Langit yang cerah aku pandang. Hari demi hari berlalu begitu sahaja. Aku menghabiskan masa selama tiga tahun di hospital sakit jiwa. Jiwa pun sakit. Aku tak faham dengan penyakit zaman sekarang. Nafas lemah dihela."Awak. Ada pelawat nak jumpa".tegur Doktor Hani, doktor peribadi aku. Abah beria ria sangat upah doktor peribadi untuk aku. Penyakit aku bukannya teruk sangat pun. Sudah tiga tahun aku bersama Doktor Hani. Aku tidak banyak cakap dengannya. Perlu ke berbual dengan manusia yang tak penting dalam hidup aku? Ceh buang masa.
"Awak? Dengar tak?" Lamunanku melayang. Doktor Hani menyediakan kerusi roda untukku. Aku melabuhkan punggung di kerusi roda lalu Doktor Hani menolak perlahan ke arah sebuah pondok. Kelihatan seorang lelaki yang berusia sedang duduk menatap telefon pintar miliknya. Aku kenal dia dan aku benci dia.
Secara automatik aku menyentuh tangan Doktor Hani. Bagaikan arus elektrik mengalir ke badannya dia terus menarik tangannya.
"Aku nak pergi bilik". Aku memang tak nak dan tak akan berjumpa dengan dia. Dia dah ubah hidup aku menjadi kucar kacir.
"Tapi dia...."
"Aku cakap bawa aku pergi bilik". Suaraku meninggi sedikit. Hani akur dengan arahanku. Dia menukar arah dan membawaku ke bilikku. Lelaki itu berlari anak mendapatkanku.
"Aris! Aris!" Langkah Hani terhenti. Lelaki itu menapak menghampiriku. Aku tidak memandang wajahnya walaupun seinci pun.
"Kenapa Aris macam ni? Setiap kali abah datang mesti Aris nak elak dari jumpa dengan abah. Tak kesian dekat abah ke?"
Heh kesian? Dalam kamus hidup aku tak pernah ada istilah belas kasihan terhadap mana mana manusia. Ada faham? So jangan nak tunjuk muka kesian depan aku? Kau pun sama.
"Abah dapat tahu keadaan Aris makin sihat. Mental Aris pun dah okay. Abah gembira bila dapat tahu Aris makin normal macam dulu". Abah merangkul tanganku tetapi aku cepat menepis.
Tangan dia ni la yang dah menampar aku. Tangan dia lah yang telah sakitkan hati aku. Tangan dia tak layak sentuh tangan aku dan anggota tubuhku yang lain. Sentuhan dia mendatangankan aura yang tidak senang.
"Bawa aku pergi bilik". Abah menunduk. Hani teragak agak hendak menolakku. Dia memandang wajah abah lalu abah mengangguk. Hani masih rasa serba salah ingin meninggalkan abah sendirian.
"Tak apa lah Hani. Aris tak nak jumpa uncle. Bawa la dia ke bilik. Uncle tak kesah". Hani mengangguk lalu tersenyum. Kerusi roda ditolak menuju ke arah bilikku. Pintu dikuak perlahan. Hani membantuku untuk naik ke atas katil.
"Dah berapa kali awak halau abah awak macam tu? Awak tak kesian ke pada dia? Dia tu abah awak Aris. Awak sedar ke tak ni?"
Aku hanya berdiam. Wajah Hani aku tidak pandang. Pandanganku beralih ke luar tingkap. Pak cik tadi tu abah aku? Dia campak aku duduk dekat hospital orang gila ni masih lagi mengaku aku ni anak dia? Memang tak ada rasa malu ke dalam diri dia tu?
"Saya penat tahu tak tengok perangai awak yang tak berubah dari awal awak masuk sini. Saya kesian tengok abah awak. Mesti dia rasa kecil hati sebab awak tak nak jumpa dia. Apa salah dia? Dia yang besarkan awak. Dia lah abah dan ibu awak masa awak kecil dulu. Awak lupa ke?"
Dato' Hanafi? Dia tu lebihkan kerja berbanding anak sendiri. Diri aku tak terurus sejak ibu pergi. Aku rasa macam anak terbiar. Dia pun sanggup gantikan tempat ibu. Fakehope. Janji palsu.
"Dah la. Saya nak pergi jumpa dia daripada layan awak macam ni". Hani mengatur langkah keluar dari bilikku. Aku melepaskan keluhan.
Kenapa dengan emosi aku hari ni? Tak tentu. Dia abah aku. Tipu lah kalau aku tidak sayangkan dia. Masih ada perasaan sayang dan kasihan pada abahku walaupun secebis saja yang tinggal. Tapi diriku memaksaku untuk tidak berjumpa dengannya. Setiap kali dia datang pasti aku rasa benci dan marah padanya.
Mataku ditutup rapat. Mungkin aku perlukan rehat.
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...