Bab 41

1.9K 57 0
                                        

SEAWAL PAGI LAGI Yvanna sudah melihat 20 keping gambar Hafiz dan Kaira dalam keadaan tidak berpakaian di atas meja pejabatnya. Gambar itu diambil keluar dari sekeping sampul yang sudah sedia ada di atas meja sebaik dia masuk. Entah siapa yang meletakkannya. Ditanya Dahlia, setiausahanya itu pun tak tau kerana sampul itu memang sudah ada.

"Cik Yvanna, ada panggilan dari Puan Salfina. Do you want to take it?" tanya Dahlia yang muncul di muka pintu.

"Yes. I'll take that." Balas Yvanna lantas menekan talian 1 dan mengangkat gagang telefon.

"Cantik tak?" soal Salfina tiba-tiba.

"Apa yang cantik, Puan Salfina?"

Terdengar tawa Salfina meletus di hujung talian. "Jangan nak buat-buat tak tahu. Gambar kekasih you dengan anak I. Cantik tak?"

"Cantik. Pandai you ambil gambar. You pakai kamera apa?" balas Yvanna sengaja melayan. Dia tak terjentik dengan permainan Salfina.

"So, you mengakulah dia kekasih you?" tanya Salfina jengkel bila Yvanna beriak tenang.

"Look, Salfina. I have a business to run. I tak berminat dengan gosip murahan ataupun teknik fotografi you. Kalau you nak orang komen kerja you, why not go to TS Muzzafar. He's into art and stuff." Ujar Yvanna cuba memutuskan perbualan antara dia dan Salfina yang dirasakan tidak berfaedah dan membuang masa.

"I see. You sebenarnya takut, kan? Tapi berpura tenang. Dalam hati you mesti you dah rasa panas tengok boyfriend you sekatil dengan perempuan lain." Salfina terus menyerang.

Yvanna menarik nafas dalam. "I tak kesah pun dengan siapa dia nak tidur."

Salfina puas dengan jawapan Yvanna. "So, betul lah dia kekasih gelap you."

"Hubungan kami sekadar bisnes." Balas Yvanna acuh tak acuh.

"Of course, you sengaja bagi dia kerja dari bawah supaya orang tak perasan. Lepas tu you naikkan pangkat dia senyap-senyap. I'm sure you letakkan dia supaya dia boleh jadi orang dalam untuk you, kan? You tau semua staf syarikat tak sukakan you. So, diaorang takkan tolong you. So you dapatkan pertolongan dari luar. You pick a nobody like this Hafiz budak kampung supaya orang lain tak rasa tercabar dengan kehadiran dia but the truth is you tengah training budak ni untuk jadi orang kanan you, kan? You mesti terkejut sebab I boleh baca permainan you because you think you're smarter than everyone else, right? Well, guess what? You're wrong. Apa sekalipun permainan yang kau mainkan, Yvanna, aku akan kalahkan kau. Empayar Muzza akan jadi milik aku." Bentak Salfina. Talian diputuskan.

Yvanna mengeleng lalu gagang kembali diletakkan.

"Dia dah target Hafiz, Tan Sri. Mungkin kita patut berterus terang dgn Hafiz sekarang." Cadang Yvanna pada Tan Sri Muzaffar yang semenjak tadi duduk di sofa pejabat itu.

"Masih terlalu awal." Tolak Muzaffar.

"Apa kita nak buat sekarang, Tan Sri?"

"Kita kena hapuskan dia." balas lelaki itu selamba.

Rahang Yvanna hampir jatuh. "Tan Sri nak...bunuh dia?"

Ketawa Muzzafar pecah tatkala mendengar soalan balas Yvanna. "I'm not a murderer, Yvanna. I'm a businessman." Ujarnya mengusir pergi tekaan ekstrem wanita itu.

"So, bila Tan Sri cakap nak hapuskan dia...maksud Tan Sri?"

"Maksud saya kita perlu lantik Salfina jadi CEO Muzza Holdings."

Yvanna terlalu terkejut hingga kelu untuk bersuara. Sekali lagi lelaki itu menampar fikirannya. Logik Tan Sri sekali lagi membuat mindanya berputar di alam semesta.

"Tan Sri bergurau?"

"Tak. Macam saya cakap tadi. Saya seorang ahli perniagaan. Bukan pembunuh bukan juga pelawak. Businessman, Yvanna. Please remember that."

"Kalau Salfina jadi CEO bukan ke tu lebih membahayakan Hafiz. Kenapa nak jadikan dia CEO?"

"Pelajar yang rajin, banyak bertanya soalan tapi pelajar yang bijak, banyak mencari jawapan." Jelas Muzaffar tenang.

"Tapi macam mana saya nak tahu jawapan kalau saya tak bertanya?" soal Yvanna kembali.

"Saya dah pun bagi jawapan pada awak." balas Muzaffar selamba.

"Menjadikan Salfina CEO mampu menyelamatkan Hafiz." Sambungnya.

Yvanna masih cuba menganalisis namun tak bertemu jawapan. Kerutan di dahinya membuatkan Muzaffar menyungging senyum di bibir. Dia tahu wanita itu belum memahami logiknya tapi seperti selalu, dia yakin Yvanna pasti bertemu jawapannya.

"Saya bagi awak duduk di kerusi tu sebab awak wanita paling bijak yang pernah saya jumpa...selepas isteri saya. Dia bijak sebab dia boleh baca fikiran saya. Awak pun boleh jadi bijak macam dia." Sambung Muzaffar sedikit lagi sebelum keluar dari pejabat itu.

Yvanna ditinggalkan duduk termangu di kerusinya. Sel otak dikerah untuk mentafsir apa sebenarnya yang dimaksudkan Muzaffar. 

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang