Bab 13

2.8K 88 5
                                        

HAFIZ MENDONGAK hingga sampai had yang dibolehkan lehernya. Bangunan hotel tempat dia diterima bekerja itu tersergam megah dan mewah dengan nama Menara Muzza bergilap keemasan di bahagian atasnya. Sebaik masuk ke dalamnya, suasana dingin juga damai menyambut kedatangannya. Senyuman dua orang petugas di kaunter menarik dia menghampiri mereka.

"Assalamualaikum." Sapanya semerta menghadiahkan senyuman.

Petugas berdua itu tersenyum manis. "Waalaikumsalam. Ada apa yang boleh saya tolong?"

"Kat mana saya boleh jumpa dengan Cik Yvanna Krishnan?" tanya Hafiz.

"Boleh saya tahu tujuan encik nak berjumpa dengan Cik Yvanna?" soal petugas itu kembali. Wajah dia dan rakan disebelah berubah riak. Seperti ada yang tak kena.

"Saya baru dapat kerja dekat sini. Saya dapat panggilan suruh saya datang hari ni dan jumpa dengan Cik Yvanna." Ujarnya berterus terang.

Kedua petugas itu berbincang sesama sendiri sebelum salah seorangnya berpaling kembali pada Hafiz dengan jawapan.

"Encik tunggu sebentar, ye? Saya cuba call pejabat Cik Yvanna dulu." Ujarnya sebelum mengangkat gagang telefon dan mengutarakan bicara kepada rakan sekerjanya dihujung talian.

Petugas itu menghampiri Hafiz setelah tamat panggilan. "Encik Hafiz boleh naik ke tingkat 15. Pejabat Cik Yvanna di sebelah kiri."

"Terima kasih. Erm, tumpang tanya. Tandas kat mana?" soalnya segan silu. Tiba-tiba saja pundi kencingnya menjerit minta dikosongkan. Waktu-waktu macam inilah kau nak bual hal, pundi. Hafiz merungut sendiri.

Bila petugas wanita itu menunjuk arah ke tandas, Hafiz segera menurut. Dia kena cepat. Dia takut terlambat sampai di pejabat Cik Yvanna. Sudahlah ini hari pertama.

Sedang urusannya di dalam bilik tandas, Hafiz dihimpit perbualan antara dua orang lelaki di kanan dan kirinya.

"Aku dengar TS Muzaffar belum jumpa pewaris." Ujar lelaki di kanannya.

"Siapa lagi nak jadi pewaris kalau bukan si Yvanna tu." Balas lelaki yang di kirinya pula. Mendengar nama Yvanna disebut, Hafiz jadi minat nak mendengar. Terkenal juga Cik Yvanna ni rupanya, sampaikan staf lelaki berbual tentang dia di dalam tandas.

"Semua orang agak Yvanna tapi aku rasa TS Muzaffar bakal buat kejutan." Lelaki di kanan memberi komen balas. Terlalu ramai orang membuat ramalan yang Yvanna adalah pilihan tunggal Ketua Pegawai Eksekutif bagi mengambil alih tempatnya tapi firasatnya merasakan itu hanya untuk mengalih perhatian terhadap waris sebenar empayar emas milik lelaki itu. Dia punya syakwasangka yang TS Muzaffar cuba menjaga keselamatan pewaris sebenar dengan membiarkan spekulasi tentang Yvanna sebagai pewaris bertebaran di ruang syarikat.

"TS Muzaffar memang selalu do the unexpected. Aku yang dah kerja 10 tahun kat sini pun still tak boleh baca fikiran dia." Lelaki dikiri seolah bersetuju. Pemilik Muzza Holdings itu seringkali berfikir di luar kotak. Adakalanya sukar untuk pekerja memahami keputusan yang dibuat beliau tapi kesemuanya seringkali membuahkan hasil yang baik.

Suasana diam seketika sebelum bunyi flush kedengaran. Hafiz membiarkan keduanya keluar terlebih dahulu.

"Eh, ada oranglah kat dalam tu." Beritahu salah seorang dari mereka setelah melihat pintu tandas yang bertutup rapat. Dia terlihat rona merah pada tombol pintu yang menandakan pintu itu berkunci dari dalam. Hafiz jadi kecut perut. 'Aku dah terdengar benda yang tak sepatutnya aku dengar ke? Mati aku!'

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang