Bab 19

1.7K 108 4
                                    


Langkah diatur ke sebuah rumah agam. Pintu masuk terbuka secara automatik. Aku menapak masuk ke dalam. Dua orang pengawal di hadapan pintu itu memerhati gerak geriku. Kasut dicampak ke rak dan aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Pintu lif aku tuju. Lif berhenti di tingkat paling atas. Aku berjalan ke arah sebuah bilik lantas terus masuk ke dalam. Uncle  Bear tersentak dengan kehadiranku lalu dia menarik senyuman lebar. Pintu ditutup rapat.

"Anak abah dah balik". Uncle Bear mendepakan tangannya. Aku mendengus kecil.

Fikir aku nak peluk kau? Aku rela peluk tiang daripada peluk manusia yang telah merosakkan hidup aku selama ini.

"Lepaskan aku. Aku dah tak nak kerja dengan kau. Aku nak hidup macam orang lain dekat luar sana". Uncle Bear menurunkan tangannya. Wajahnya berubah serta merta.

"Kenapa abah nak lepaskan anak abah? Aris boleh buat apa saja yang Aris suka macam dulu. Duit? Abah boleh bagi berapa saja yang Aris nak. Abah boleh tunaikan apa sahaja yang Aris mahukan. Kenapa Aris nak berhenti?"

Aku mengeluh berat. Susah betul nak bercakap dengan beruang yang tak faham bahasa macam dia ni.

"Aku bukan anak kau. Aku tak nak pun duit kau semua tu. Aku cuma nak kau lepaskan aku. Itu saja permintaan aku". Aku tidak memandang wajahnya. Wajah dia cukup menyakitkan hati aku.

"Apa yang Aris cakapkan ni? Aris anak abah. Apa Aris nak harapkan pada Encik Hanafi? Nak harapkan yang dia akan layan Aris macam mana abah layan Aris? Aris dengar sini. Encik Hanafi tu tak guna. Dia dah mungkir janji arwah ibu Aris. Tak kan Aris nak mengaku dia abah Aris lagi?"

"And manusia dekat luar sana Aris ingat semua tu baik ke semua? Tak Aris tak.. Ada lagi jahat daripada abah. Aris tahu kan anak abah dah tak ada. Abah perlukan seseorang. Abah dah anggap Aris macam anak abah sendiri".

Anak kau? Again? Dia memang tak faham bahasa. Kenapa dia tak pergi pusat anak yatim tu ambil la berapa ramai pun kau nak. Nak ambil satu pusat tu pun tak apa. Lagi bagus. Meriah sikit rumah kau. Tak ada la suram dan gelap saja rumah ni.

"Jangan sesekali kau nak sabitkan abah aku dalam hal ni. Dia tetap abah kandung aku. Aku sayang dia. Aku tak perlukan orang macam kau. Kau dah seksa aku terlalu lama. Kau dah pisahkan aku dengan Irsa. Apa lagi kau nak buat pada aku?! Cakap! Apa lagi?!"

Kerusi disepak dengan kuat hingga terjatuh. Uncle Bear hanya memandang perbuatanku. Aku mendengus geram. Sudah lama aku tahan dengan sikap Uncle Bear yang suka mementingkan diri sendiri.

"Okay Aris. Abah lepaskan Aris. Itu yang Aris nak kan? Pergi lah. Abah tak halang. Pintu itu sentiasa terbuka untuk Aris. Pergi".

Aku melepaskan nafas panjang. Akhirnya dia faham juga apa yang aku katakan.

"Jangan ganggu hidup aku lagi. Ini amaran terakhir aku". Aku menapak keluar dari dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Uncle Bear tersenyum sendiri.

"Kau fikir kau boleh lari macam tu saja? Kau pergi tapi seksaan kau menanti".

******

Taman permainan di hadapanku dipandang kosong. Suara kanak kanak yang memecah kesunyianku seakan akan tidak didengari. Aku teringat kembali kejadian aku membunuh seorang budak kolej di taman permainan. Nama dia aku tak ingat. Jangan tanya.

"Abang Aris buat apa dekat sini?" Aku menoleh ke sebelah. Afiq bersama coklatnya.

Bila masa dia muncul sebelah aku?

"Saja. Ambil angin".

"Dah berapa lama abang tinggal dekat sini? Abang sorang je ke tinggal dekat sini? Mana keluarga abang?" Bertalu talu soalan keluar daripada mulutnya.

"Dah dekat dua bulan aku duduk sini. Ya aku seorang saja. Keluarga aku dekat Malaysia".

Tak perlu cerita banyak dengan budak ni. Dia masih baru dalam hidup aku. Dan aku tak suka berkongsi kisah hidup aku dengan sesiapa. Tak ada apa yang menarik pasal kehidupan aku. Hanya dipenuhi dengan jeritan manusia, pembunuhan, darah sana sini, organ bersepah dan pisau merata tempat. Bosan kan?

"Abang ni membosankan la. Jom main dengan Afiq".

Main? Dia cakap aku membosankan?

"Tak nak. Aku nak duduk sini je. Kau nak pergi main pergi la. Aku teman kau". Afiq turun dari bangku dan berlari ke arah papan gelongsor.

Dia memang hidup seorang diri ke? Cara percakapan dia macam budak dah matang.

"Bos.. Dia dengan seorang budak. Aku dapat tahu nama budak tu Afiq". Seorang lelaki berhubung dengan bosnya melalui telefon.

"Okay. Teruskan kerja kau. Pastikan dia tak terlepas".

Talian dimatikan.


THE END (4)Where stories live. Discover now