IRSA POVTubuhku terasa lemah. Sepatutnya hari ini aku dah boleh keluar dari wad tetapi suhu badanku kembali panas secara tiba tiba. Doktor terpaksa menahan aku di wad untuk beberapa hari lagi. Sebekas bubur nasi yang dibawa Rayqal aku pandang lama. Perut aku tak rasa nak makan. Langsung tiada selera.
Mataku dipejam perlahan lahan. Nafas lemah dihela. Kenapa aku rasa lemah semacam sangat ni? Sebab antibodi semalam ke? Tidak. Aku memang macam ni setiap kali selepas kena suntik pasti demam panas secara tiba tiba.
Pintu wad dikuak. Siapa pula yang datang? Aku tak larat nak buka mata dan bercakap. Mataku hanya dipejam. Kerusi ditarik lalu seseorang itu melabuhkan punggung di kerusi. Aku hanya membiarkan sahaja orang itu di sebelahku. Serius aku cakap. Aku tak larat langsung.
Tiba tiba tanganku digenggam erat. Terasa haba mengalir. Gloves. Aku hanya membiarkan sahaja. Aku tidak rasa berdebar. Aku rasa tenang.
Siapa yang pakai gloves masa macam ni? Siapa yang lawat aku?
"Saya tahu awak belum tidur. Memang patut pun awak pejam mata awak dari tengok wajah orang yang awak benci. Saya datang sebab saya rindu awak Irsa. Tapi saya tak boleh nak berdepan dengan awak seperti dulu".
Suara lelaki? Aku kenal sangat dengan suara ni. Aris. Awak datang. Air mataku mengalir. Terasa satu jari menyeka air mataku daripada jatuh.
"Saya minta maaf sebab bertahun saya menghilang. Banyak saya sakitkan hati awak. Memang saya ni lelaki yang teruk untuk awak. Dah lama saya tak bercakap dengan awak. Lepas ni awak mesti tak perlukan saya sebab awak dah ada Rayqal".
Saya maafkan awak Aris. Saya tak pernah bencikan awak. Perasaan saya tak pernah hilang terhadap awak. Saya sayang sangat awak. Aris.
"Thank you Irsa sebab setia dengan saya sebelum ni. Saya pergi dulu. Get well soon". Genggaman tanganku dilepaskan secara perlahan. Aku seakan akan tidak mahu hendak melepaskan tangannya tu. Pintu wad dikuak.
Dia sudah pergi.
Berjurai air mata aku jatuh. Aris saya tak pernah lupakan awak. Saya tak pernah terniat nak gantikan awak dalam hidup saya. Awak nak pergi mana Aris?
Aku nak bangun tapi aku tak larat.
Aku nak kejar Aris tapi aku tak boleh.
Aku nak dia jaga aku tapi aku dah ada Rayqal.
Aris, saya rindukan awak.
Mataku perlahan lahan dibuka. Tanganku digenggam erat. Mataku melirik ke sebelah. Terdapat sebungkus makanan diletakkan bersebelahan dengan bekas bubur Rayqal bawa. Aku cuba gagahkan diri untuk bangun dan mengambil bungkusan itu lalu dibuka.
Bubur nasi juga. Selera aku mula naik. Aku terus makan makanan yang dibawa Aris tadi. Air tangan dia memang sedap. Dia masih ingat makanan apa yang aku selalu makan kalau aku sakit.
Habis. Licin.
Bekas diletakkan di atas meja. Baru lah aku rasa bertenaga sedikit. Tubuhku disandarkan pada bantal. Iphone di atas meja diambil. Mesej daripada Rayqal. Katanya dia mahu datang melawat aku sekejap lagi dengan mama.
Datang lagi? Mama tu aku tak kesah. Rayqal. Aku takut aku menyusahkan dia. Lagi lagi aku dengar yang dia terpaksa tangguh penerbangan dia sebab dapat tahu demam aku makin teruk.
"Irsa?" Lamunanku terhenti. Mama sudah berada di depan mataku bersama Rayqal. Sejak bila mereka masuk. Oh. Mesej tadi sampai tiga jam lepas.
Rayqal terpandang dua bekas di atas meja. Bekasnya masih berisi manakala bekas di sebelahnya sudah habis dimakan. Dia kembali memandangku.
"Awak kenapa tak makan makanan saya bawa? Tu awak makan siapa punya?" Aku mula memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan dia tu.
"Saya tak ada selera tadi. Makanan awak dah sejuk. Lepastu saya teringin nak makan makanan panas jadi itu la". Aku mereka cerita. Wajah Rayqal berubah serta merta lalu dia mengambil bekasnya dan beredar keluar.
"Kenapa dengan Qal mama?"
"Dia stress la tu. Kerja kuat sangat. Irsa pun satu. Kenapa tak jaga hati dia?" Habis aku kena diceramah dengan mama.
![](https://img.wattpad.com/cover/112175818-288-k533069.jpg)
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...