Bab 50

1.7K 110 4
                                    


Duit sekeping lima ringgit dihulurkan kepada penjual lelaki itu lalu Aris beredar pulang ke rumah. Bungkusan makanan diletakkan di atas meja. Matanya melilau mencari kelibat Irsa di dalam rumah itu. Bukan setakat tubuh Irsa, namun bayangnya pun tidak kelihatan. Tidur? Mungkin.

Hoodie berwarna putih yang tergantung pada sebuah pintu bilik dipakaikan ke tubuhnya. Aris menapak ke pintu rumah lantas satu suara memanggilnya dari belakang.

"Awak nak pergi mana?" Suara Irsa makin hari makin lemah. Terbit rasa kasihan dalam diri Aris. Tapi dia tak nak tunjuk yang dirinya lemah di hadapan Irsa. Kalau Irsa lemah, dia pun lemah jadi siapa saja yang mampu bertahan kalau macam ni?

"Keluar kejap. Makanan ada atas meja. Tak payah bayar balik. Aku belanja". Aris tidak menoleh langsung ke belakang. Dia seakan akan bercakap dengan pintu di hadapannya itu lalu menapak keluar rumah.

Kereta tidak dibawa bersamanya sekali. Dia lebih selesa berjalan kaki sendiri. Tidak lama kemudian, dia tiba di sebuah rumah agam yang seperti sudah lama ditinggalkan. Lalang di sekitar rumah itu makin meninggi separas dengan paha Aris.

"Tolong lah sesiapa ajar diorang cara nak potong rumput liar ni". Aris merungut sendiri dan apabila dia tiba di pintu rumah, rungutannya serta merta habis.

Tak kan lah dia nak masuk rumah penjahat ikut pintu depan kan?

"Siapa tu?" Suara garau seorang lelaki menerjah Aris lantas Aris segera mencari tempat untuk dia bersembunyi.

"Eh tiada orang? Kenapa aku rasa tadi macam ada orang depan pintu ni?" Zero menjenguk keluar halaman rumah. Pintu rumah ditutup lalu dia melangkah ke halaman rumah yang dipenuhi dengan lalang itu.

Langkahnya diatur ke dalam hutan bersebelahan dengan rumah agam itu. Kenapa lah Uncle Bear suka sangat tinggal dalam hutan? Oh lupa. Dia kan beruang. Okay. Hambar.

Tiba-tiba satu sepakan yang kuat dari belakang tubuh Zero muncul. Zero tertiarap di atas tanah. Sebelah kaki diletakkan di atas tubuh Zero. Aris menekan dengan kuat tubuh Zero sehingga Zero terbatuk.

"Mana Afiq?!" Urat di tangan Aris jelas kelihatan timbul. Dengan kekuatan yang Zero ada, dia terus menepis kuat kaki Aris dan akhirnya dia berjaya bangun bagi berhadapan dengan lelaki di hadapannya itu.

"Aris Daniel. Long time no see uh?" Zero menghayunkan buku lima tepat pada wajah Aris ketika Aris leka dengan lamunannya. Bibir Aris pecah dan darah mengalir sedikit.

"Kau memang cari maut dengan aku". Kaki dihayunkan pada perut Zero tetapi Zero sempat memegang kaki Aris dan dihentakkan ke batang pokok. Berkerut dahi Aris menahan sakit.

Aris bengang. Dia melawan gerak balas daripada Zero. Buku lima dihayunkan dengan pantas pada wajah Zero beberapa kali hingga Zero jatuh ke atas tanah sekali lagi. Aris menyeka darah pada bibirnya tadi. Zero mengambil peluang dengan menyepak abdomen Aris hingga Aris tersungkur di atas tanah.

Peluang baik bagi Zero untuk membalas balik. Aris baru teringatkan sesuatu. Segera dia meraba sesuatu di dalam poket lalu dibawa keluar dan terus dibenamkan dalam perut Zero. Darah memancut keluar. Tubuh Zero rebah.

"Kenapa aku boleh lupa yang aku bawa pisau sekali?" Aris gumam sendiri. Pisau ditarik keluar dari tubuh Zero lalu Aris melangkah dengan lemah pulang ke rumah.

Hari ini bukan hari untuk dia berjumpa dengan Uncle Bear lagi. Tubuhnya sudah kehilangan tenaga selepas bergaduh dengan Zero tadi. Pandangannya mula kabur lalu Aris rebah di atas jalan.

*****

Kain diperah lalu dilapkan pada wajah Aris. Irsa melakukan dengan begitu cermat dan berhati-hati. Kelopak mata Aris terbuka perlahan lahan. Irsa tersenyum apabila lihat lelaki itu sudah mula sedar. Kain diletakkan ke dalam mangkuk berisi air itu.

"Kenapa dengan awak ni Aris? Berlawan dengan siapa pula? Awak memang dari dulu sampai sekarang suka bertumbuk dengan orang kan". Bebel Irsa. Aris hanya dengar secara acuh tak acuh sahaja.

"Irsa.. Saya minta maaf". Mata Irsa membulat apabila Aris melafazkan ayat itu. Selama ini dia ber'kau aku' dengannya tapi kali ini Irsa dapat lihat Aris sudah kembali ke asal. Mata Aris tak pernah menipu.

"Saya tak marah awak berkasar dengan saya sebelum ni. Saya cuma minta awak..."

"Bukan tu". Aris memotong percakapan Irsa.

"Habistu?"

"Saya buat lagi Irsa. I did it again....".

Irsa masih tidak faham dengan apa yang Aris nak sampaikan. Sangat complicated lelaki ini.

"Buat apa?"

"Saya bunuh Zero".

Irsa terlopong mendengarnya lantas dia terus melarikan diri naik ke tingkat atas dan mengurungkan dirinya di dalam bilik.

"Irsa! Buka! Saya tak sengaja! Irsa!"

"Pergi Aris! Pergi!"

Menyesal. Itu sahaja yang mampu Aris katakan. Dah tiada guna lagi. Zero sudah mati.

THE END (4)Where stories live. Discover now