Aris POVPintu almari dibuka lantas aku menarik laci. Terdapat sebuah buku seperti telah lama disimpan. Aku mengambil buku tersebut. Punggung dilabuhkan di birai katil. Satu per satu muka surat diselak. Terdapat banyak perkataan yang ditulis dengan pen dakwat merah. Berbau hanyir. Dah lama aku tak buka buku ni.
Aku menggunakan darah orang yang aku bunuh sebagai dakwat pen. Sekeping gambar terjatuh dari buku. Gambar diambil lalu aku meneliti setiap wajah yang ada dalam gambar itu. Wajah wajah yang telah aku bunuh. Zaman kolej.
Aku beralih pada barisan kedua. Dua orang pelajar kolej itu. Lelaki dan perempuan. Mereka tersenyum gembira dalam gambar itu. Seorang telah mati iaitu yang lelaki. Dia juga abang kandung aku. Naim Daniel.
Aku tak pernah tahu dia abang aku sehingga abah menceritakan semua benda pada aku. Aku memang tak patut bunuh darah daging aku sendiri. Tapi dia bukan ibarat abangku ketika di kolej. Perangai dia. Semua tentang dia. Aku benci. Ada saja perkara yang dia ingin lakukan padaku. Dia memang kejam.
Wajah seorang perempuan di sebelahnya aku pandang. Layla. Sejak Naim meninggal, dia sudah menghilangkan diri. Entah hidup lagi atau pun tidak. Tapi aku dapat rasakan dia masih hidup di muka bumi ni. Cuma dia di mana sekarang. Aku pasti akan jejak dia.
Mungkin dalam diam dia akan melakukan sesuatu. Balas dendam? Mungkin. Kalau dia nak lakukan, pasti dia sudah mencari aku.
Ah apa apa saja lah. Mesti dia dah mulakan hidup baru dengan sesiapa. Buku dicampak masuk ke dalam tong sampah.
Satu laser merah memancar masuk ke dalam bilikku. Aku mengalih pandanganku ke luar tingkap. Seseorang berpakaian serba hitam memegang sniper.
Malaikat maut?
Langsir ditarik supaya menutup tingkap. Suis lampu ditekan. Seluruh bilikku menjadi gelap. Siapa pula kali ni?
Apa kena mengena dia dengan aku? Siapa upah dia untuk memburu aku? Tolong lah. Aku baru nak hidup dalam keadaan biasa.
Aku mengintai di sebalik langsir. Lelaki tadi sudah menghilangkan diri. Hatiku rasa gelisah. Cap diambil serta mask dipakai. Aku menapak turun ke bawah. Pintu rumah dibuka. Tiada sesiapa. Kawasan perumahanku senyap sunyi. Nampaknya semua sudah tidur.
Langkah diatur ke jalan raya. Aku berjalan ke arah tempat lelaki tadi bersembunyi. Lampu disuluh pada tempat itu. Tiada sesiapa.
Tanpa aku sedar seseorang telah menghayunkan kayu pada belakangku. Tubuhku rebah ke atas jalan. Duniaku menjadi gelap. Tubuhku diangkat pergi ke suatu tempat.
*****
No one POV
Tubuh Aris diletakkan di atas sofa. Seorang lelaki meregangkan ototnya. Tekaknya berasa kering. Dia menapak ke dapur meninggalkan sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di atas sofa.
Kepala Aris terasa berat. Dia cuba membuka matanya. Tubuh badannya diperiksa. Tiada sebarang kecederaan. Dia menghela nafas lega. Matanya melilau keadaan sekeliling. Dia berada di dalam sebuah rumah yang mewah.
"Rumah siapa ni?"omelnya sendiri. Dia bangun lalu berjalan sekeliling rumah itu mencari jalan keluar. Keadaan di dalam rumah agak malap. Sukar untuk dia lihat dengan jelas. Tangannya meraba raba pada dinding. Suis ditekan. Cahaya lampu menerangi suasana dalam bilik.
"Dah bangun?" Aris menoleh. Dia tersentak apabila melihat tuan punya suara. Dia menapak ke belakang.
"Surprise? Welcome to the hell... Anak abah sihat?"
Aris seakan akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Dia menyumpah semua ini ialah mimpi semata mata.
"Tak rindu abah ke? Oh ya mungkin rindu dengan 'kawan' Aris kan?" Dia menapak mendekati Aris.
"Kau nak apa lagi dalam hidup aku?!" Lelaki itu tergelak kecil. Bahu Aris ditepuk perlahan.
"Abah rindu la dengar suara Aris". Aris menepis tangan lelaki itu.
"Aku benci kau". Aris merenung tajam ke arah mata lelaki itu. Patung beruang bewarna merah dikeluarkan.
"Uncle Bear".
Gelarannya. Patung beruang merah itu yang mengawal pemikiran seseorang. Ini semua kerja Uncle Bear. Aris mengomel dalam hati.
"Aris dah lama tak kerja dengan abah".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...