Bab 9

2.4K 144 21
                                    


Mask ditarik supaya menutup separuh daripada wajahku. Earphone dipakai. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Lagu dimainkan sepanjang aku berjalan. Langkahku terhenti di sebuah kedai runcit. Mataku meliar di bahagian rak makanan. Roti coklat dicapai lalu aku ke kaunter. Sekeping not seringgit dihulurkan lalu aku menapak keluar tanpa mengambil baki.

Mataku tertumpu pada surat khabar di rak hadapan kedai tersebut. Terpampang wajah seorang lelaki yang aku kenali. Lelaki semalam. Lelaki tersebut mati dalam perjalanan ke hospital. Dia mengalami pendarahan yang teruk.

Di sebalik mask yang dipakai, senyuman ditarik. Rasa puas. Aku memandang kedua belah tanganku. Tangan ini lah yang telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa. Di akhbar tersebut jelas tajuknya memang kena dengan aku.

"PEMBUNUH ASAL KEMBALI".

Aku terus menapak pergi meninggalkan kedai itu. Polis sedang menjejak pembunuh tersebut iaitu aku. Aku perlu pergi dari sini. Bila bila masa sahaja budak bertiga semalam akan buka mulut.

Sebelum itu, aku perlu cari mereka. Kalau mereka tak pandai nak tutup mulut, biar aku yang tutupkan untuk mereka. Selamanya.

*****

Irsa POV

Berkerut dahiku membaca surat khabar tentang seorang lelaki dibunuh dengan kejam. Aku terus terfikirkan dia.

"Ah tak mungkin dia. Dia dah tak ada dekat sini".omelku sendiri. Surat khabar diletakkan di meja kembali. Tubuhku direbahkan ke atas katil. Siling putih aku pandang. Wajahku diraup.

Aris mana awak? Awak dah lupa saya ke? Awak masih hidup atau....

Deringan telefonku menghentikan lamunanku. Aku meraba raba di atas meja. Telefon pintarku diambil. Nombor tidak tertera pada skrin telefon. Dahiku berkerut seribu.

Siapa pula ni?

Telefon dilekapkan ke telinga. Tiada sebarang suara. Aku masih menunggu. Mungkin Aris? Ah Irsa.. Tak perlu kau tunggu dia.

"Hello? Siapa ni? Kalau tak ada siapa, saya letak". Tidak lama kemudian satu suara muncul. Suara seorang perempuan.

"Irsa... Kau masih ingat suara siapa ni?" Dia tergelak sendiri. Fikiranku kosong. Aku tidak dapat teka milik siapa suara ni.

"Siapa kau?" Aku cuba menenangkan diriku dahulu.

"Kau akan tahu nanti. Aku pasti akan datang cari kau. Untuk balas dendam. Kau tunggu masa. Nyawa kau akan melayang".

Talian dimatikan. Aku melemparkan telefon pintarku di atas katil. Rasa takut mula menerjah masuk dalam diriku.

Siapa dia? Kenapa dia nak cari aku? Apa aku dah buat? Kenapa suara dia macam aku kenal tapi ingatanku masih samar?

"Aris... Tolong saya... Saya takut...".

*****

Aris POV

Malam itu aku berjalan di lorong semalam. Pasti budak bertiga itu masih melepak di situ. Mataku melilau seperti mencari mangsa untuk dimakan. Hampa. Mereka bertiga tiada di situ. Hanya terdapat gitar yang disandarkan pada dinding.

Gitar itu diambil lalu aku membawanya pulang ke rumah. Cap jari yang terdapat di gitar itu dianalisis. Makmal kecil di dalam rumahku menjadi tempat untuk aku melakukan 'eksperimen'.

Milik cap jari itu sudah dikenal pasti. Segala maklumatnya terdapat pada skrin komputer ribaku. Lelaki itu bernama Malik. Dua orang rakannya dikenal pasti. Zaim dan Epul.

Maklumat peribadi dicari. Semuanya terpapar pada skrin komputer ribaku. Alamat rumah mereka bertiga diambil. Mereka tinggal di apartmen berdekatan dengan bandar. Nasib baik mereka tinggal sebumbung. Senang sikit kerja aku.

Mask diambil lalu dipakaikan. Almari dipandang. Tanganku laju membuka almari itu dan mencari baju hoodie putihku. Senyuman ditarik tatkala baju itu dijumpa lantas terus dipakaikan menutup tubuhku. Hoodie dipakai menutup kepalaku.

"I'm back".

Tingkap dibuka. Kaki diangkat sebelah. Aku memandang ke bawah. Okay. Aku tiba tiba jadi gayat. Aku menggunakan cara sopan untuk keluar rumah. Pintu dikunci dan aku terus menapak ke apartmen tersebut.

Rumah mereka masih terang dengan lampu. Jam dikerling. Awal lagi. Tanpa melengahkan masa aku terus menerjah masuk. Mereka bertiga terkejut dengan kehadiranku.

"Kau siapa? Keluar la!" Tubuhku ditolak. Wajahku tidak dikenal pasti kerana mask yang aku pakai.

Aku menghampiri mereka bertiga. Mereka terus menyerangku seorang demi seorang. Dengan kemahiran yang aku ada aku mengunci pergerakan masing masing. Masing masing pengsan di atas lantai.

Tali diambil lalu aku mengikat mereka secara berasingan. Aku ke bilik dan menyelongkar laci mereka. Benang dan jarum diambil. Aku menapak kembali ke ruang tamu lalu mencangkung di hadapan Epul. Dia baru tersedar dan terkejut melihatku dihadapannya.

"Shhh... Kau tahu tak nyanyian kau tu tak sedap".

"Kau siapa hah?! Suka hati..."

"Shhh... Tak ada orang suka kau nyanyi. Bising. Memekak. Aku nak tolong diorang saja. Supaya kau dapat senyap untuk selamanya. Okay?"

Benang dimasukkan ke dalam lubang jarum. Dia mula ketakutan. Tanpa belas kasihan aku mencucuk mulutnya dengan keadaannya sedar. Dia mengerang kesakitan.

Mulutnya dijahit dengan matanya yang terbeliak. Menahan sakit. Bagaikan menjahit baju saja.

"Jangan la menangis. Kejap je ni. Kan dah siap". Aku menarik benang supaya terputus. Mulutnya dijahit dengan sempurna. Aku beralih pada mangsa seterusnya.

Mereka bertiga dikenakan hukuman yang sama. Aku tersenyum gembira melihat mereka tidak dapat bercakap untuk selamanya.

THE END (4)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang