NO ONE POVRayqal menapak masuk ke dalam wad. Kelihatan Irsa terbaring sendirian di dalam wad. Dia memandang siling yang kosong seperti sedang mengelamun. Rayqal melangkah berhampiran katil lalu melabuhkan punggung di kerusi. Mata Irsa beralih pada sepasang mata di hadapannya sekarang.
"Awak termenung apa?"soal Rayqal. Irsa tersenyum pahit. Dia bermain dengan jari jemarinya.
"Rayqal, saya rasa dia datang semalam. Saya yakin dia ada semalam. Dia yang dukung dan bawa saya kat sini semalam". Rayqal mengerutkan dahinya. Dia cuba ingat perkara yang berlaku semalam.
"Awak nak tahu tak. Semalam ada sorang lelaki sebaya awak. Dia suruh saya jaga awak baik baik. Oh ya lupa. Dia kawan saya, Daniel. Dia macam kenal awak".
Irsa memandang wajah Rayqal. Daniel? Khai pun berkawan dengan orang bernama Daniel. Orang yang sama ke?
Seorang lelaki mengangkat surat khabar supaya dapat menutup wajahnya. Kadang kadang dia membaca artikel dalam surat khabar itu. Dalam hatinya sudah merungut dan menyumpah seranah.
Kedengaran pintu wad dikuak. Rayqal menapak keluar dan beredar. Lelaki itu mengukir senyuman. Pantas dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor rakannya. Panggilan dijawab.
"Kau tolong pergi usha lelaki baju biru topi hitam. Aku rasa dia ada kena mengena dengan Aris".
"Beres". Talian diputuskan. Surat khabar diletakkan di bangku. Kot doktor dikemaskan lalu dia menapak masuk ke dalam wad. Irsa menoleh ke sebelah.
"Macam mana hari ni? Okay dah?"soal lelaki itu lagak seperti seorang doktor. Berkerut dahi Irsa memandang wajah lelaki itu.
"Mana doktor yang selalu periksa saya tu?"soal Irsa inginkan kepastian. Dia mula rasa curiga dengan lelaki itu.
"Doktor tu dia ada kecemasan. Ada orang kemalangan. Jadi saya gantikan tempat dia".
Lelaki itu menyediakan ubat ubatan di atas dulang. Ubat disedut masuk ke dalam alat penyuntik. Tajam mata lelaki itu memandang jarum suntik.
"Doktor nak suntik saya lagi?" Irsa keraguan dengan tindak tanduk doktor itu.
"Ini antibodi. Nanti tak ada lah Cik Irsa sakit lagi".ujar lelaki itu sambil tersenyum. Perlahan lahan jarum dimasukkan ke lengan Irsa. Terasa cecair mengalir masuk ke dalam lengannya. Irsa menahan sakit. Jarum suntik dikeluarkan.
"Okay done. Rehat ya". Ubat dikemaskan lalu lelaki itu menapak keluar dari dalam wad.
Kepala Irsa mula terasa berat. Matanya sudah mula tertutup. Dunianya gelap.
*****
ARIS POV
Organ-organ di dalam balang ditenung lama. Organ itu terapung apung di dalam balang. Aku menelan air liur apabila melihat organ itu. Masih segar. Tanganku ligat membuka penutup balang itu lalu mengeluarkan hati Dina yang aku telah ambil dari tubuhnya.
Lantas aku terus makan organ itu seperti singa yang lapar. Sudah bertahun aku tidak buat kerja ini. Psiko aku sudah kembali semula. Tiga tahun aku bertahan daripada melakukan semua perkara ini.
Air di dalam balang itu dihirup hingga habis. Jari jemari mak long Afiq dipandang. Darahku mula naik apabila aku teringatkan semula kejadian dia marah Afiq dan menampar aku. Ya. Aku benci dia. Anak dan mak sama saja perangai. Mujur dua dua dah arwah.
Nafas dihela. Wajahku diraup. Kenapa aku jadi macam ni lagi? Aku dah tak nak membunuh tapi mereka semua paksa aku. Mereka semua yang meminta aku supaya bunuh mereka. Semua ni salah mereka.
Afiq. Psiko aku tak pernah muncul semasa aku berada dengan dia. Sebab dia masih budak? Tak. Entah kenapa. Hidup dia sama macam aku. Dia sudah tidak mempunyai keluarga.
Abah. Aku tak perlukan orang macam dia. Langsung tak layak untuk jadi seorang ayah kepada aku. Dia mungkir janji arwah ibu. Aku sayang ibu tapi kenapa abah buat aku macam tu. Aku benci abah. Aku benci semua keluarga tiri aku. Mereka patut pergi dari dunia ni.
"Irsa saya perlukan awak sekarang. Rayqal, kenapa kau wujud dalam hidup Irsa?! Kenapa kau?! Kenapa kau mesti perlu bersama dia?! Kenapa?!"
Aku terduduk di atas lantai. Air mataku mengalir deras. Rambutku diramas kuat. Aku tak dapat tahan semua ni. Hati aku dah sakit.
"Awak tak sayangkan saya dah ke? Kenapa awak ganti saya dalam hidup awak? Kenapa Irsa?! I'm still love you". Tangisanku memecah kesunyian di dalam bilik. Sendirian.
![](https://img.wattpad.com/cover/112175818-288-k533069.jpg)
YOU ARE READING
THE END (4)
غموض / إثارة"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...