Bab 44

1.6K 106 2
                                    


Enjin kereta dimatikan lalu dia menapak keluar dari dalam perut kereta. Cermin mata hitam ditanggalkan dan langkah diatur masuk ke dalam halaman sebuah rumah banglo dua tingkat. Pak Din melangkah merapati jarak perempuan itu.

"Cik ni siapa? Nak jumpa siapa?"soal Pak Din sopan. Tugasnya sebagai pengawal keselamatan rumah Dato' Hanafi perlu dimainkan peranan. Sia-sia sahaja kalau dia dibayar gaji tanpa buat kerja yang diamanahkan kepadanya.

"Saya Risya, tunang Aris Daniel dan bakal menantu Dato' Hanafi. Ada masalah ke?" Risya memandang Pak Din dari atas ke bawah. Lagaknya persis mak datin. Pak Din menarik segaris senyuman di bibirnya.

"Panggil saja Pak Din. Cik Risya nak cari siapa? Kalau nak cari tuan muda, dia tak ada sekarang". Risya mengeluh kecil. Serabut dengan orang tua yang sibuk tanya banyak soalan kepadanya.

"Boleh tepi tak? Saya nak masuk". Pak Din hendak menghalang Risya daripada masuk ke dalam rumah Dato' Hanafi tetapi ditepis oleh Risya. Pantas langkahnya diatur ke halaman rumah. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an menyapa Risya mesra.

"Risya, ada apa datang sini? Tak beritahu uncle pun". Dato' Hanafi mengajak Risya berbual di pondok. Risya hanya menurut kehendak bakal ayah mertuanya itu.

"Uncle, mana Daniel pergi? Dah merata tempat saya cari dia. Uncle mesti tahu kan dia dekat mana. Saya call dia tak dapat. Mesej dia tak reply. Lebih baik uncle beritahu saya Daniel dekat mana sekarang". Risya terdesak. Sudah berbulan lamanya dia tidak bersua muka dengan tunangnya itu.

"Uncle minta maaf Risya. Uncle memang tak tahu dia ada dekat mana sekarang. Uncle pun dah upah orang untuk cari dia. Tapi orang yang uncle upah tu pun hilangkan diri". Dato' Hanafi tunduk. Dia merasakan anaknya lari disebabkan dia. Kalau lah dia tidak mencari isteri baru, pasti Aris tinggal bersamanya sekarang.

"Uncle saja kan tak nak saya jumpa dengan anak uncle. Kenapa?! Uncle nak putuskan pertunangan kami? Risya sayangkan dia! Mana dia uncle?! Mana Daniel?!" Risya bertindak luar kawalan. Dia mencengkam kolar baju Dato' Hanafi dengan kasar.

Kebetulan Iqbal berjalan di sekitar itu terus menjerit memanggil Pak Din. Mereka berdua bergegas mendapatkan Risya dan Dato' Hanafi. Risya sudah mengamuk seakan akan kena rasuk.

"Mana Daniel?! Mana dia?! Saya nak dia sekarang! Beritahu saya dia dekat mana?!"

Tubuh Pak Din dan Iqbal ditepis begitu sahaja oleh Risya. Risya sudah berang. Tubuh Dato' Hanafi ditolak hingga jatuh ke atas tanah. Kepala Dato' Hanafi terkena pada pasu bunga dan pandangannya mula gelap. Air muka Risya berubah serta merta.

"Abah! Bangun abah!" Pak Din terus menelefon ambulans. Risya melarikan diri masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi. Ambulans tiba dalam masa yang terdekat lalu membawa Dato' Hanafi bersama Iqbal ke hospital. Pak Din mendail nombor seseorang lalu melekapkan telefon pada telinganya. Panggilannnya berjawab.

"Tuan muda, pergi hospital sekarang. Dato' cedera".

*****

Aris bengang dengan keadaan yang dia alami sekarang. Irsa sakit. Afiq hilang bersama Khai. Sekarang abahnya pula masuk hospital. Kereta diparkir di hadapan hospital lalu dia berlari masuk ke dalam. Kaunter dituju dan setelah mendapat tahu kedudukan bilik abahnya, dia segera menuju ke pintu lif.

Saat pintu lif terbuka, kelihatan Iqbal baru sahaja menapak keluar dari dalam wad. Aris segera mendapatkan adik tirinya itu. Iqbal menoleh apabila sedar kehadiran Aris.

"Macam mana dengan abah?" Iqbal menarik segaris senyuman nipis di bibirnya. Dia gembira kerana abang tirinya itu masih mengambil berat tentang keadaan ayah kandungnya itu.

"Abah okay. Cuma dia pengsan. Kalau abang nak lawat dia, masuk saja la. Abah belum sedar lagi tu". Aris menghela nafas lega. Nasib baik tiada apa yang serius berlaku pada abahnya.

"Macam mana boleh jadi?" Aris mengajak Iqbal duduk di bangku hadapan wad.

"Tadi Iqbal baru nak keluar, lepastu nampak abah dengan Kak Risya macam gaduh. Kak Risya tengking abah. Iqbal pun panggil Pak Din. Then, Risya tolak badan abah sampai jatuh".

Urat di tangan Aris sudah mula timbul. Risya. Aris tak akan maafkan sesiapa yang cuba cederakan ahli keluarganya. Dia akan balas balik tetapi lagi teruk daripada apa yang Risya buat. Aris akan pastikan yang Risya tak akan lari daripada cengkaman dia.

"Aku nak masuk". Iqbal mengangguk. Aris menapak masuk ke dalam wad. Abahnya masih belum sedarkan diri. Aris hanya berdiri berdekatan katil.

"Aris datang ni abah. Aris minta maaf dekat abah sebab halau abah masa abah lawat Aris dekat hospital dulu. Aris minta maaf sebab tak dapat nak jadi anak yang terbaik untuk abah. Aris berkasar dengan abah. Aris tinggalkan abah. Aris kejam".

"Abah..  Aris janji.. Anak abah ni, Aris Daniel bin Dato' Hanafi akan balik ke pangkuan abah semula. Aris ada kerja yang kena selesaikan".

THE END (4)Where stories live. Discover now