Bab 9

3.4K 107 0
                                        

PERJALANAN dari tempat kerja ke rumah tidaklah terlalu jauh. Sekadar berjalan kaki 10 minit, Alia sudah tiba di sebuah pasaraya mini yang terletak lima minit lagi perjalanan ke rumahnya. Dia masuk ke dalam untuk membeli beberapa barang keperluan. Dengan raga plastik bersangkut di lengan dia berjalan ke lorong yang menempatkan pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Bukannya dia tidak pandai masak tapi dia malas nak masak. Lagipun dia masih bujang, tak perlu nak masak untuk suami apatah lagi anak-anak. Dia tak begitu cerewet soal makanan, janji boleh kenyangkan perut dan dapat tenaga untuk dia bekerja.

Peket besar Nescafe dimasukkan ke dalam bakul. Malam ni dia harus bersengkang mata nak siapkan tugasan terjemahan untuk sebuah syarikat pereka grafik. Kerjanya sebagai penterjemah sudah lama dilakukan demi mencari duit tambahan menampung perbelanjaan hidup di kota. Dalam pada masa yang sama, Alia sedang mengumpul duit mengimpikan untuk melancong ke luar negara.

Dia mengamati beberapa jenis minuman coklat panas yang bersusun di depannya. Saat tangannya mula mencapai peket itu, dia bersilang tangan dengan seseorang. Seraya dia menoleh ke kiri.

"Encik Irwan." Tegurnya.

"Alia."

"Shopping juga?" tanya Alia dalam terkejut. Tak sangka berjumpa dengan majikannya itu di pasaraya kawasan sini. Dia pun tak pasti di mana lelaki itu tinggal tapi kalau sudah bertemu di sini, pasti lelaki itu tinggal tidak jauh dari sini.

"A'ah. Ada nak beli barang sikit." Balas lelaki itu acuh tak acuh.

"Tinggal area sini?" tanya Alia.

Lelaki itu berjeda. "Erm, ye." Balasnya seperti tak selesa menjawab.

Alia yang perasan tingkah Irwan segera mengunci mulut. 'Salah ke aku tanya? Ke aku ni banyak tanya? Takkan tanya macam tu pun dia tak suka?' bebel Alia dalam hati.

"Lepas ni awak buat apa?" tanya Irwan selepas beberapa ketika.

"Balik rumah. Nak makan. Itu yang singgah beli makanan...segera." Ujar Alia lirih. Entah kenapa terasa malu pula menceritakan hal yang sejujurnya. Rasa macam tercalar pula reputasi seorang perempuan bila makan makanan segera berbanding dengan masak sendiri.

"Tak elok selalu makan makanan segera walaupun awak tinggal seorang." Tegurnya sambil tersenyum.

Melihat senyuman pertama di bibir Irwan buat Alia terpukau. Kacak! Tak pernah dia melihat wajah ketat itu mengerakkan otot pipi untuk senyum. Ini kali pertama. Alia mengingatkan diri untuk rekod fenomena aneh ini dalam diarinya. Terasa gatal juga tangannya untuk mengeluarkan telefon dan mengambil gambar momen ini tapi rasa itu ditahan. Irwan masih majikannya. Kalau lelaki ni tak suka, tak pasal dia kena buang kerja.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Irwan. Bercempera hilang segala yang ada dalam fikiran Alia.

Lelaki itu masih tersenyum. Tercuit hatinya melihat wajah Alia yang kosong.

'Mungkin inilah sebab dia tak pernah senyum. Sekali dia senyum, berpuluh kali arus elektrik mengalir dalam badan orang yang melihat.' Alia merumuskan sikap majikannya yang selalu berwajah serius itu.

"Takde apa-apa." Alia segera memalingkan wajahnya ke arah lain. Bimbang dia terus terpukau dengan lelaki itu.

Alia mengambil beberapa paket maggi lagi lalu dimasukkan ke dalam bakul. "Saya balik dulu." Ujarnya yang ingin segera pergi kerana hatinya bagai terusik dengan senyuman lelaki itu.

Di Bawah Payung CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang