LANGKAHNYA terasa ringan sekali. Laluan koridor hotel dilaluinya penuh rasa lega. Sekalipun rancangan untuk mengugurkan kandungan tidak berjaya dijalankan, sekurangnya dia beroleh penyelesaian yang lebih baik. Bukan saja dia tak perlu melalui proses penguguran, malah dia dapat mempercepatkan perkahwinannya dengan Hafiz.
Dalam dia sedang mengulit rasa bahagia kerana dia mendapat apa yang dia mahukan, ada sepasang mata yang memerhatikannya.
"Ika." panggil seseorang dari belakangnya.
Ika menoleh. Semerta senyuman sinis muncul di bibirnya. "Marwan."
Lelaki itu mendekatinya.
"Aku dengar kau dah nak kahwin?"
Ika beriak bangga. Tangannya disilangkan ke dada. "Ye. Aku akan kahwin dengan seorang lelaki kacak dan terhormat. Lelaki yang bezanya dengan kau macam langit dan bumi." ujar Ika sengaja.
Marwan mengetap bibir sedikit tapi tak terlihat pada Ika. "Baguslah kalau kau dapat cari pak sanggup tapi secepat mana pun kau kahwin, kau akan bersalin lebih awal dari sepatutnya. Mengandung tak sampai 9 bulan. Mungkin 7 bulan pun tak sampai. Kau ingat orang bodoh ke?" sindir Marwan.
Ika tertawa. "Kau tu yang pendek akal. Kau tak tau ke pasal bayi pra-matang? Aku cakap je lah yang ada komplikasi dan bayi tu dilahirkan lebih awal dari sepatutnya."
"Kau memang... bijak! Tapi kan, cerita apa yang kau goreng sampai Hafiz setuju kahwin dengan kau? Mesti kau lupa nak mention yang anak dalam perut kau tu anak aku, kan?"
"Itu bukan urusan kau. Lagipun kau tak nak anak ni kan? Aku lebih suka anak aku berbapakan Hafiz dari kau. Kesian anak ni kalau dia tahu siapa ayah dia."
Marwan meledak dengan amarah. Dia menahannya dengan mengepal penumbuk. Namun, senyuman diukir diwajahnya.
"Apa kata kita raikan perkahwinan kau malam ni?" cadang Marwan.
Ika berdecit. Marwan menghampirinya. Wajah antara mereka didekatkan. Hanya sejengkal. Marwan menyentuh pipi Ika dengan lembut.
"Kau kan dah nak kahwin. Mengandung lagi. Lepas ni dah takde peluang kita nak bersama. Takkan kau nak berpisah dalam keadaan kita membenci satu sama lain? Untuk kali terakhir, Ika. Kita akhirkan kisah kita dengan pengakhiran yang terindah. Untuk kenang-kenangan." pujuk Marwan lagi.
Ika menelan liur. Dadanya berdegup kencang. Sepasang mata itu direnung. Lalu mulutnya merekahkan senyuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Bawah Payung Cinta
RomanceCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...