Balang berisi hati Dina diletakkan di atas meja makan. Aku mengatur langkah ke bilik mak long Afiq. Pintu dikuak perlahan. Kelihatan sekujur tubuh sedang berselubung dengan selimut. Langkah diatur dengan perlahan. Tiada sebarang bunyi dihasilkan. Selimut ditarik ke bawah. Mak long merungut dan membebel sendiri. Dia mengalih posisi tidurnya."Mak long.. Ni Afiq". Suara seakan budak budak dikeluarkan. Dia membuka matanya perlahan lahan lantas tersentak apabila melihat wajahku berada di hadapannya sekarang.
"Shh.. Jangan bising nanti jiran yang lain bangun pula". Aku tersenyum jahat. Jari telunjukku diletakkan pada mulutnya. Anak matanya memandangku dengan tajam. Kain pengikat pada langsir diambil lalu diikat pada mulut mak long. Aku duduk bersila di sebelah badannya. Kakinya menendang tepat pada perutku.
Okay senak sekejap. Aku mendengus kasar. Pisau tumpul dibawa keluar. Mataku beralih pada tangannya. Perlahan lahan aku menghiris satu per satu jarinya. Air mata mak long mengalir deras.
"Ni la tangan yang tampar aku tadi. Suka sangat kan tampar orang". Aku tidak pedulikan tangisan mak long. Tangisannya dianggap lagu bagiku. Habis semua jari jemarinya tinggal separuh. Darah memancut keluar dengan banyak.
"Tangan ni banyak function. Tapi kau guna untuk tampar orang?" Aku tergelak kecil. Jari jemarinya diletakkan ke dalam gelas yang berada di atas meja.
"Sekarang tampar lah tampar". Aku mengangkat tangannya lalu menampar perlahan pipiku. Aku tergelak sendiri. Darahnya melekat pada pipiku.
"Kesian dia. Dah tak boleh main tampar tampar".
Aku beralih pada tubuhnya. Apa aku nak buat? Tadi aku dah ambil hati Dina. Oh ya.
"Kau ni cuba la jadi baik sikit. Anak dengan mak sama saja. Apa kata semua darah kau ni pergi derma dekat orang lain. Kau pun dah tua. Patut mati".
Pantas dia menggelengkan kepalanya. Meronta ronta minta dilepaskan.
"Senyap tu tandanya setuju". Perlahan lahan aku membelah tubuhnya. Mata pisau ditarik dari leher hingga ke pusat. Terbelah. Darah mula mengalir keluar. Bau hanyir menguasai suasana di dalam bilik. Penghawa dingin direndahkan lagi suhunya.
Katil sudah dipenuhi dengan darah mak long. Aku berdiri di hadapan katil sambil melihat mak long yang sedaya upaya untuk bangun. Darah semakin banyak. Mak long sudah lemah akhirnya tubuhnya kaku. Darah mengalir ibarat air terjun.
"Okay. Goodnight". Balang di atas meja makan dan gelas diambil untuk dibawa pulang. Pintu ditutup dan dikunci seperti yang asal. Kunci diletakkan di bawah pasu bunga. Aku memanjat pagar dan menapak pulang ke rumah.
Balang diletakkan di dalam sebuah bilik khas bersama gelas tadi. Koleksi organ aku sudah ada yang baru. Kebanyakkan organ lama sudah kecut dan berbau busuk. Lama sangat ditinggalkan.
Baju ditukar. Mask serta pisau diletakkan di dalam almari. Aku mengatur langkah ke bilik Afiq. Jam ditilik.
3:45 pagi.
Lebih kurang tiga jam aku pergi buat 'eksperimen'. Tubuh Afiq dipandang. Selimutnya ditarik supaya menutup tubuhnya.
"Lepasni kau tak dengar dah suara yang menyakitkan hati".
******
IRSA POV
Aku memandu sendirian ke hospital mental. Khai tidak ikut bersama kerana dia tidak beberapa sihat. Selepas menghantar Khai pulang dari klinik, aku terus ke hospital. Kereta diparkir. Perempuan semalam tak ada di sini hari ni. Nafas lega dihela. Kalau ada Khai, pasti perempuan itu akan berhenti cari pasal dengan aku.
Mataku melilau mencari Doktor Hani. Kelihatan Hani sedang melayan seorang pesakit perempuan. Aku menapak menghampirinya. Bahunya disentuh. Hani tersenyum tatkala melihatku.
"Saya nak bercakap dengan Hani kejap". Hani menurut. Kami mengambil tempat di bangku berhampiran. Kami duduk berhadapan.
"Ada apa Irsa?"soal Hani. Aku cuba mengatur ayat.
"Betul ke dia pernah tinggal sini dulu?" Gambar Aris dihulurkan. Hani tersenyum melihat gambar itu. Sudah lama Hani tidak berjumpa dengan pesakitnya itu.
"Pernah. Tiga tahun dia masuk sini dan dia baru keluar lebih kurang dua bulan lepas. Saya doktor peribadi dia. Ayah dia yang suruh saya jaga dia. Nama dia Aris Daniel. Kenapa ya?"
Aku tersentak. Memang betul Aris pernah ke sini.
"Saya jumpa gambar ni. Perempuan semalam tu yang tercicirkan gambar ni".
"Nama dia Risya, tunang Aris".
Tunang?! What the... Tak apa lah. Kira adil. Aku bertunang dengan Rayqal dan Aris dengan Risya. Tapi kenapa Risya? Tak ada orang lain ke?
"Macam mana Aris sepanjang dia ada dekat sani?"
"Dia baik. Ikut semua arahan. Tapi sepanjang saya jaga dia, dia memang jarang bercakap dengan orang. Tak nak bergaul. Tapi dia rapat dengan Tariq. Saya yang 24 jam dengan dia pun dia tak banyak cakap. Tapi dia selalu termenung sorang diri".
Dia memang macam tu. Dengan aku pun dia tak banyak cakap.
"Boleh saya minta alamat rumah Encik Hanafi?"

ANDA SEDANG MEMBACA
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...