SPECIAL PART II

2.2K 107 5
                                    


ARIS POV (hehh dah lama tak dengar)

"Aris.. Terima kasih lawat ibu semalam. Ibu rindu sangat dekat Aris. Ibu nak Aris jadi anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab dan ayah yang baik untuk anak Aris".

"Bos? Bos?" Mataku terbuntang luas. Ikmal memandangku dengan terpinga-pinga.

"Bos dah kenapa?" Aku meraup wajahku. Ah aku bermimpi rupanya. Ikmal mengambil beberapa barang lalu menepuk lenganku lantas dia menapak keluar dari dalam perut kereta.

"Cepat sikit bos! Nanti orang tunggu!" Lamunanku terhenti tatkala Ikmal menjerit seperti orang gila di luar sana. Daripada orang syak dia gila lebih baik aku keluar cepat.

Oh ya. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa si Ikmal tu panggil aku bos. Apa kau ingat aku ketua kongsi gelap ke? Aku dah upgrade. Dato' Hanafi, dah serahkan syarikatnya pada aku. So aku yang handle semua benda yang mengarut ni.

Okay? Chaw aku ada meeting.

*****

Mesyuarat sudah lama habis. Aku termenung sendirian di bangku. Kata-kata arwah ibu tadi masih bermain dalam fikiranku. Dia seolah olah datang melawat aku tetapi hanya muncul di alam mimpi sahaja. Hanya suara yang didengari tetapi wajahnya tidak kelihatan.

"Bos? Jauh termenung. Tak nak balik lagi ke?" Bahuku ditepuk perlahan oleh Ikmal lantas menyentakkan lamunanku. Aku menguak rambut ke belakang lantas menyandarkan tubuhku.

"Kalau kau nak balik dulu, balik je la". Ikmal tersenyum kambing. Siapa je tak happy bila bos beri balik awal? Aku tahu aku baik.

"Serius la bos? Habistu bos nak balik naik apa? Kita guna sebuah je kereta nak datang sini". 

Oh ya. Aku lupa pasal benda tu. Macam mana aku nak balik? Teksi. Grab car. Banyak transport yang aku ada.

"Aku boleh balik sendiri. Jalan kaki ke. Dah la kau balik je la. Tak payah risau pasal aku". Ikmal masih berdiri tegak di hadapanku. Apa lagi dia nak?

"Jalan kaki? Kan jauh ni. Tak apa la bos. Saya balik naik teksi bos balik naik kereta. Bos kena diutamakan". Aku memandang wajah Ikmal sekilas lalu melepaskan keluhan berat. Susah nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.

Jauh? Eh aku dah biasa jalan kaki. Dari aku zaman sekolah rendah sampai sekarang aku lebih rela berjalan kaki. Setakat jalan kaki dari bandar ke rumah apa lah sangat. Petik jari je la. Jalan je la.

"Ikmal.. Kalau kau nak aku buat sesuatu pada kau, nak tak?" Mata Ikmal membuntang luas. Dia tahu 'sesuatu' yang maksudkan tadi. Aku rasa korang faham? Eh kejap. Otak korang mesti fikir something dirty kan?

Aku waras. Please.

"Eh bos jangan macam ni. Tak nak la nanti keluar paper yang bos bunuh personal assistant dia sendiri kan". Aku tersenyum nipis. Nasib baik dia cepat faham apa yang aku maksudkan.

"So kalau kau tak nak, better kau balik sekarang". Ikmal tersenyum lalu tergopoh gapah melarikan diri ke arah kereta.

Heh tahu pun takut. Siapa saja yang tak takut bila ada orang nak ugut bunuh kan? Lagi lagi orang yang macam aku.

Langkahku diatur ke sebuah tempat. Sudah lama aku tidak ke sini. Semua orang di sini kenal denganku. Masa untuk melawat kawan lama.

Aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi. Mataku memandang sekeliling. Seorang anggota polis mula tiba bersama seorang perempuan di hadapannya lalu perempuan itu duduk. Kami saling berhadapan. Cuma dipisahkan dengan cermin. Telefon yang menghubungkan kami berdua dilekapkan pada telinga.

"Aris.. Awak datang lawak saya? Awak nak lepaskan saya dari penjara ni? Saya tahu awak mesti sayangkan saya kan". Dia tersenyum lebar tatkala melihat wajahku.

"Aku datang sebab nak lawat kau. Perlu ke aku lepaskan orang yang dah sakitkan orang yang aku sayang? Layla. Please. Jangan nak bermimpi. Tak pernah pun walaupun sikit rasa sayang pada kau".

Wajah Layla yang suci dan ceria tadi berubah menjadi wajah ahli sihir yang baru sahaja hilang kuasanya. Matanya tajam merenung ke dalam anak mataku.

"Aris Daniel. Aku bersumpah. Lepas sahaja aku keluar dari sini. Riwayat kau aku tamatkan dulu. Kau dengar tak?!" Telefon diletakkan. Berdarah telinga aku bila dengar Layla menjerit tadi. Fuh..

Pegawai polis itu membawa Layla masuk ke dalam kembali. Aku melepaskan keluhan berat. Kenapa orang macam Layla tu perlu hadir dalam hidup aku?

"Encik Aris jangan risau. Kami akan pantau Cik Layla". Aku menarik senyuman tipis lalu beredar. Cukup lah dulu aku pernah masuk ke sini disebabkan Naim. Hah.. Abang masukkan adik ke dalam lokap. Tapi tak sekejam adik membunuh kedua-dua abang kandungnya sendiri kan.

THE END (4)Where stories live. Discover now