Hoodie disarungkan ke kepalanya. Tangannga diseluk ke dalam poket baju hoodie itu. Matanya tajam melihat sesusuk tubuh seorang perempuan yang rancak berbual dengan Dato' Hanafi di halaman rumah. Dia mendengus geram."Dato' jangan risau. Saya akan tolong apa yang saya mampu. Insyaallah dia akan balik ke pangkuan Dato' ". Doktor Hani menarik senyuman nipis. Dato' Hanafi sekadar mengangguk. Dia sudah buntu. Anak kandungnya telah hilang tanpa khabar berita. Dia risau kalau ada perkara yang buruk akan berlaku pada anaknya itu.
"Terima kasih doktor". Doktor Hani meminta izin untuk pulang ke hospital. Dia menapak keluar dari halaman rumah dan masuk ke dalam perut keretanya. Enjin dihidupkan lalu keretanya laju bergerak meninggalkan rumah agam itu.
Aris merenung tajam kelibat kereta itu hingga hilang bayang kereta tersebut. Kenapa Doktor Hani datang berjumpa dengan abahnya? Doktor Hani masih belum berkahwin. Aris syak ada sesuatu yang Doktor Hani minta daripada abahnya.
Mereka akan berkahwin dan Aris akan dapat mak tiri baru lagi? Oh tidak.
"Tunggu kau Hani. Aku akan pastikan yang kau tak akan dapat jumpa abah lagi selepas ni". Senyuman psikonya ditarik lalu dia menapak pergi ke arah keretanya.
******
Matahari sudah berganti dengan bulan. Bintang bertaburan menghiasi langit. Malam yang dingin. Aris menyarungkan hoodie putih ke tubuhnya. Tingkap dibuka seluas alam lalu dia terjun ke bawah. Aris mengatur langkah ke sebuah rumah teres. Sunyi.
Sepanjang lorong rumah itu tiada langsung orang yang berjalan keluar. Ya lah kan. Cuba korang fikir. Siapa je yang jalan tengah malam macam ni?
Aris membuka pagar rumah. Dia menapak ke pintu rumah lalu membukanya. Macam mana Aris dapat buka pintu dengan sebegitu mudah sekali? Dengan kunci lah. Aris sudah sedia dengan sebentuk kunci yang dibuatnya sendiri.
Rumah itu tidak lah begitu besar tapi sesuai untuk didiami seorang perempuan. Aris menapak ke sebuah bilik lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sekujur tubuh sedang lena dibuai mimpi.
Aris berjalan di sekeliling bilik itu. Setiap gambar dilihat satu per satu. Terdapat sebingkai gambar yang dia perhati lama. Dua orang perempuan dalam gambar itu dan kedua duanya Aris kenal.
Doktor Hani menguap kecil lalu membuka perlahan lahan matanya. Dia ternampak bayangan seorang lelaki membelakanginya. Hani mengedipkan matanya beberapa kali.
"Siapa tu?" Aris tersenyum nipis lalu menoleh ke belakang.
"Dah bangun?" Aris berdiri di hadapan katil. Hani tersentak apabila melihat Aris di hadapannya.
"Daniel. Awak buat apa dekat sini? Apa yang awak nak?"
Aris mendengus geram. Pura pura baik pula perempuan ni. Mesti dia nak ambil hati aku. Desis hati Aris.
"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Apa yang kau nak dekat abah?" Aris terus ke tujuan utama dia.
"Abah awak nak saya... "
"Shhh!! Aku tahu apa yang kau nak. Kau nampak abah aku kaya raya lepastu kau nak rembat semua harta dia kan? Aku tahu permainan kau. Pura pura jadi malaikat tapi belakang perangai macam syaitan!" Hani tersentak dengan apa yang Aris katakan.
"Ya Allah! Aris Daniel. Saya tak terniat pun. Abah awak minta saya cari awak dan bawa awak pulang jumpa dia. Tu saja".
"Heh.. Kau ingat aku nak percaya ke ha?! Semua tipu muslihat kau tu aku dah hadam la. Dasar perempuan mata duitan".
"Daniel!!" Satu tamparan hinggap pada pipi Aris. Ya. Padan lah muka kau Hani. Kau belum kenal siapa Aris Daniel. Memang berani kau tampar dia.
Aris menolak tubuh Hani ke atas katil. Nafsu Aris sudah mula menguasai dirinya tapi Aris cuba mengawalnya. Aris menampar pipi Hani beberapa kali.
"Aku benci kau Hani! Benci! Jangan sesekali kau rapat dengan abah. Aku tak nak kau jadi pengganti arwah ibu. Aku hanya ada seorang ibu iaitu Sarah binti Ismail".
Aris mencekik leher Hani hingga Hani lemas. Mata Hani tersembuk keluar. Dia kekurangan oksigen hinggalah Hani terkulai lemah di atas katil. Aris melepaskan cengkamannya lalu tersenyum puas.
Tubuh Hani diangkat lalu diletakkan di posisi tidurnya. Selimut ditarik menutup separuh tubuhnya. Baju Aris dikemaskan lalu dia menapak keluar dari dalam bilik Hani.
"Settle. Aris tak akan beri sesiapa pun jadi pengganti ibu".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...