SPECIAL PART

2.4K 131 27
                                    


Disebabkan ramai sangat mintak special part soo author dengan hati terbuka buat la untuk korang ececeehh!! HAHAA.. So enjoy !! Votee comments!!

Baju hoodie putih disarungkan ke tubuhnya. Rambut dirapikan lalu hoodie dipakaikan di kepala. Aris menapak keluar dari biliknya lalu turun ke ruang tamu. Irsa yang baru sahaja memasak di dapur tadi hanya memerhati kelakuan Aris.

Mana lelaki itu nak pergi?

"Aris? Nak pergi mana?" Pertanyaan Irsa diabaikan oleh Aris. Irsa seoalah olah halimunan di sebelahnya. Aris berlalu keluar rumah dengan segera. Berkerut dahi Irsa melihat kelakuan suaminya itu.

"Kejap. Tadi dia pakai hoodie putih? Jangan-jangan... Ah tak".

Enjin kereta dihidupkan. Pak Din menolong Aris dengan membukakan pagar rumah untuknya. Kereta Aris laju membelah jalan. Pak Din hairan dengan sikap Aris. Selalunya Aris akan berbual dahulu dengan Pak Din sebelum dia keluar ke mana mana.

Kereta mula diberhentikan di hadapan kawasan perkuburan. Nafas lemah dihela. Enjin kereta dimatikan lantas Aris menapak keluar dari dalam perut keretanya. Langkah lemah diatur ke sebuah kubur yang terletak di bahagian agak hujung. Aris bercangkung di sebelah kubur itu. Batu nisan yang tertera nama seseorang diusap perlahan.

Air matanya gugur. Apa kau ingat Aris ni hati batu sangat ke?

"Asslamualaikum ibu".

Ya. Aris melawat kubur arwah ibunya. Setelah sekian lama dia tidak datang melawat arwah ibunya.

"Aris minta maaf sebab dah lama tak datang sini lawat ibu. Ibu tak marah kan? Dulu, Aris cakap Aris kuat. Tapi bila Aris datang sini, Aris tak kuat ibu. Aris rindukan ibu. Kalau boleh Aris nak peluk ibu sekarang tapi..."

Kata-katanya seakan akan tersekat. Dia tidak mampu hendak meluahkan isi hatinya. Rindu yang tak mampu diucapkan dengan kata kata. Aris sudah hilang kasih sayang seorang ibu sejak berumur tujuh tahun.

"Aris kejam sangat ibu. Aris tinggalkan abah, marah abah, hina abah.. Kalau ibu masih hidup mesti ibu kecewa dengan Aris kan. Sekarang, Aris bersyukur sangat sebab abah maafkan Aris. Aris rindu keluarga kita macam dulu. Ada ibu, ada abah".

Air matanya yang mengalir dibiarkan sahaja membasahi pipinya. Matanya tidak lari daripada menatap kubur arwah ibunya itu. Dia seolah olah sedang menatap wajah ibunya sendiri.

"Allah lebih sayangkan ibu. Ibu nak sangat Aris jadi doktor kan. Nanti boleh rawat ibu dengan abah kalau sakit. Tapi Aris minta maaf ibu. Aris tak tunaikan permintaan ibu. Aris pembunuh ibu! Aris bunuh orang. Aris kejam".

Tubuh Aris direbahkan ke atas kubur itu. Dia seolah olah sedang memeluk tubuh arwah ibunya. Tangisannya tak berhenti dari mula dia datang hingga sekarang. Nafasnya dihela. Dia bangkit lalu membersihkan bajunya daripada kotoran tanah tadi.

"Kalau ibu ada, orang yang pertama gembira sekarang mesti ibu. Sebab Aris dah kahwin. Mesti ibu happykan anak ibu dah sah bergelar suami sekarang".

"Ibu.. Tunggu Aris dekat sana. Aris nak jumpa ibu. Aris pergi dulu. Nanti Aris datang lawat ibu lagi".

Batu nisan diusap buat kali terakhir sebelum Aris melangkah pergi meninggalkan tapak perkuburan. Tubuhnya dibawa masuk ke dalam perut kereta. Tisu ditarik dari dalam kotak lalu mengelap air matanya. Nafas berat dihela.

Kalau dia mengalirkan air mata darah sekali pun, masa tidak boleh diundur semula. Semuanya telah terjadi. Hanya doa sahaja yang mampu dikirimkan kepada ibunya.

Aris termenung seketika di bangku. Suara kanak-kanak di taman itu diabaikan. Seolah olah taman itu tiada sesiapa melainkan dirinya. Deringan di telefon pintarnya tidak berhenti daripada berbunyi. Aris tidak pernah menjawab panggilan itu.

Azan mula berkumandang. Hati Aris tersentak lalu menoleh ke arah sebuah masjid berhampiran. Langkahnya diatur ke masjid tersebut. Dia menghabiskan masanya di masjid hingga ke waktu isyak baru lah dia pulang ke rumah semula.

Kelihatan Pak Din baru sahaja ingin menaiki motosikal miliknya itu lantas dia memandang sebuah kereta yang memarkir kemas di dalam garaj. Pak Din mendapatkan kereta tersebut. Aris menapak keluar dari dalam perut kereta itu. Senyuman terukir di bibir Pak Din.

"Syukur alhamdulillah". Berkerut dahi Aris apabila Pak Din berkata begitu.

"Kenapa ni Pak Din?"

"Tadi Dato' risau sangat tuan muda tak balik dari tengah hari tadi. Tuan muda pergi ke mana seharian ni?" Aris menarik senyuman. Senyuman palsu.

"Lawat orang". Itu sahaja Aris jawab lalu dia menapak masuk ke dalam rumah. Sunyi sahaja. Jam ditilik. Patut lah. Dah pukul 12:30 pagi. Pasti semua sudah tidur.

Aris menuju ke biliknya. Kelihatan Irsa masih belum tidur. Dia menjenguk ke luar tingkap. Pintu bilik ditutup rapat. Aris melangkah merapati tubuh Irsa lalu didakapnya dari belakang. Kepalanya diletakkan di bahu Irsa. Irsa tersentak.

"Irsa.. I'm sorry. Saya tak layan awak hari ni". Irsa menghela nafas lega. Dia menoleh ke belakang lalu mengusap perlahan wajah Aris. Air mata milik Aris mengalir.

"Kenapa ni? Awak pergi mana?" Lantas Aris memeluk tubuh Irsa. Aris memerlukan seseorang sekarang dan Irsa lah orangnya.

"Saya tak kuat. Saya rindukan ibu. I miss her Irsa! Saya nak dia".

Sekarang baru lah Irsa faham keadaan Aris sekarang. Dia mengusap perlahan belakang Aris lalu membawa Aris duduk di atas katil.

"Jangan la cakap macam tu. Nanti ibu tak senang dekat sana. Saya faham perasaan awak sebab saya pun kehilangan kedua-duanya. Awak mesti la kena kuat untuk saya dan Afiq".

"Aris? Aris?" Tubuh Aris ditolak ke belakang. Tidur rupanya. Irsa mengeluh kecil. Tubuh Aris dibaringkan dan ditutup dengan selimut.

Selama ni dia bercakap seorang diri rupanya. Good job Aris.

Wajah Irsa bertentangan dengan wajah Aris. Rambut Aris dibelai perlahan. Mata Irsa dipejam rapat lantas dia merasakan sesuatu menarik tubuhnya ke dalam dakapan.

"Thank you Irsa. I love you". Irsa tersenyum manis. Dia selesa tidur dalam dakapan suaminya itu.

BYEEE

THE END (4)Where stories live. Discover now