Segalanya sudah terbongkar. Akashah mengaku setelah dibelasah oleh Encik Sufian, bapa kandungnya sendiri. Irsa masih dalam keadaan trauma selepas dirogol Akashah. Puan Mariana menenangkan Irsa di rumah mereka. Sementara itu, Akashah dibawa ke balai polis bersama Encik Sufian dan seseorang telah diheret bersama mereka ke balai polis itu.Siapa lagi kalau bukan Aris Daniel. Dia pun tak tahu kenapa dia terjebak sekali dalam hal begini. Aris hanya menurut. Tak guna juga kalau dia melawan. Tapi yang hairankan dirinya, kenapa tangannya digari dan bukan tangan Akashah? Siapa yang rogol Irsa sekarang ni?
Kereta polis diberhentikan di hadapan balai polis. Seorang pegawai polis meminta keterangan daripada Encik Sufian. Irsa akan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada esok pagi. Akashah dibawa masuk ke dalam sel penjara. Aris pula dibawa masuk ke dalam sebuah bilik tahanan.
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor menapak masuk ke dalam lalu melabuhkan punggung di hadapan Aris. Aris memandang wajah lelaki itu. Namanya tertera pada baju polis yang dipakainya.
Inspektor Zairul.
"Aris Daniel bin Dato' Hanafi. Again. Kau berjumpa dengan aku. Apa lagi masalah yang kau timbulkan kali ni? Bunuh orang lagi? Dulu aku terima alasan daripada saksi kau yang mengatakan otak kau dikawal seseorang tujuan untuk membunuh. Kau sendiri pun tak sedar apa yang kau lakukan".
Aris mengangkat keningnya sebelah. Dia sudah penat sebab dulu dia asyik berhadapan dengan Inspektor Zairul ni.
"So, kau buat apa pula kali ni? Jangan berdalih. Aku nak kau beri kerjasama dengan pihak polis". Aris menghela nafas.
"Aku tak buat apa".
"Kenapa kau ada dekat rumah suspek? Kau pun terlibat sama dalam kes rogol tu?" Mata Aris membulat. Memang sah Inspektor Zairul ni gila.
"Aku tak terlibat. Akashah yang terlibat".
"Jadi, kenapa kau pun ada dekat sana?"
"Irsa. Aku jumpa dia tepi jalan then aku bawa dia balik rumah dia. Sampai sana aku terus belasah si Akashah tak guna tu".terang Aris dengan jujur. Kali ni dia malas nak bercerita panjang. Dia sudah penat. Jam sudah menandakan tengah malam. Lambat lagi ke dia boleh balik?
"Okay Aris. Aku kenal kau macam mana. Aku boleh tahu cara kau menipu. Tapi kali ni kau jujur".
Aris terus bangun dan ingin menapak keluar dari dalam bilik tahanan ni. Inspektor Zairul pantas menahan Aris daripada keluar lalu dibawa duduk semula.
"Aku nak tanya pasal kes pembunuhan tahun ni. Kerja kau ke semua tu?"
Aris berlagak tenang. Matanya sudah ingin melabuhkan tirai. Serius mengantuk gila!
"Tak. Bukan aku. Aku baru balik Malaysia". Inspektor Zairul mengangguk faham. Dia mengeluarkan sekeping file lalu sekeping gambar bersaiz kertas A4 dihulurkan kepada Aris. Aris menatap wajah seorang perempuan dalam gambar itu.
"Nama penuh Khairina bt. Kamal. Baru sahaja tamat belajar. Mangsa dilaporkan hilang tiga minggu lepas. Laporan kes kehilangan Khairina ini dilaporkan oleh Cik Irsa, kawan Khairina".
Aris tersentak. Jadi memang betul lah Khai hilang. Irsa berkawan dengan Khai? Kenapa dia tak tahu?
"Jadi? Kau nak suruh aku cari dia? Aku bukan polis". Kertas dihulurkan kembali. Inspektor Zairul tergelak kecil.
"Bukan. Kau ke yang culik dia? Aku ragu ragu dengan kau. Sebab mana tahu. Kau boleh jadi macam dulu".
"Jangan suka hati tuduh aku kalau tak ada bukti. Tak ada guna aku nak culik orang. Dah la. Aku nak balik tidur". Bahu Inspektor Zairul dilanggar lalu Aris menapak keluar dari dalam bilik tahanan itu.
Kelibat Encik Sufian sudah hilang. Ke mana orang tua itu telah pergi? Mata Aris melilau mencari kelibat lelaki itu. Hampa. Seorang pegawai polis wanita menghampiri Aris lalu menegurnya.
"Encik Sufian dah lama beredar". Aris terkejut dengan tindakan drastik pegawai itu. Aris cuba berlagak tenang.
"Mana dia pergi?"
"Dia dapat call dari hospital. Tunang anak dia meninggal".
"Oh". Aris menarik senyuman nipis lalu menapak pergi. Dia menuju ke hospital. Dia perlu saksikan drama yang bakal berlaku di depan matanya nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE END (4)
Misterio / Suspenso"Aku laparkan daging manusia. Dahagakan darah segar dari tubuh manusia. Mereka cari pasal dengan aku, akan datang bala pada mereka. Hidup mereka tidak lama. Bila bila masa akan terkorban". Bermula dari zaman kolej hingga sekarang, dia tak pernah ber...