SATU DEMI SATU berita baik diterima. Selain Aisya Hafizah dapat masuk program Asasi Sains di Universiti Malaya, Hafiz pula dapat naik pangkat kepada Eksekutif Pemasaran. Akhirnya, dia berjaya dapat kerja yang setaraf dengan kelayakan yang dia ada. Walaupun dia masih tidak tahu tujuan sebenar dia ditugaskan sebagai pencuci, penjaga stor juga garbage boy sebelumnya, dia menganggap yang semuanya adalah satu proses latihan untuknya. Biarpun Yvanna tak pernah beritahu sebabnya tapi Hafiz mampu mengagak.
Selepas Alia berhenti kerja, dia menghabiskan masa di rumah dengan membaca novel. Hafiz tidak menghalang. Dia lebih selesa Alia duduk saja di rumah. Lagipun kalau mereka ada anak nanti, tak perlulah pening kepala nak cari pengasuh. Alia sendiri boleh jaga di rumah. Biarlah dia seorang saja yang keluar mencari rezeki. Apatah lagi sejak menyandang jawatan Eksekutif Pemasaran ni dia menerima kenaikan gaji yang agak lumayan.
Bunyi kereta Wira milik Hafiz yang masuk ke perkarangan rumah menyedarkan Alia yang sedang leka membaca novel. Dia meletakkan buku itu di atas meja dan berjalan untuk membuka pintu dan menyambut suaminya.
Sebaik Hafiz terpandang isterinya, dia mengaris senyum. Alia tersenyum lebih lebar.
"Panjang lebar senyum. Rindu sangatlah tu." usik Hafiz selepas Alia menyalami tangannya.
"Erm, rindu! Rindu sangat." balas Alia beria. Dia mengambil briefcase dari Hafiz dan berjalan untuk meletakkannya di dalam bilik. Dia kemudian ke dapur dan menuangkan segelas air kosong berais lalu dibawa kepada Hafiz yang sedia duduk di sofa ruang tamu.
"Kesian abang. Mesti penat kan kerja hari ni." ucap Alia sambil memicit-micit bahu suaminya.
"Ah, lega. Dari tadi bahu abang macam sengal-sengal sikit. Nasib baik ada Alia." Hafiz menutup mata untuk menikmati urutan isterinya.
"Abang," panggil Alia.
"Erm." Hafiz masih menutup mata. Rasa mengantuk kerana kepenatan.
"Alia dapat kerja." umumnya.
Hafiz sedikit tersentak lalu mencelikkan mata. Dia menarik tangan Alia untuk duduk disebelahnya.
"Kerja? Kerja apa?"
"Erm... penulis. Penulis novel. Sebenarnya masa Lia kerja kat kedai buku tu dulu, Lia dah berminat nak jadi penulis. Lia ada la tulis sikit-sikit. Lepas kahwin, Lia kan duduk rumah je. So, ada banyak masa nak menulis. Jadi, Lia tulislah. Lepas tu Lia hantar dekat publisher. And today, Lia dapat confirmation yang manuskrip Lia akan diterbitkan." jelas Alia.
"Ye? Alhamdulillah. Tercapai juga cita-cita, Lia." ucap Hafiz sambil cuba tersenyum.
Alia curiga. Dia perasan riak Hafiz tadi. "Kenapa abang macam tak happy je?"
"Happy. Abang happy... cuma, abang lebih suka kalau Alia just relax kat rumah." beritahu Hafiz. Dia masih risau tentang keselamatan Alia jika berada di luar rumah. Peristiwa lalu yang menimpa Alia tidak begitu mudah dilupakan sebaliknya menjadi satu pengajaran dan ingatan buat Hafiz.
"Abang risau? Kalau jadi apa-apa kat Alia?" soalnya dapat membaca fikiran Hafiz.
Hafiz beriak kosong.
"Abang tak perlu risau sebab Lia menulis dari rumah juga. Tak perlu keluar rumah pun. Lia hantar manuskrip pun melalui emel. As long as rumah ni ada wifi, Lia tak perlu keluar rumah." Alia cuba menenangkan Hafiz.
"Oh. So, bekerja dari rumah? Kalau macam tu abang tak kesah. Bukannya abang tak bagi Lia keluar rumah. Cuma abang lebih selesa kalau Lia duduk rumah." ujar Hafiz. Dia tidak mahu dianggap mengongkong. Bukannya dia melarang isterinya bekerja di luar tapi hatinya hanya akan tenang kalau tau Alia selamat di rumah.
"Thanks. Lia boleh menulis sambil buat kerja rumah." beritahu Alia. Dia tidak mahu Hafiz fikir yang dia akan mengabaikan urusan rumah jika dia menulis.
Hafiz memegang tangan Alia. Tangan itu ditelek. Telapak tangan Alia terasa sedikit kasar berbanding awal dulu.
"Kesian isteri abang buat kerja rumah. Apa kata kita ambil maid?" cadang Hafiz.
"Hesy, tak payahlah! Membazir. Lia mampu je buat kerja rumah. Lagipun kita duduk berdua. Bukannya ramai anak sampai tak menang tangan." sanggah Alia.
"Nanti abang belikan losyen untuk tangan ye? Macam kering je tangan ni." Hafiz masih menelek tangan Alia.
"Ada losyen tapi tak sempat nak pakai. Lupa." balas Alia.
"Takpe. Malam ni abang pakaikan. Let me help you." ucap Hafiz. Nadanya di hujung sengaja di buat-buat romantik seolah dalam filem klasik.
Alia menampar bahu suaminya. "Gatal!" tuduh Alia sambil tersenyum.
"Dah la. Abang mandi, solat. Lepas tu kita makan. Lia tunggu kat dapur." arah Alia.
"Malaslah. Jap lagi." balas Hafiz seraya merebahkan kepala di atas paha Alia. Dia mencapai tangan Alia lalu diletakkan di atas kepalanya. Dia menggunakan tangan Alia untuk mengusap rambutnya.
"Manja!" getus Alia tapi tetap menurut kemahuan Hafiz. Dia mengusap kepala lelaki itu untuk beberapa ketika hingga Hafiz terlelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Bawah Payung Cinta
RomanceCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...