Hujan lebat membasahi bumi. Kedinginan penghawa dingin di dalam kereta makin terasa. Pandanganku beralih ke luar tingkap. Mataku dipejam rapat kemudian dibuka perlahan lahan. Nafas berat dihela.Afiq ditinggalkan di rumah. Aku rasa tiada perkara yang buruk akan berlaku pada dia. Dia sedang lena di katil. Kereta dipandu ke bandar. Jalan raya agak sesak kerana hujan yang lebat. Aku berhentikan kereta di bahu jalan.
Wajahku diraup. Kenapa hati aku rasa macam ni? Rasa seperti aku diburu orang. Tapi yang pasti bukan seorang tapi ramai. Cuma di mana mereka dan kenapa aku yang mereka buru.
NO ONE POV
Irsa memeluk tubuhnya. Hujan semakin lebat. Sudah setengah jam Irsa duduk di tepi kedai ini untuk menunggu hujan reda. Irsa masih bertekad untuk mencari Aris. Khai tidak mengetahui yang Irsa keluar sendirian biarpun Khai sudah melarang Irsa berkali kali.
Irsa bangun dan berjalan sendiri di lorong kedai. Gerak gerinya diperhatikan oleh dua orang lelaki.
"Bos, dia sendirian sekarang". Ujar seorang lelaki yang berhubung dengan bosnya melalu telefon.
"Tangkap dia". Talian dimatikan. Lelaki itu memberi isyarat tangan pada rakannya lalu rakannya itu mengangguk faham. Mereka mula mengatur langkah.
Tiba tiba sahaja dua orang lelaki menyerang Irsa. Irsa tersentak lantas menjerit ketakutan. Mulutnya ditekup. Kedua belah tangan Irsa dipegang kuat. Mereka berdua mengheret Irsa ke kereta.
"Mana kau parking kereta siot?!" jerit lelaki di sebelah kanan Irsa kepada rakannya itu.
"Hujung sana!" Lelaki itu mendengus geram. Mereka terpaksa berjalan jauh. Lagi lagi hujan semakin lebat. Mereka agak sukar hendak berjalan dengan pantas. Irsa cuba meloloskan dirinya. Dia mula teringat kembali Aris pernah mengajarnya cara hendak melepaskan diri ketika keadaan macam ni.
Irsa menendang kaki lelaki di sebelah kananya itu. Tangan Irsa dibebaskan. Berjaya. Irsa segera mengambil peluang dan membuka langkah seribu. Hanya cahaya lampu jalan menerangi lorong itu. Hujan yang lebat menyukarkan Irsa untuk melihat dengan jelas. Dua orang lelaki di belakangnya masih mengejar Irsa.
Kelihatan seseorang sedang berdiri di bawah cahaya lampu. Irsa tidak nampak wajahnya. Dia berpakaian baju putih. Irsa segera mendapatkannya dan merangkul erat lengannya.
Lelaki.
"Kau? Hidup lagi?" Dua orang lelaki tadi tersentak melihat sesusuk tubuh lelaki di hadapannya. Mereka menapak ke belakang dan terus beredar. Lelaki itu menoleh ke belakang. Irsa sudah terbaring di atas jalan.
"Irsa! Irsa! Bangun!" Pipi Irsa ditampar perlahan. Irsa tidak sedarkan diri. Pantas lelaki itu mendukung Irsa dan membawanya ke kereta. Tubuh Irsa diletakkan di kerusi belakang. Kereta memecut ke hospital.
Dua orang jururawat segera membawa kerusi roda. Mereka membantu Irsa untuk duduk di kerusi roda. Segera mereka membawa Irsa ke wad. Lelaki itu bersandar pada dinding. Seorang doktor menapak keluar daripada wad.
"Macam mana keadaan dia doktor? Dia ada cedera dekat mana mana tak?"
"Pesakit tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia cuma demam panas dan pengsan saja". Lelaki itu menghela nafas lega. Doktor itu menarik senyuman dan menapak pergi.
Pintu wad dikuak perlahan. Lelaki itu menapak ke katil lalu melabuhkan punggung di kerusi. Dia menarik senyuman nipis di sebalik mask. Telefon pintar dibawa keluar. Pantas jari jemarinya mendail nombor seseorang.
"Hello kau asal? Kacau aku tidur je".
"Datang hospital sekarang. Irsa masuk wad. Beritahu mak dan tunang dia sekali. Jangan banyak tanya". Talian dimatikan. Wajah lelaki itu diraup. Dia bangun lalu menapak keluar dari wad.
Mama Irsa dan Khai tiba di hospital. Mereka segera masuk ke dalam wad. Lelaki itu sekadar memerhatikan mereka di bangku. Rayqal baru saja keluar dari tandas dan menapak ke wad. Dia memandang lelaki di bangku itu.
"Eh Daniel. Buat apa dekat sini?" Rayqal tersenyum lebar.
Oh goreng ikan. Lawak kan?
Lelaki itu bangun dan menepuk perlahan bahu Rayqal lalu membisikkan sesuatu pada Rayqal.
"Jaga dia baik baik. Aku tak nak dia sakit". Lelaki itu beredar. Rayqal memandang kelibat lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Dia masuk ke dalam wad. Kelihatan Irsa sudah sedar.
"Irsa.. Macam mana? Ada sakit?" Irsa menggeleng perlahan sambil tersenyum. Dia memandang Khai.
"Khai, mana Aris? Tadi aku dengar suara dia". Khai tersentak.
"Aris? Dia mana ada sayang. Rayqal yang datang bukan Aris".ujar mama Irsa.
"Oh". Wajah Irsa berubah.
Lelaki itu menanggalkan masknya. Langit sudah cerah semula.
"Get well soon, my princess".

ANDA SEDANG MEMBACA
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...