Bab 48

1.5K 107 0
                                    


Kereta dipandu laju di lebuh raya. Tidak banyak kereta yang lalu di kawasan ini. Aris terus memandu ke dalam lagi hingga kelihatan sebuah hutan di sepanjang bahu jalan. Irsa memandang sekeliling. Aris seakan akan mahu menculiknya tetapi Irsa berlagak tenang sahaja. Namun dalam hatinya masih terdapat seribu satu soalan untuk diajukan kepada Aris.

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Aris tidak menjawab. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap jalan raya di hadapannya itu. Kereta diperlahankan lalu diberhentikan di sebuah jambatan. Aris menarik brek kereta lalu menapak keluar dari dalam perut keretanya. Irsa mengikut perlakuan Aris.

Irsa terlopong. Kenapa Aris bawa dia di jambatan ni? Nak ajak bunuh diri bersama dia ke? Oh tidak Aris. Jangan buat kerja gila.

Perlahan lahan Irsa menapak menghampiri tubuh Aris yang membelakangi dirinya itu. Langkahnya terhenti apabila jarak mereka berdua hanya 30 cm sahaja. Sepanjang dua batang pembaris.

"Kenapa awak bawa saya pergi sini? Awak nak suruh saya tengok awak terjun jambatan ke apa? Aris jawab la!" Lengan Aris digoncang kuat lantas Aris menepis lengan Irsa dengan kuat. Dia bengang lalu menapak menghampiri Irsa. Wajah Irsa sudah mula timbul rasa ketakutan.

"Aku bawa kau datang sini sebab dekat sini tiada ramai orang".

Irsa bingung seketika. Apa kena dengan Aris ni? Kena rasuk dengan jin ke apa? Tolong lah sedar. Atau dia mabuk?

"Aris sampai bila awak nak jadi macam ni?" Irsa terus melontarkan soalan maut pada Aris. Aris sekadar memandang wajah Irsa dengan muka kosongnya.

"Hm?" Irsa mengeluh kecil. Memang dah sah. Aris mabuk.

"Awak langsung tak berubah. Awak.. Awak still bunuh orang lagi Aris. Kenapa? Awak tak takut ke? Dah berapa ramai awak bunuh? Tak terkira. Dari zaman kolej sampai lah sekarang".

Aris terdiam.

"Saya bunuh orang bukan sengaja. Dulu sebab ada orang kawal otak saya. Saya terbunuh orang. Satu lagi, Uncle Bear pukau saya dengan anak patung bodoh dia tu!"

"Tengok la awak sekarang. Dulu suka menghilang lepas tu tiba tiba muncul. Awak memang suka kan sakitkan hati orang? Selama ni saya diam sebab saya ingatkan perkara tu biasa. Tapi tak rupanya. Makin menjadi perangai awak. Awak tinggalkan saya sesuka hati awak!"

Air mata jernih mula mengalir dari tubir mata Irsa. Aris mengetap bibirnya. Dirinya akan lemah apabila lihat Irsa menangis di depan matanya.

"Saya ada sebab kenapa saya hilang. Saya tak nak bunuh awak macam mana saya bunuh orang lain. Ramai lagi orang dekat luar sana berdendam dengan saya".

"Okay kalau awak tak kesiankan saya. At least Aris.. At least kesiankan lah dekat abah awak,Dato' Hanafi. Dia dah tua Aris. Dia sanggup guna duit dia untuk upah orang cari awak. Tapi orang yang dia upah tu larikan diri. Biasa la orang sekarang. Mata duitan."

Aris bengang dengan kata-kata Irsa. Dia tak pernah salahkan Irsa. Tak pernah. Dia marah akan dirinya kerana kejam terhadap orang di sekelilingnya. Aris mendengus geram lantas dia menapak masuk ke dalam keretanya kembali dan meninggalkan Irsa sendirian di jambatan itu.

Sekali lagi. Irsa ditinggalkan tapi kali ini tiada ajakan daripada Aris. Aris terus sahaja meninggalkan Irsa di situ. Tambahan pula, hari sudah makin gelap kerana awan yang mendung. Fikiran Aris serabut apabila memikirkan kata-kata Irsa tadi. Semua katanya menikam hatinya.

Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan yang akhir sekali diajukan kepadanya tadi. Kenapa dia tinggalkan abahnya sendiri? Kereta diberhentikan di bahu jalan. Wajahnya diraup. Dia menyesal dengan sikapnya yang terlalu mementingkan dirinya sendiri berbanding mengambil tahu tentang orang yang dia sayang.

Terdengar guruh mula berbunyi. Aris tersedar lantas mengangkat wajahnya memandang jalan raya. Hujan mula membasahi jalan raya lantas dia teringatkan Irsa yang baru sahaja dia tinggalkan tadi.

Stereng kereta dipusing lalu Aris berpatah balik ke jambatan tadi. Harap lah Irsa tidak ke mana mana. Lampu kereta dihidupkan apabila hujan sudah mula lebat. Kereta diberhentikan di tepi jambatan lalu Aris menapak keluar dari dalam perut kereta.

"Irsa! Irsa! Kau dekat mana?!" Aris mengeluarkan sepenuh suaranya dalam keadaan hujan yang lebat itu. Langkah diatur ke bahagian dalam hutan. Di bawah sebatang pokok yang besar itu terdapat sekujur tubuh yang sedang berpeluk tubuh. Aris segera mendapatkan tubuh itu apabila dia dapati orang itu ialah Irsa.

"Irsa! Irsa!" Aris mencempung tubuh Irsa. Gadis itu pengsan. Aris mula rasa serba salah. Tubuh Irsa dibawa masuk ke dalam perut kereta lalu Aris memandu laju ke sebuah rumah yang tidak jauh dari situ. Oh ya. Itu rumah lama Aris dan keluarganya dulu sebelum mereka berpindah ke rumah banglo di bandar.

THE END (4)Where stories live. Discover now