Bab 46

1.6K 98 3
                                    


Aris mendapat berita yang Risya dikejarkan ke hospital apabila ditemui terbaring di tangga oleh kawannya. Risya mengalami berkali-kali hentakan yang kuat hingga dia disahkan mengalami amnesia. Aris tersenyum puas. Selepas ini Risya tak akan mengganggu hidupnya lagi.

Pintu wad dibuka lalu Aris menapak masuk ke dalam. Mujur kawan baik si Risya tu tidak menjaga Risya malam ini. Aris melangkah menghampiri katil. Cincin pertunangan mereka masih lekat pada jari masing-masing.

"Hi sayang. Sayang mesti penat kan? Tidur la selama mana sayang nak. Nanti bila sayang dah bangun, saya tak ada dah dalam hidup sayang. Itu lah lain kali jaga perangai okay? Kan dah jadi macam ni".

Aris tersenyum sinis. Matanya melirik pada jari manis Risya yang masih tersarung dengan cincin pertunangan mereka.

"Kalau kau nak tahu, perempuan macam kau ni tak layak jadi isteri aku. So, bermula pada saat ini. Kau bukan tunang aku sebab aku akan putuskan pertunangan yang mengarut ni".

Aris mengeluarkan pisau dari dalam poket seluarnya lalu dihalakan pada jari manis Risya. Mata pisau yang tumpul itu pantas menghiris jari manis tersebut hingga putus.

"Sorry la sayang. Aku terpaksa buat macam ni. Tapi jangan risau. Satu jari je kan yang putus? Kau still ada sembilan jari lagi. Kau bernasib baik sebab aku tak ambil semua jari daripada kau".

Jari manis Risya diambil lalu disimpan ke dalam poket bajunya. Darah mula mengalir keluar. Aris mengelap darah itu lalu membalut tangan Risya dengan cermat.

"Goodnight my girl". Aris menapak keluar dari dalam wad. Dia mencari tempat yang sunyi supaya tiada sesiapa dapat lihat apa yang dia nak lakukan. Aris bercangkung di tepi longkang.

Pemetik api dibawa keluar lantas dinyalakan. Api tersebut dihalakan pada jari manis Risya tadi. Dia membakar jari tersebut hingga jadi abu. Abu tadi jatuh ke dalam longkang dan mengalir bersama air di dalamnya.

"Risya dah settle. Sekarang, Layla".

******

Farid mengambil sebungkus roti lalu dibawa ke kaunter. Selesai membayar dia terus menapak keluar dari kedai runcit tersebut. Bungkusan roti itu dibuka lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Dia ingin mengambil angin pada hari ini. Bosan duduk di dalam rumah besar itu tanpa membuat apa.

Uncle Bear masih melatih anak buah barunya itu. Layla pula sibuk dengan drama sinetron yang entah bila nak habis. Zero mengemaskini semua data yang dia dapat. Farid? Merempat.

Plastik roti dicampak masuk ke dalam tong sampah. Sejahat Farid pun tahu nak buang sampah dalam tong sampah. Kau apa tahu? Buang sampah merata-rata saja tahu.

Dia menapak masuk ke dalam perut keretanya dan enjin dihidupkan. Pintu kereta dihempas perlahan. Tiba-tiba sahaja lehernya dijerut kasar oleh seseorang dari belakang. Mata Farid membulat apabila melihat cermin pandang belakang di dalam keretanya itu.

Seorang lelaki berhoodie putih tersenyum simpul di belakang. Farid amat mengenail senyuman dan hoodie yang dipakai itu. Siapa lagi kalau bukan Aris Daniel, anak Dato' Hanafi, pemilik syarikat terbesar di Kuala Lumpur ini.

"Lepaskan aku lah bodoh!" Farid cuba mengeluarkan suara walaupun lehernya rasa hampir terputus.

"Mana Afiq? Aku tahu kau culik dia kan? Lebih baik kau beritahu di mana dia berada". Farid mengetap bibirnya.

"Aku tak tahu. Siapa Afiq tu? Aku tak kenal la. Jangan main tuduh saja". Farid bengang. Dia tidak mahu mengaku kerana dia tahu akibatnya jika dia mengaku.

Sebelah tangan Aris meraba raba pisau di dalam poketnya lalu dibawa keluar dan dihalakan pada leher Farid. Dia mula menggelabah tatkala melihat mata pisau yang tajam seakan akan baru diasah itu.

"Aku memang tak tahu dia dekat mana".

"Penipu!" Leher Farid dikelar dengan pantas. Farid sudah nyawa nyawa ikan. Aris terus mengelar leher Farid hingga memancut darah keluar. Tubuh Farid terkulai. Nafasnya terhenti.

Aris mengambil alih tempat memandu lalu pantas dia memandu pulang ke rumah bersama tubuh Farid yang bermandikan darah itu. Tubuh Farid diangkat lalu dibawa ke dalam makmal milik Aris. Masa untuk analisis.

Telefon pintar milik Farid dibawa keluar. Kata laluan dipecah masuk dengan mudah melalui kepandaian Aris dalam hack sesuatu benda. Dia membuka kenalan Farid. Satu per satu nama dia perhati hingga terhenti pada satu nama yang dia kenali.

Layla.

Aris membuka satu per satu perbualan Faris bersama Uncle Bear dan seangkatan dengannya. Jadi, memang betul lah mereka menculik Afiq dan kini Afiq dikurung di dalam sangkar besi yang besar.

Vaksin tu. Ada bersama Uncle Bear. Semua ni memudahkan kerja Aris. Mayat Farid dibawa ke bahagian belakang untuk dibakar.

"Selamat tinggal penipu".

THE END (4)Where stories live. Discover now