Jam ditilik beberapa kali. Ada lagi lima belas minit sebelum masa penerbanganku tiba. Aku mengalih pandanganku ke sebelah. Khai duduk mengelamun jauh. Nafasnya dihela. Wajahnya diraup."Daniel". Aku memandangnya. Dia sedang memikir untuk mengaturkan ayatnya.
"Aku tak nak ikut kau. Aku dah kira-kira. Itu keputusan aku. Full stop". Khai menarik senyumannya. Itu saja yang dia ingin luahkan dari tadi. Aku dah agak pasti dia tak akan ikut aku.
"Kau nak tinggal sini? Tak nak ikut aku? Okay. Pandai la kau tanggung masalah kau bila kena kacau dengan along lagi. Bukan masalah aku. Jangan jerit nama aku minta tolong". Jariku ditunding ke arah wajahnya. Dia menepis jariku.
"Along tu dah mati. Aku dah hidup aman sekarang. Apa nak risau". Khai memeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya. Dia begitu lega setelah melihat along cina itu mati di hadapan matanya sendiri. Senyumannya bagaikan sudah hilang segala masalah yang ditimpa.
Waktu penerbanganku sudah tiba. Bagasi diseret ke balai pelepasan. Khai mengikutku dari belakang. Passport Khai masih ditanganku. Langkahku terhenti lantas aku memaling ke belakang.
"Kenapa?"soal Khai hairan. Aku menapak menghampirinya.
"Are you serious with this, Khairina?" Aku mengangkat passport milik Khai dan menayangkan padanya. Khai tergelak kecil. Dia mengangguk sambil tersenyum.
"Okay. Jangan menyesal. Ingat. Ada lagi ramai orang dekat luar tu". Bahunya ditepuk lalu aku menapak ke balai pelepasan. Khai bingung dengan kata kataku. Bayangku sudah tidak kelihatan.
*****
Irsa POV
Rayqal baru sahaja berlepas ke Singapore atas urusan kerja. Mama menyuruhku untuk menghantarnya ke lapangan terbang. Rayqal menolak kerana dia tidak mahu menyusahkan aku pada mulanya. Mama tetap memaksaku menghantar Rayqal. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, Rayqal yang memandu. Aku cukup senang hati dengan sikap baiknya.
Bayang Rayqal sudah hilang dari mataku. Langkah diatur kembali ke tempat parkir kereta. Bahuku terlanggar seseorang.
"Sorry...sorry...". Wajahnya diangkat. Aku tersentak.
"Khai kan?" Khai tersenyum lalu mengangguk. Aku memeluk tubuhnya erat.
"Kau buat apa dekat sini?"soal Khai padaku. Dia membetulkan topinya.
"Hantar tunang aku. Dia ada urusan dekat Singapore. Kau?"
"Hantar kawan aku. Mulanya dia suruh aku pergi dengan dia tapi aku fikir balik aku malas la nak ikut. Biar la dia pergi sana seorang".
"Jom pergi makan. Boleh borak lama". Khai dengan senang hati mengangguk setuju. Kami menuju ke restoran berdekatan. Meja kosong dituju. Seorang pelayan lelaki meminta pesanan dari kami. Serentak kami menyebut makanan yang sama. Serta merta kami berpandangan lalu tergelak kecil.
"Tak sangka kan ada orang yang sama citarasa dengan aku".kataku. Khai tersengih.
"By the way, kau dengan tunang kau dah berapa lama ehem ehem..".
Soalan itu. Sejak Aris tiada, aku sering murung dan pernah dimasukkan ke dalam hospital. Mama telah mencari pasangan untukku iaitu Rayqal, anak kawan arwah papa. Aku tidak kenal dia langsung. Pada mulanya aku menolak tetapi mama sudah memberi pelbagai alasan. Aku menerimanya sahaja.
"Baru tahun lepas tunang. Kalau bercinta tu... Aku tak tahu nak cakap apa".
"Kenapa? Kau tak suka dia?"
Nafas dihela. Aku rasa Khai orang yang boleh dipercayai. Patut aku cerita pada dia. Sebab aku dah tiada teman.
"Khai aku bukan tak suka dia. Aku suka dia. Sikap dia. Dia baik sangat. Memang lelaki macam dia yang aku cari". Aku memulakan bicaraku.
"Habis tu? Dah jumpa kan. Kau bertuah dapat lelaki yang kau idamkan tahu. Kau dah la cantik, baik, memang cukup stok". Aku tersenyum.
"Tapi Khai, aku dah cuba paksa diri aku nak suka dia. Aku tak boleh". Aku menunduk. Khai mula rasa serba salah.
"Aku rasa tempat ni tak sesuai untuk kau. Jom pergi tasik". Tanganku ditarik. Makanan yang dipesan dibiarkan.
Kereta diparkir. Kami duduk bersahaja di bawah pokok. Kalau dilihat dari jauh kami tak ubah seperti pasangan kekasih kerana Khai yang menutup rambutnya dengan topi.
"Kau sebelum ni ada pernah suka orang lain ke?"soal Khai secara menerus. Aku mengangguk.
"Aku dengan dia dah lama bersama. Dari kami kecil sampai ke dewasa. Dia selalu lindungi aku daripada bahaya. Nyawa dia hampir terkorban semata mata nak selamatkan aku. Aku terhutang budi dengan dia". Air mata sudah mula bertakung.
"Kau dengan dia mesti rapat".
"Rapat sangat. Walaupun kami rapat, dia tak banyak cakap dengan aku. Dia lebih mendiamkan diri. Aku tahu dia ada masalah. Tapi dia memang baik. Tak pernah aku jumpa lelaki macam dia. Dulu aku pernah kehilangan banyak darah, nasib baik dia ada. Dia dermakan darahnya padaku".
Air mata mula mengalir.
"Khai...aku rindu dia. Aku nak jumpa dia. Aku nak dia sekarang". Tubuh Khai dipeluk erat. Khai cuba menenangkanku.
"Mana dia sekarang?" Aku menggeleng tanda tidak tahu.
"Okay relax. Kalau dia sayang kau, pasti dia akan balik. Percaya la cakap aku. Apa nama dia?" Aku mengangkat wajahku.
"Nama dia Aris... Aris Daniel".
YOU ARE READING
THE END (4)
Mystery / Thriller"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...