liur." Sekali lagi Aisya memberitahu. Kali ini dia menunjukkan pada hujung mulut Hafiz yang ada lelehan cecair.

"Oh." Segera Hafiz tersedar dari lamunan dan mencapai tisu dari Aisya lalu mengelap hujung mulutnya yang basah. Ah, memang basah! Hafiz tersedar. Dia memandang ke Aisya yang sudah sedia mengelengkan kepala ke arahnya.

Hafiz sekadar berdehem untuk menyembunyi rasa malu. Nasib baiklah, Aisya je yang nampak. Kalau Alia yang perasan dulu atau tetamu lain memang dia akan terus sembunyi bawah meja.

Hafiz tersentak tatkala matanya bertemu dengan sepasang mata milik seorang anak kecil dalam linkungan usia 3 tahun. Kanak-kanak itu sedang galak menjilat lollipop pelangi di tangan. Hafiz tersenyum. Anak kecil itu berhenti menjilat dan membalas senyuman. Senyuman comel si cilik sekali lagi membawa Hafiz ke dalam khayalan. Dia membayangkan zuriat comel yang bakal dimiliki bersama Alia Munirah. Matanya bersinar bahagia hanya dengan membayangkan sahaja.

Aisya menampar tangan Hafiz. Serentak lelaki itu tersedar dari angan. "Apa yang abang main dengan alas meja tu?" tegur Aisya. Hafiz melihat ke arah tangannya dan baru tersedar yang dia sedang sibuk menyimpulkan alas meja itu sampai hampir senget. Nasib baik tak jatuh gelas yang duduk sipi di tebing meja.

Hafiz menelan liur melihat Aisya yang sedang mengecilkan mata memandang tingkahnya yang aneh. Dia sendiri pun rasa pelik dengan diri sendiri. Jarang sekali dia berkelakuan separuh waras begini. Namun sedar atau tidak, jawapannya sudah terbentang di depan mata.

Alia.

Dia harus mempercepatkan majlis mereka. Masalah jiwa yang dihadapainya kini semakin kronik. Nasib baiklah sekarang ini dia berangan di kenduri kahwin, kalau anganannya di dalam kereta di tengah pemanduan, mahunya kemalangan.

Hafiz mencapai segelas air kosong di atas meja untuk menyejukkan hati yang tak tenteram sedari tadi. Dia meneguk air. Belum sempat air tu ditelan, Alia sudah menoleh ke arahnya lalu tersenyum. Mulut Hafiz terbuka tanpa sengaja dan air di dalam mulut keluar mencurah. Alia terkejut namun segera tertawa kelat. Hafiz segera mencapai napkin untuk mengelap mulutnya. Percikan air yang tumpah dari mulut itu terkena sedikit pada bajunya.

"Pergi basuh dekat tandas. Kotorlah abang ni. Kenapa dari tadi macam orang tak betul je? Abang kenapa?" bebel Aisya. Sedari tadi, tingkah Hafiz itu dilihat tak semenggah.

Tanpa sebarang kata, Hafiz menurut arahan adiknya. Dia bangun lalu keluar dewan menuju ke tandas. Rasa lega sikit dapat keluar dari situ. Degup jantungnya semakin normal selepas berjauhan dengan Alia.

Sebaik keluar dari tandas, dia terserempak dengan seseorang yang dikenali. Mata mereka bertemu.

"Hafiz."

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang