Bab 28

2.2K 55 2
                                        

ROTI SOSEJ di tangan kanannya digigit sedikit. Tangan kirinya sibuk menyentuh skrin telefon pintar. Beberapa keping gambar Gina yang sedang berbulan madu di Maldives dilihat. Setiap gambar yang diambil berlatarkan lautan luas yang biru kehijauan. Pepasir pantai juga nampak indah.

Rakaman memori penuh aura romantik itu penuh mengisi akaun Instagram. Memang mereka nampak dilamun cinta penuh kasih sayang. Dalam hati, Alia rasa bersyukur juga kerana akhirnya Gina berjumpa dengan lelaki yang mencintainya. Tidaklah lagi kawannya itu berganti lelaki macam berganti baju. Kali ini dia yakin Gina akan selamanya dengan Eric.

"Kau tengok gambar Gina?" tanya Ilham yang baru masuk ke dalam pantri. Dia segera ke mesin kopi. Teko kopi diangkat dan airnya dituang ke dalam mug.

"A'ah. Tengah tengok ni." Balas Alia. Roti sosejnya digigit lagi.

Ilham mengambil tempat di sebelah Alia. Dia mengintai sedikit gambar di telefon Alia. Air kopinya diteguk.

"Kau bila lagi?" tanya Ilham.

"Aku?"

"Yelah. Kau. Aku single lagi."

"Entah."

"Entah?"

"Aku ni perempuan. Kalau lelaki tak cakap apa-apa, takkan aku nak cakap dulu. Perigi tak elok cari timba." Biarpun dirinya sudah kira dirisik tapi dia dan Hafiz masih belum ada ikatan yang lebih serius. Lelaki itu pula masih belum bicara tentang rombongan meminang.

"Eleh. Bukan selalu je ke kau dengan Gina pergi cari timba kat kelab malam." Sindir Ilham.

Tubuh Alia diserang haba panas. Macam mana pula Ilham tahu? Gina yang cerita ke? Tak mungkinlah.

Ilham perasan wajah Alia yang berubah. Dia tersenyum. "Kau boleh tahan famous jugak kat area tu. Aku pernah pergi sekali je. Malam tu aku nampak kau dengan Gina. Aku tanya kawan aku pasal korang. Dia cakap korang selalu datang situ. Tiap malam lelaki yang berlainan." Ujar Ilham agak sinis bunyinya. Sebenarnya, dia sendiri terkejut pertama kali dia melihat mereka disitu. Dia tidak begitu ambil kisah tentang Gina kerana wanita itu memang jenis hidup bebas tapi Alia...

Alia yang masih duduk di meja jadi haru biru sendiri. Gina sudah janji untuk menyimpan rahsia untuknya tapi tidak Ilham. Kalau Ilham bertindak melulu atau lepas cakap pada Hafiz, memang masalah.

Alia segera bangkit. Dia tidak mempedulikan Ilham. Dia jadi tak keruan. Dia jadi malu pada lelaki itu.

"Relaks lah. Aku bukan mulut tempayan." Ujar Ilham sebelum Alia sempat keluar dari pintu bilik pantri.

Alia terhenti tapi segera melangkah keluar meninggalkan Ilham. Dia tak betah terus berada di situ. Selama ini Ilham tahu rupanya tentang kehidupan malamnya yang liar. Entah apalah pandangan lelaki itu padanya selama ini, selama dia tahu tentang kehidupan malamnya.

Sebelum malunya terus bersangkar lebih lama, deringan telefon memutuskan emosi itu. Nama Encik Irwan tertera di skrin.

"Helo."

Terdengar batuk kuat dari hujung talian. "Alia." Panggil suara itu. Batuknya kembali bersambung. Makin galak pula.

"Encik Irwan? Encik Irwan okey ke? Bunyi macam tak sihat." Soal Alia.

"Erm, demam. Awak boleh tolong belikan ubat untuk saya tak Alia? Saya dah tak tau nak minta tolong siapa lagi dah. Awak naik teksi sampai sini. Nanti saya bayar." Ujar Irwan dengan suara lemah dan sedikit serak.

Di Bawah Payung CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang