Bab 32

1.6K 109 0
                                    


NO ONE POV

Pintu bilik dikuak perlahan. Seorang lelaki menapak masuk ke dalam lalu menghampiri katil. Kelihatan sekujur tubuh seorang perempuan terbaring di atas katil itu. Perempuan itu baru tersedar lalu terus meronta ronta ingin melepaskan diri.

"Lepaskan aku la". Suara perempuan itu sudah lemah. Berat badannya sudah mula susut. Lelaki itu terus merebahkan diri di atas katil bersebelahan perempuan itu.

"Kau nak buat apa? Aku tak nak.. Aku tak nak wey.. Tolong la.. Aku merayu sangat dengan kau". Merintih air mata perempuan itu. Lelaki itu tidak pedulikan rayuan perempuan itu.

"Kau macam tak biasa. Setiap malam aku lakukan pada kau. Jangan risau. Ni cuma test". Pintu ditutup rapat. Bilik itu mula gelap. Hanya mereka berdua.

*****

Sudah hampir dua minggu Irsa tidak berjumpa dengan Khai sejak Irsa keluar daripada wad. Ke mana perginya sahabatnya itu? Irsa termenung sendiri di dalam kereta. Tiba tiba sahaja tingkap kereta Irsa diketuk seseorang. Irsa tersentak lantas menoleh.

"Rayqal?" Rayqal memberi isyarat supaya membuka pintu keretanya. Irsa akur lalu menapak keluar dari dalam perut keretanya. Rayqal menghempas kuat pintu kereta Irsa lalu terus merentap lengan Irsa ke bangku. Irsa melepaskan tangannya.

"Awak ni kenapa Rayqal?"soal Irsa menahan marah. Dia tidak mahu melepaskan marahnya pada Rayqal kerana lelaki itu telah banyak membantunya.

"Saya nak awak jujur Irsa. Kenapa awak elak nak jumpa saya? Saya ada buat salah ke pada awak?" Wajah Rayqal bukan seperti dulu lagi. Masam mencuka. Tiada sebarang senyuman diberikan.

Ya. Memang betul. Irsa sudah lama tidak bersua muka dengan Rayqal. Selepas Aris melawatnya tempoh hari, Irsa terus pergi mencari Aris. Sudah beberapa kali Rayqal menelefon Irsa tetapi Irsa tidak menjawab. Rayqal juga sudah beberapa kali mengajak Irsa keluar bersama tetapi Irsa memberi beribu alasan.

"Kenapa Irsa? Awak dah bosan dengan saya ke? Atau awak ada orang lain?" Aku tersentap.

"Kalau saya ada orang lain dah lama saya minta mama putuskan pertunangan kita!" Irsa melepaskan marahnya lalu dia melangkah pergi. Jeritan Rayqal memanggil namanya tidak dipedulikan.

Irsa menapak masuk ke dalam kereta dan enjin dihidupkan. Kereta meluncur keluar dari tempat parkir. Rayqal meraup wajahnya. Kesal.

ARIS POV


Susuk tubuh Irsa sudah hilang bersama keretanya. Ya. Dari tadi aku perhatikan drama antara Irsa dan Rayqal. Sangat menyakitkan hati aku. Hancur.

Rayqal. Kenapa lelaki itu yang menjadi pilihan hati Irsa? Kenapa dia? Irsa milik aku selamanya. Si penyibuk Rayqal ialah seorang perampas. Tak guna.

Aku keluar daripada tempat persembunyianku. Rayqal berhenti melangkah apabila melihat tubuhku berdiri tegak di hadapannya. Mataku tak lepas daripada memandang matanya.

"Daniel. Aku tak ada mood sekarang. Kau nak apa?"soal Rayqal acuh tak acuh seperti tidak mahu bercakap langsung dengan aku. Aku tak kesah. Lantas terus sahaja aku melayangkan buku limaku pada wajah Rayqal.

Rayqal terdorong ke belakang. Bibirnya pecah. Habis berdarah. Rayqal mengesat bibirnya dengan jarinya dan memandangku tajam.

"Kau kenapa hah?! Tiba tiba nak cari pasal dengan aku?!" Rayqal mula naik angin. Nafasnya tercungap cungap. Wajahnya merah. Satu tumbukan dihayunkan padaku tapi sempat aku elak.

Kolar baju Rayqal dicengkam kuat. Aku cuba mengawal emosi aku tapi tak boleh. Emosi aku dah kawal diri aku terlebih dahulu.

"Kalau kau tak boleh jaga dia, jangan ada apa apa hubungan dengan dia. Hati aku dah sakit tengok dia kena marah". Rayqal menepis tanganku.

"Don't you dare touch my girl. Berambus sana". Rayqal menapak meninggalkanku. Bahuku dilanggar kasar. Aku mendengus geram.

Your girl? Aku kenal Irsa lebih dalam dari kau Rayqal. Aku masih sayangkan dia. Ya. Perasaan aku tak pudar lagi. Aku cintakan dia. Tapi aku ego. Aku tak pergi berjumpa dengan dia seperti biasa macam dulu.

THE END (4)Where stories live. Discover now