Her POVGambar arwah dipandang lama. Tak ada guna aku nak menangis dah sekarang. Semua sudah berakhir. Semua orang yang aku sayang mula tinggalkan aku seorang demi seorang. Nampaknya semua orang tak sayangkan aku.
Gambar dibaling ke atas meja kembali. Tubuhku direbahkan ke atas katil. Wajahku diraup. Rambutku yang panjang diserabutkan. Aku tak ubah seperti orang gila. Senyuman ditarik. Telefon pintarku diambil.
Pantas jari jemariku mencari kenalan seseorang. Jumpa. Aku menekan simbol telefon pada skrin. Telefon dilekapkan pada telinga. Masih menunggu panggilan dijawab.
"Hello? Siapa ni?"
Senyuman ditarik. Dia jawab.
"Kau tak kenal aku? Are you serious? Puteri Irsa Amani binti Saiful?" Aku tergelak sendiri. Irsa senyap. Pastinya dia terkejut kerana aku mengenalinya.
"Macam mana kau tahu nama aku? Siapa kau sebenarnya? Jangan ganggu aku la!" Telefon dijauhkan. Memekik pula minah ni. Mujur tak pekak lagi.
"Nanti kau dan aku... Kita akan berjumpa. Bila? Di mana? Kenapa? Kau akan tahu". Talian dimatikan. Telefon dicampak ke atas katil. Aku tergelak sendiri.
Tawaku terhenti. Mataku tajam memandang pada satu poster yang dilekatkan pada dinding bilikku. Poster seorang lelaki berbaju hoodie putih berserta mask di wajahnya. Pisau diambil di dalam laci lantas aku membaling pisau itu tepat pada dadanya.
Itu sasaran aku. Dia pasti akan mati di tangan aku. Darah dia akan melekat pada tangan aku. Jasad dia akan terbaring di hadapanku. Aku akan lakukan.
"Aris Daniel aku akan pastikan kau mati. Aku akan tunaikan janji arwah". Gambar di atas katil diambil lalu aku tersenyum.
"Awak saya janji, bila saya balik Malaysia nanti saya cari dia. Untuk awak. Saya selalu rindukan awak... Naim".
Tangisan bergema di ruang bilikku.
*****
Aris POV
Baju hoodie putih yang tergantung pada pintu dipandang lama. Sudah enam orang menjadi mangsaku. Mati ditanganku. Darah mereka, jeritan mereka semua telah aku lihat.
Lamunanku terhenti. Bagasi di tepi katil terus ditarik. Nombor perkhidmatan teksi didail pantas. Kalau aku tinggal di sini, polis dapat jejak aku. Silap silap aku kena hukuman gantung. Cerita ini akan jadi pendek pula.
Sebuah teksi tiba di hadapan rumahku. Aku mintanya untuk menghantarku ke lapangan terbang. Pandangku dialihkan ke luar tingkap. Kelihatan seorang perempuan bersama seorang lelaki cina. Aku kenal mereka. Wajah perempuan itu seperti ketakutan.
Aku jadi serba salah kerana sebab aku lah dia kena kejar dengan along. Kalau tidak mesti dia dah dapat langsaikan hutang dia. Tapi mana dia dapat duit banyak tu? Mencuri?
"Pak cik berhenti dekat sini". Pemandu itu tersentak dengan permintaanku.
"Tadi kata nak hantar dekat airport?" Banyak tanya lah dia ni.
"Berhenti je la". Kereta diberhentikan di bahu jalan. Lima keping not sepuluh ringgit dihulurkan.
"Simpan baki".
"Terima kasih ya nak". Aku menapak keluar dari perut kereta bersama bagasi. Langkah diatur ke lorong belakang kedai. Bunyi seretan roda bagasi menyebabkan mereka memandangku. Perempuan itu tersenyum melihatku. Lelaki cina itu mencampakkannya ke bawah. Dia menghampiriku.
Dengan kudrat yang aku ada, bagasi diangkat dan terus dihayunkan tepat pada wajah lelaki itu. Tubuhnya jatuh ke atas jalan. Dia masih sedar. Matanya tajam memandangku.
Baru saja dia hendak menyerangku, bagasi diangkat dan dihentak ke atas wajahnya beberapa kali. Aku beralih pada perutnya. Darah merecik keluar membasahi jalan. Dia sudah terkulai. Nafas panjang dihela.
"Weh terima kasih selamatkan aku. Hidup lagi tak cina ni?" Dia menyepak kepala lelaki cina itu.
"Dah mampus". Aku mengheret bagasiku pergi. Dia mendapatkanku. Langkahku terhenti.
"Dah mampus? Kau biar betul? Wey aku takut la. Kau dah bunuh anak buah dia lepastu kau bunuh ketua dia. Kau tak takut ke?" Aku menjelingnya.
Setakat tiga orang yang mati itu tak ada hal. Aku dah bunuh berbelas manusia dekat muka bumi ni. Ini buku yang keempat, tak terkira berapa mangsa aku bunuh. Berapa kubur yang telah digali untuk menanam mereka. Berapa kali tahlil diadakan.
"Dah la. Kau takut? Ikut aku". Lengannya ditarik.
"Eh..eh...pergi mana?"
"Airport. Aku nak pergi dari bandar ni. Mereka akan jejak aku. Dah memang confirm kau pun kena jejak. Sebab kau bersubahat dengan aku". Senyuman ditarik. Wajahnya berkerut.
"Seram la kau senyum macam tu". Serta merta dia menamparku. Terus berubah wajahku menjadi muram.
"Jom..."
"Sekejap. Aku dari hari tu lagi nak tahu. Siapa kau sebenarnya?" Langkahku terhenti. Wajahnya dipandang.
"Daniel". Jawabku sepatah.
"Daniel? Okay. Nama aku Khairina. Tapi kau boleh panggil aku Khai". Tangannya dihulurkan sambil tersenyum. Aku menepis tangannya.
"Sekarang bukan sesi akad nikah. Jom. Nanti lambat".
"Daniel! Tunggu la!"
*****
Hey guys...♥ Sorry kalau late update.😞 Author nak promote buku from someone. Jemput lerr baca yeerr... Siapa tk baca insyaallah Aris will come to see you 👀
qhasihrose !!!
Her POV?? Who is it?? 🙊
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...