Bab 20

1.8K 114 2
                                        


NO ONE POV

Risya tergesa gesa keluar dari dalam perut keretanya. Puas dia mencari kelibat tunangnya di seluruh dunia. Okay. Melebih saja. Hanya di sekitar Kuala Lumpur. Mama Risya telah menasihatinya supaya menjaga kesihatan dan tak perlu risaukan tunangnya. Risya tetap berdegil.

Selagi dia masih belum berjumpa dengan tunangnya selagi itu dia akan mencari. Risya terlalu laju berjalan sehinggakan terlanggar seseorang. Risya terdorong ke belakang.

"Hish apa ni main langgar langgar orang? Tak nampak ke?!" Risya merungut sendiri. Dia membersihkan kotoran pada bajunya walaupun tiada kotoran sebenarnya.

"Maaf".

"Hey perempuan! Kau yang buta! Kau jalan pandang mana?! Langit?! Suka hati salahkan orang". Khai membantu Irsa bangun. Irsa cuba menenangkan Khai. Khai memang panas baran orangnya.

"Eiii... Aku tak ada masa la nak layan korang semua ni. Benda kecil pun nak marah". Risya menjeling mereka berdua lalu beredar. Khai mendengus geram sambil membebel sendiri. Irsa memandang sekeping gambar di atas jalan.

Irsa mengambil gambar itu. Mungkin gambar ini milik perempuan tadi. Irsa menilik gambar itu. Dia tersentak. Seakan akan tidak percaya. Katakan ini semua mimpi sahaja.

"Kau tengok apa tu?"tegur Khai. Irsa menyimpan gambar itu di dalam poket seluarnya. Irsa menggeleng sambil tersengih.

"Khai hantar aku balik. Aku pening kepala la". Khai menurut. Kereta dituju. Khai terus memandu ke rumah Irsa. Sepanjang perjalanan fikiran Irsa jauh melayang. Dia tidak pedulikan Khai yang sedang membebel sendiri.

"Thanks Khai. Nanti kita lepak lagi". Khai menunjuk thumbs up pada Irsa. Irsa menapak keluar dari dalam perut kereta. Khai memecut meninggalkan kawasan rumah Irsa. Irsa terus mengatur langkah ke biliknya.

"Irsa? Nak makan sekali tak? Petang nanti Rayqal datang. Pergi butik nak ukur baju kahwin nanti". Langkah Irsa mati.

"Tak apa lah ma. Cakap dekat Rayqal suruh cari esok la. Irsa penat". Irsa kembali mengatur langkah ke biliknya. Mama Irsa mengeluh berat. Kenapa pula dengan anaknya kali ni?

Irsa merebahkan dirinya ke atas katil. Bantal diambil lalu ditekup pada wajahnya. Berderai air matanya mengalir. Hatinya sudah hancur. Gambar di dalam poket diambil lalu dipandang lama.

"Aris... Kenapa awak lari? Hati saya dah sakit. Saya benci awak Aris. Benci".

Kenapa gambar ni perlu ada pada perempuan itu? Apa kena mengena Aris dengan dia? Isteri dia kah? Atau tunang dia? Teman wanita baru? Ini bermakna Aris masih hidup. Masih bernafas di muka bumi ni. Cuma di mana dia berada sekarang?

*****

Aris POV

Afiq dan aku semakin rapat. Dia sering mengikutku ke mana sahaja aku pergi. Adanya Afiq, hidup aku tak ada lah sunyi sangat. Perwatakannya sangatlah misteri bagi aku. Kenapa dia selalu berseorangan?

"Kau tak ada kawan ke dekat sekolah?" Afiq membuka bungkusan makanan ringannya.

"Tak ada. Afiq takut kalau kawan kawan tahu yang Afiq ni anak luar nikah. Afiq ni jijik. Semua orang tak suka Afiq. Sebab tu Afiq suka duduk sorang sorang". Afiq mengunyah makanan yang dibelinya tadi.

Afiq memang perlukan seseorang. Aku rasa papanya pasti sibuk dengan bekerja dan tiada masa untuk bermain bersama Afiq.

"Abang Aris tahu tak. Afiq tak pernah rasa ada kawan. Bila abang ada, Afiq rasa happy sangat. Abang baik. Abang Aris hero Afiq. Afiq sayang abang". Afiq memeluk lenganku. Aku menarik senyuman pahit.

Sebelum ini tak pernah ada seorang pun berani berkawan rapat dengan aku kecuali Irsa. Tapi Afiq memang lain. Dia masih budak.

"Dah lewat. Pergi la balik dulu". Afiq mengangguk lalu beredar. Aku memandang kelibatnya yang makin jauh dan menghilang. Nafas berat dihela.

Aku mula mengatur langkah ke rumahku. Sejak aku menetap di Singapore, tiada apa yang boleh aku lakukan. Aku rasa kosong sangat.

Khai? Macam mana dia sekarang. Dah lama aku tak berhubung dengan dia. Telefon pintarku dibawa keluar. Pantas jari jemariku mendail nombor Irsa. Khai? Aku rasa dia masih hidup sekarang. Irsa. Aku rindu suara dia.

"Hello? Siapa yang bercakap ni?"

Kenapa suara dia seperti baru lepas menangis? Talian dimatikan. Fikiranku melayang. Apa dah jadi pada Irsa?

"Abang Aris!" Aku menoleh. Afiq berlari mendapatkanku lantas memeluk tubuhku erat. Dia menangis teresak esak.

"Kenapa dengan kau?"

"Papa... Darah... Banyak". Afiq tidak mengatur ayatnya dengan teliti tapi beberapa perkataan yang keluar daripada mulutnya jelas kedengaran.

"Jom ikut aku".

THE END (4)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang